Tuesday 26 June 2012

Sabar...Sabar

Assalamualaikum,
Tgh bersabar ni tunggu Hubby settlekan claim. Benar nya teman nak pegi opening sport day SMK Seksyen 7 kat stadiun MSN seksyen 20. Hubby kata tunggu jap dlm 8,30 pastu kita pegi sekali. Ni dah pukul 9.38 min pun lum settle lagi. Huhuhu sabar je. Dah terlepas nak tgk twin 1 take part perbarisan untk rumah kuning. (Nostalgia betul rumah kuning ni pasal aku dulu pun rumah kuning tiap2 taun masuk perbarisan). Sabar...aku buat muka merajuk manja dia makin concentrate dgn claim dia. (kena buat lain pasal silap )

Sayang oiii cepat la twin 2 masuk acara 4 x 100m and 400m. Kang terlepas plak nak tgk twin 2. Yeah Ummi nak jadi penyokong kuat nanti. Cepat la babah nanti Ummi tak sempat nak tgk twin 2 lari. Twin 1 dah dapat 3rd place untuk lontar peluru. Semua aktiviti anak2 ni mengimbau kenangan Ummi masa kat SEMESTI. Ummi also took part dlm lontar peluru. Jgn marah selalu Johan wakil sekolah tuk peringkat Hilir Perak. Masa peringkat daerah baru dpt 3rd place. Hahah twin 1 tak boleh kalahkan Ummi.

Klu sampai kul 10.00 tak pegi lagi cansell je la. Merajuk le. KKKKK dah siap got to go at 9.48 am. So pray to both twin. Bye

Monday 25 June 2012

Hujung minggu yang sebok

Assalamualaikum,
Hujung minggu yang lepas mmg memenatkan bagi aku. Twin ada camping kat sekolah. Tinggal la kami 4 beranak. Hari Jumaat lagi twin dah tido kat sekolah. Petang tu dah call, Ummi tlg antarkan towel kami lupa bwk towel. Pas tu siap ada pesanan seterusnya biscuit, choclate , air ext..Balik kerja terus antar brg2. Biskut tuk 4 platon byngkan. Ye la takkan tuk anak kita jekan

Hari sabtu la paling mencabar, hubby pegi kerja , maka bersilat la aku dgn chak n Hasif. Hsif tak habis2 usik adik yang adik asyik melalk je. Adeh mmg boleh naik darah tinggi dibuatnya. Aku langsung tak masak ape hari tu, cuma pagi buat sndwich antar kat twin . Petang mintak tlg pekerja restoran masakkan bihun untuk anak2 yang camping tu. Kami makan kat RFC je. Malam buat cucur untuk supper anak2 SMK Seksyen 7 yang camping. Saja sebab sekolah tak sediakan makan tuk supper. Bagi semangat anak2 ni nak masuk pertandingan kawad nanti

Tgk la tgh sebok tengok step formasi


Aku suka anak2 ni involve activiti macam ni sebab tu aku support bagi diorang makan datang tgk2 ape keperluan yang mereka nak. Kita takkan harap cikgu semata-mata ape salahnya parents pun sama2 join sekurang2nya kita tau apa aktiviti anak2 di sekolah.

Hari Ahad adalah hari malas sedunia aku. Klu ada twin senang nak buat kerja sebab diaorg ni rajin tlg jaga adik n buat kerja2 rumah. Pagi aku buat nasik lemak ingatkan awal lagi rupanya siap masak dah pukul 11 lebih. Huaaa...Twin balik dah pukul 3 ptg. Thanks Yati tlg anak anak2 saya (Yati ni mmg commited dgn segala aktiviti di sekolah). Cadang petang nak bwk anak2 makan di Port Klang. memandangkan twin kepenatan makan kat Restoran Chinese Muslim Mohd Chan seksyen 15. Rating boleh la bagi 8/10. Sedap, siakap dia fresh, sayur kangkung belacan dia pun sedap tak le lembik sangat (selalu terkena klu order macam benyai je) Ni first time la makan kat situ. Harga pun resonable la, RM103.80 ada siakap, ayam kicap cili kering, kangkung belacan ada Tauhu telur, dumpling, air buah ok la pada saya untuk 6 org makan (yang betul2 5 je chak tu tak banyak mana makannya).

