Wednesday 7 November 2012

Terima Kasih Cikgu Juhaida

Assalamualaikum w.m.t
Semalam banyak status dalam FB aku masuk pasal result UPSR mungkin ditunda ke hujung bulan November. Maka berlanjutanlah debaran bukan anak2 tapi parents termasuk la adik aku yanng menunggu keputusan anak buah aku Si Syafiq Irfan tu.

Dalam kecoh pasal result UPSR tu aku teringat 4 tahun lepas masa  twin darjah 6. Twin 2 aku tu ada masalah suka menulis lambat dan selalu tak cukup masa bila buat exam. Ada guru dia cadangkan aku cuba masukkan dia ke kelas khas tapi kena dgn kebenaran Dr. mmg la berat hati aku nak letak dia dlm kelas khas tapi kalau tu yg terbaik aku akan buat. Aku hubungi Cikgu Shalawati guru Su peperiksaan. Dia call aku Puan saya rasa tak perlu la saya dah tgk result dia dari std 1 dia ok. Tapi disebabkan dia ada masalah saraf dan motor masa lahir aku bawak juga dia pergi PPUM.Mula2 jumpa pakar kanak2 dia mmg tak de masalah kesihatan pastu refer to phycologist pulak. Masa tu dia tnya Ummi pasal adik kena jumpa pakar sakit jiwa tu bukan ke untuk org gila. Sayu hati aku..(dlm hati adik ummi bukan nak hantar adik chek sakit jiwa ummi perlu tau punca kenapa adik selalu tak cukup masa dan selalu tak dapat buat penulisan dengan baik padahal adik ada idea dan boleh menulis dgn baik.) Aku ckp kat dia nanti Dr. ni boleh bincang dengan adik macamana adik boleh dapat markah tinggi dalam penulisan. Hasilnya IQ test twin 2 mmg sama dgn twin 1 dan mendapat score yg sangat tinggi. So IQ tak de masalah cuma masalah motor akibat lemas masa lahir (leaking of oxigen), tu yg selalu buat dia lupa dan lambat dalam penulisan.

Satu hari guru2 membuat perjumpaan dengan student n parents yang ada gagal dalam any subject ujian sumatif. Twin gagal dlm penulisan bygkan dia dapat 18%. Aduh dah Std 6 tu. so semasa perbincangan dgn cikgu BM dia iaitu Pn Juhaida aku cerita la masalah dia ni. Dari pengalaman seorang guru dia kata kita mesti cari punca kenapa Shadiq tak pernah habis jwb soalan penulisan ni padahal dia bukan murid yg bermasalah linus (membaca dan mengenal huruf). Lepas bincang dia kata kat saya puan boleh tak saya mintak Shadiq ni balik lewat dlm setengah jam 2 atau tiga kali seminggu. Saya nak buat intensif dan nak cari cara yang sesuai untuk dia. Saya kata tak pe cikgu kalau cikgu boleh buat tuition untuk dia saya sangat berbesar hati. Apa yang buat aku terharu apa kata dia tak puan saya bukan bermaksud suruh buat tuition atau nak kenakan apa2 bayaran. Dia student saya saya bertanggungjawab atas kemajuan pelajaran dia. Ya Allah ikhlas sungguh dia. Maka setiap hari selasa dan rabu klu tak salah saya twin 2 perlu berjumpa cikgu Juhaida selepas habis waktu persekolahan. 

Orang selalu complaint guru2 buat tuition. Pada aku tak salah guru2 buat tuition selagi dia tak ganggu tugas hakiki mengajar kat kelas. aku tgk guru2 yg buat tuition semasa waktu kelas mereka tak pernah pulak mengajar dgn separuh hati. So  pada aku yg tak puas hati guru2 buat tuition , itu kelebihan mereka boleh mengajar apa salahnya diorg buat tuitionkan. 

Berbalik cerita twin 2, semasa result keluar twin 2 berjaya mendapat A untuk penulisan dan pemahaman. Bygkan masa awal2 tahun tak pernah lulus siap dpt 18% lagi boleh dapat A. Jadi anak2 ni kita kena cari punca kenapa dia bermasalah dlm sesuatu subject dan perlu beri semangat pada dia. Saya juga berterima kasih pada Cikgu Norzita (kebetulan masa tu dia jiran saya) yang bersungguh2 mengajar anak2 saya untuk math n BM masa tuition. Cikgu Zieta ni pun komited masa waktu mengajar hakiki walaupun buat tuition. takde pulak saya dengar guru2 ni mengajar sambil lewa dlm kelas kerana buat tuition. Moral of stories nyer guru2 sekarang masih komited dan ikhlas dalam mendidik anak bangsa bukan hanya mengejar RM sahaja seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak baru2 ini akibat gaji guru telah naik. Apa2 pun TERIMA KASIH Cikgu Juhaida yang sangat prihatin. Tahniah...

 

3 comments:

  1. Akak! terkesima bila saya baca Posted by Shila Muin. Ingatkan akak share blog sape lah tadi. Wah bertambah advance ada blog. Teruskan menaip. Kadang2 terapi diri... =)

    ReplyDelete
  2. Haha...bukan shila muin yang dulu dah kah kah. Bukan apa Kay kadang ada benda yang kita nak luahkan tp tak boleh nak cakap so kita tulis. Lagi pun blog ni ceter mak2 jer nanti sok2 anak2 boleh la baca balik pasei depa kecik2. Apa harapan mak dia yang tak terluah. Pastu ada la resepi turun temurun yg hat ingat2 lupa tu tak hilang dahkan. Sooooo selalu2 la mai kat rumah maya kak pasai dah jauh nak mai s.alam. Satu lagi adik angkat kesayangan kak pun nak dapat twin gak. berkat selalu jaga twin kak dulu kut...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Tahniah Kak Shila dan twins... Dah besar dah dedua.

    Seronok berkongsi di blog, bila rindu mereka, kita boleh baca kisah2 ni kan.

    Saya baru bermula menulis blog pd thn 2013... Alhamdulillah. Medium yg baik untuk berkongsi.

    Antara top entry ... Sudilah singgah :)

    http://asyrafanisah.blogspot.my/2014/08/ya-allah-selamatkan-anak2-kamibukan.html

    Selamat maju jaya

    ReplyDelete