Before pegi makan pi shopping, nawaitu ummi nak beli kasut n handbag. Masuk je SACC Mall ade Poney sale...maka Ummi pun beralah anak2 yang dapt mcm2 from head to toe (siap masuk bata, Chak pakai kasut display taknak bukak dah). ummi dapat aper? hanya sepasang kasut tapi sakit jiwa punya pasal harga sama dengan baju poney anak2 yang sebunjut beso tu..Huh puas hati.

Wednesday 20 June 2012

Teruja

Assalamualaikum,
Last 2 days aku tidur di bangi sorang2. Ada persidangan yang perlu dihadiri di Seremban. Disebabkan naik dgn kwn jadi jgn la menyusahkan orangkan mana tau terlambat ke kalau dari Shah Alam. Tu la pasal tidor di Bangi. Setelah beberapa tahun aku di Bangi ni mmg aku dah tak pernah outstation cam aku kat Unit Penguatkuasa dulu. So mmg aku dah lama tak duduk hotel sorang2 cam ni. sawan gak. Tapi yang tak tahan aku rasa cam nak balik lak mlm2 ingat ke Chak.

Second tought best gak duk melahu sorang2. Isnin malam tu cdg hubby nak datang tapi dek kepenatan jaga anak tertido awal kut. Huhu. last2 keluar makan dgn anak2 buah tapi dah dekat kul 12 baru dorg free. Lapo la mak ngah weiii. Balik hotel punya la semangat nak tengok euro last2 tertido.

Pagi selasa masa nak pegi seremben kwn bagi tau ada good news will be announce by Datuk KP on Wednesday. Wah! bersemangat dalam debaran dan teka teki. harap2 apa yang dijangkakan menjadi kenyataan.

Wednesday, pagi yang ceria dan teruja... as aspected was announced...Syukran...

Tuesday 12 June 2012

Kerana Duit

Assalamualaikum,
Harini nak sembang santai je..Cerita duit. Bukan apa semalam teringat kawan masa buat Diploma kat ITM dulu si Faridahanum. Sesuai le dgn course yang dia ambik DIIA. Mmg dia belajar camana nak dapat duit bnyk kan. Dia kata aku kalau nak kawen nak cari suami kurang2 yang mampu tanggung aku serba serbi tak nak sekadar dengan cinta je bukan boleh bagi aku makan dengan cinta. Pikir balik ada gak logiknye pendapat si anum nikan, walaupun dia ni kadang jenis tak kesah.
Cuba pikir kerana duit ni boleh gaduh sedara mara, adik beradik dan kawan2. Pasal rete pusaka pun gaduh bagai. Tapi kita ni sebagai orang Islam kan dah ada cara2 agihan reta pusaka ni tak payah gaduh2.
Laki bini pun boleh cerai berai pasal duitkan. Walaupun tanggungjawab suami menyediakan keperluan asas rasanya tak salah isteri menyumbangkan. Kita telah diberi kebenaran keluar rumah untuk bekerja apa la salahnya ada bahagian yang kita tanggung perbelanjaannya. Tapi jangan take for granted pulak.
Kadang2 dgn ipar duai n in laws pun duit ni jadi penyebab. Klu anak lelaki dulu bagi bulan2 bnyk kat parents tapi bila amount dah kurang mula la ada suara2 sumbang kata tu takut bini la or lebih dasyat lagi bini perabih duit dia la. Kalau kes anak pompuan plak boleh pulak skrip tukar ape pulak sebok2 ko nak byr expenses biar la suami awak yg settle dah tanggungjawb dia. Pada aku kalau anak2 dah ada tanggungjawab tak perlu la nak ganggu biar la diorg urus sendiri tak payah nak sebok ipar duai nak berbunyi.
 Aku suka dgn mak abah aku punya stail..tanggungjawab dia besarkan anak2 n bagi pelajaran dunia akhirat yang terbaik. Pasal duit klu bagi dia terima kalau tak bagi tak pernah mintak. Yang penting anak2 bahagia, paling tak tahan cucu kena jaga lebih baik daripada dia jaga kami dulu tu dia penangan cucu. Dia kata dulu aku bukan gaji besar tapi korang semua belajar sampai U takkan cucu dia korang tak boleh bagi lebih drp apa yang dia bagi kat kami adik beradik. Bertuah la 6 orang cucu tok wan n atuk ni.
So…rasa2nya pendapat Anum tu ada kebenarannya tak?.  Duit ni sikit pun cukup , banyak pun cukup rasanya bergantung bagaimana keperluan dan penggunaan kita. Tepuk dada Tanya selera. Bior pape ase bergayer tu applicable lagi ker?

lala tumis pedas

Assalamualaikum,
Ok ari ni aku nak tunaikan janji N3 sebelum ni. Jgn ingat aku buat 2 N3 sehari. Sebenarnya baru nak publish. Jum kita tgk resepi Lala tumis pedas.
LALA TUMIS PEDAS
Bahan2
·         Lala dlm 800g. (tak semestinya ni aku beli sepeket 800g)
·         Cili api ni ikut suka ikut klu suka pedas byak le. (asingkan sedikit untuk tumbuk dan separuh lg just ketuk je)
·         Lengkuas dlm 1 inch sahaja (jgn banyak nanti rasa lengkuas tu kuat sangat)
·         Sedikit bunga kantan (boleh juga tukar dgn daun limau purut)
·         1 sudu makan sos tiram
·         Sedikit asam keping (sikit je tau)
·         Bawang putih n bawang merah
Cara2
1.       Rendam lala dlm air garam for about 30 mins. (Ini bertujuan nak keluarkan lumpur2 dari shell tu)
2.       Pastu bersihkan bersih2.
3.       Tumbukkan cili bersama lengkuas sampai lumat pas tu tumbukkan sekali bwg putih dan merah.
4.       Panaskan minyak dan tumiskan bhn yang ditumbuk sampai terbit bau. Tambah sedikit air.Masukkan sos tiram. Masukkan lala dan bunga kantan dan asam.
5.       Perisakan garam. Lala masak apabila dia bertukar warna ke pinkist.
Notes
*      Lala perlu dibersihkan denga berhati2 untuk elakkan keracunan coz lala ni (or any seafood yang ada shell) makan lumpur dan kemungkinan besar mengandungi toxin laut.
*      Semasa memasak mula tutup to trap heat, lepas kita tgk semua dah warna bertukar ke pinkist kita kena bukak tutup n continue masak atas api yang besar dan biarkan mendidih. Ini bertujuan kita nak any toxin yang ada vaporise dgn wap tu. (Ni applicable untuk masak kerang or kupang)
*      Lala or any others (seafd yang duk dlm shell) bila masak jgn tutup. Tutup sekadar untuk masak lepas tu kena buka dah biarkan dia mendidih sekejap
*      Satu lagi jgn lupa rendam dulu any shell seafood ni dgn air garam pasal bila kepekatan cecair kat luar tinggi so cecair yang berlumpur kat dlm tu akan keluar ke cecair yang mempunyai kepekatan tinggi ni. So mudah la kita nak bersihkan seafd ni. Yang penting toxin yang ada keluar sekali. Jgn sekali2 masak seafood yang bercengkerang ni separa masak 0r half-done bahaya sangat.
*      Kalau masak lala ni jgn buh air bnyk2 coz lala itself akan mengeluarkan air

Kisah Hujung Minggu 2


Assalamualaikum,
Weekend adalah hari yang ditunggu oleh anak-anak.  Diorang pasti Ummi akan memasak segala macam masakan n kdg tu anak2 request macm2 nak makan.  Kesiankan anak2 saya, camtu la nasib kalau dah kerja jauh. Salah satu sebab aku ambik full time study leave dulu adalah sebab twin dah masuk std 1 dan aku rasa masa tu selalu tak tenteram asyik teringat macamana diorg . Aku nak selalu call trasit segan la pulakkan mcm la aku sorang je ada anak, orang lain tak kecoh pun. Bayangkan kdg dalam pukul 10 cal aku, Ummi pencil case tinggal, colour tak ada takut teacher marah. Bygkan aku kat Bangi, babah dia boleh keluar time lunch je. Hishh.
Hari Sabtu aku terpaksa attend Dialog Nasional Pendidikan di Sirim. Jgn korang ingat aku dah tukar kerjaya jadi Pegawai di KP pulak. Aku mewakili AJK PIBG SMK Seksyen 7. Banyak isu yang dibangkitkan satu yang menarik perhatian aku, ramai perwakilan yang meminta PPMSI dikembalikan. Apa pendapat korang? Aku secara peribadi sebenarnya mmg nak PPMSI dikekalkan, tapi kena la paham pendidikan nasional ni meliputi seluruh pelusuk Malaya ni so background pun berbezakan. Mungkin kita pandang apa yang ada depan mata je. Tapi aku fikir balik aku dulu asal dari kampong gak, pas tu masuk kat boarding skool dulu terasa gak kwn2 berabuk cakap omputih tapi aku take it as challenge. Kat ITM bahasa pengantar English takde masalah pun. So tepuk dada Tanya selera. Makanya hari sabtu terlepas la Ummi nak masak untuk lunch. For dinner buat bihun sup requested by twin 1. Tapi bila sup dah siap dia makan dgn nasik la plak.
Makanya hari Ahad adalah hari aku perlu qada’ + jamak memasak untuk anak2. Last week lagi Hasif asyik ckp nak makan sotong goreng tepung. So tu untuk dinner. As for breakfast makan left over bihun sup smlm je la. Lunch twin 2 pulak nak makan meehon goreng aku pun buat la . Pukul 4 macam tu twin 1 nak makan cucur kentang dgn kuah kacang.  Aku bancuh 1 kg tepung for cucur kentang. Masing2 makan bnyak siap ajak kwn2 lagi. Aku mmg suka ajak kwn2 dia tea kat rumah sebelum keluar main. Dapat la satu bekas bagi jiran. 
Twin 1 sedang menikmati cucur kentang

Pukul 6.30pm  ready prepare for dinner pulak. Twin 1 sanggup tak kuar main hari ni nak jaga chak suruh Ummi memasak tanpa sebarang gangguan.Aku pulak semangat nak masak pasal hubby ckp dia akan dinner kat rumah hari ni. Yeaahhh apa yang Ummi managed to prepare for dinner…Ikan sweet & sour, lala tumis pedas , sotong goreng tepung, bawal putih yang kecik tu goreng garing n sayur campur. Tgh aku nak masak neighbour pulak hantar kari daging.  Sorry gambar tak sempat ambik sebab dah masuk maghrib pun tak siap lagi. Ok next N3 aku masukkan resepi n petua macamana masak lala. Aku teringat Syauqi suka sotong goreng tepung  ajak le dia dinner kat rumah since hubby pun ada. Sudahnya dia datang pukul 12 lebih mujur aku masak mmg banyk. Siankan tak makan2 lagi dah kira sahur dah tu. Aku doakan cepat la dpt jodoh..hahaa. Esok bermula minggu baru…tapi lauk dah prepared in advance for twin.

Thursday 7 June 2012

Aku Bengang


Assalamualaikum,

Sebenarnya dah lama aku simpan N3 ni. Bagi sejuk sikit baru aku edit balik. Kalau 2 minggu lepas mmg suhu mendidih la. Ni temperature dah reduce sikit dah berisytigfar banyak2 dah ni.

Bengang bukan apa. Kadang kita ni jgn ambil kesempatan atas kebaikan dan keprihatinan orang

Ceritanya camni. Ada 3 bdk trainees dr salah satu Uni swasta kat Shah alam under company sedara incik hubby ikut hubby buat job dia since company dia tak active nak buat electrical work (bdk2 ni dr course electrical n electronic). Niat nak tlg la and apala salah diorg nak belajar hands-on kan (mana la tau sok2 anak kita plak ada org nak tlg)

Aleh2 Mr. Hubby dapat invoice RM6500 from that company for supply man power tak termasuk claim fuel n tol.Kalau korang ape rasa…Member dah la bertungkus lumus nak siap keje kat restoran tu since nak bukak soon mau tak bengang.  Budak2 tu pulak satu hal nak tuntut RM1000 sorang pulak. Bnyak cantik, electrician dia pun RM70 je sehari. Yang Incik hubby ni pun satu hal, dok tention kejar dateline malas le nak layan. Bdk2 ni keep on calling nak claim elaun dia. (Hari ni berenti sok dah nak claim).  Last2 bdk2 ni call aku. Since hubby busy aku pun tlg. Adik2 oi kami anak beranak pun tak sempat nak jumpa dia ni korang plak ngada2 tak puas hati dgn elaun(sebenarnya elaun diorg hubby dah janji RM35 je sehari) Tu nasib nak bagi , patutnya tak payh bagi kalau dtg keje suka hati mak bapak dia. Kadang2 pukul 11 baru muncul. Tu la mentality student sekarang. Belum apa2 siap sms aku ugut aku kata dia buat kerja amal. Padahal advance dah ambik. So lain kali sapa yang ada sedara mara nak buat practical training cari company yang boleh bagi keje jgn yg mcm agen cari kerja pulak pas tu hantar2 kat kita mintak tlg. Pastu mintak pulak byr …huhu dasar nak kaya cepat.

Aku ni sebagai isteri mithali mls nak tgk hubby serabut, aku  ambik particular bdk2 tu . Aku bincang le dgn owner restoran tu apa nak aku buat dgn bdk2 yang tak reti diuntung ni. Dia kata terpulang kat mak ngah apa nak buat saya sokong je. Aku pun ingat nak call coordinator bdk2 ni tp aku sian plak takut tak grad bdk2 ni kang klu aku report.  Aleh2 company yg hantar bdk2 ni kat hubby aku call tak pe la kira yg RM35sehari tu je la. Yg lain tu abaikan je sebenarnya dia ada agenda lain antar invoice tu. (game diorang ni aku taknak campur) Huhu tau lak takut aku nak gi mengadu kat MSU. MSU ni pun satu antar bdk2 ni p practical training kat tempat yg camtu plak. Tak faham aku…Aku pun belajar gak kat Universiti tapi mungkin aku ni grad kat IPTA je kut tak de la nak demand lebih2. BTW aku punya bahagian pun handle practical student ni  bukan sorang 2 tapi ramai tak de plak yg pandai kurang hajar camni. Dah tau site kat Bangi  cari la rumah kat Bangi ni sebok kena kuar duit fuel n tol. Hello sok ko keje ada sapa nak bagi ko duit minyak klu kau keja kat sini tapi nak duk dgn mak pak kat kedah ke johor ke mmg berangan la.

Td. Aku dah tnya hubby dah antar ke claim trainee ni. Dah pun tapi adik2 kena la tau procedure org keje ingat bleh terus dpt ke duit kena la endorsed sana sini baru bleh buat baucer. Lain kali masa training le belajar bukan sebok2 nak tuntut mcm2 nak sebok dtg opis org nak mintak2 duit. Patutnya korang belajar le dgn pak ngah bnyak benda korang dapat lebih bernilai drp duit elaun yg majikan korang janjikan tp nak claim lebih kat company org. huhu…Aku harap esok anak2 aku klu belajar kat U jgn la buat perangai mcm ni..kuciwa la tgk student kita mcm ni patutnya ambik kesempatan belajar hands-on bukan antar2 sms kurang ajar cam tu. BENGANG MMG BENGANG