Tuesday 28 August 2012

Masak Sasangan (Masakan orang banjar)

Assalamualaikum w.b.t
Dah lama tak cerita pasal resepikan. Ramai gak tanya lama tak dapat tips memasak daripada saya. Kay hari ni cerita pasal masakan tradisi orang banjar. Tapi saya ada tambah sikit la nak meet our selera. Ha ni namanya derhaka pada resepi nenek moyang. ha ha ha.

Masa balik raya hari tu mak ada kirimkan ayam kampung banyak gak la aku agak dlm 2 ekor ada la kut. Kat kampung abah dah masakkan kuzi..pada tekak aku seeedaaappp sgt, kuzi abah special sikit pasal rempah abah aku blend sendiri. ada dia bagi ratio rempah dia nanti nak try klu sedap kita buat N3 kuzi abah yer. Hubby yang tak suka kuzi pun suka masakanan abah aku.

Back tu cerita sesangan ayam.

Ni la dia ayam sasangan nampak hitam sikit sebab abah dah salai ayam tu
Resepi

Bahan2
1. sesudu ketumbar
2. sedikit jintan manis dan jintan putih
3. 3 sudu kelapa parut
4. sedikit serbuk kunit
5. cili kering dan cili padi (yang ni ikut nak pedas bnyakkan cili padi
6. sedikit lada hitam
7. 2 batang serai
8. Santan (drp 1 biji kelapa)
9. bawang merah dan bawang putih
10. sedikit gula dan garam (ada yg suka serbuk perasa pun boleh)
11. 2 keping asam keping
12. 2 biji kentang
13. Daun kunyit

Cara2
1.Sangaikan semua rempah2, bawang dan cili kering
2. Tumbukkan cili api kemudian kelapa parut dan rempah dan cili yang disangai sampai lumat. Serai diketuk.
3.Rebuskan ayam dgn bumbu yang ditumbuk dan campurkan sedikit air.
4. setelah ayam agak kecut masukkan santan,Masukkan daun kunyit. bila ayam dah empuk masukkan kentang .
5. Bila kentang agak lembut baru masukkan asam keping dan biarkan kuah memekat. masukkan gula dan garam serta perasakan.

Senangkan rebus je semua. Hari tu ada staff anak buah aku makan lauk ni siap bertambah nasi.

Tips.

1. Kalau ikan tak payah masukkan ketumbar dan serai hiris tumbuk sekali.
2. Letakkan sedikit gula dulu dalam masakan agar ayam lebih enak
3 semasa kuah dah didih dan kentang agak lembut masukkan sedikit garam (sikit je) dulu agar dapat sebati dgn ayam atau ikan. kalau masukkan terus tutup nanti kuah masin ayam rasa bland pulak.
Garam kalau bubuh awal dia akan suddent drop the temperature of kuah dan akan menyebabkan texture daging tak sedap. Asam pun macam tu dia akan prevent penetration of heat pada meat.
4. Asam akan menyebabkan kuah semakin pekat sebab dia akan menyebabkan protein dan lemak pada santan memekat. So jgn risau klau kuah mula-mula cair. Bila air dah vapourised pekat la kuah tu. Tapi kalau ikan biar santan tu pekat sikit kang hancur plak ikan.
5. Klu ikan sedap bubuk kacang panjang jgn bubuh kentang plak. Ikan yg sesuai ikan air tawar baru sedappppp

 Kay selamat mencuba.





Monday 27 August 2012

Majlis khatam

Assalamualaikum,
sorry orang sebok cerita pasal raya aku nak cerita aktiviti masa ramadhan lagi. Pada 13 Ogos lepas kami di AOTD mengadakan majlis katam kepada kumpulan tadarus AOTD. Alhamdulillah sepanjang Ramadhan tahun ini kumpulan tadarus bertambah. Aku berdoa semoga amalan membaca Al-Quran ni aku dapat diteruskan wpun Ramadhan telah berlalu.

Ahli tadarus AOTD bersama Ustazah 
Anak Ustazah Nawiyah membaca Al-Quran dengan lancar secara Hafazan
Semasa majlis ini kami juga bergotong royong menyediakan 2 periuk bubur lambuk secara gotong royong. seronok gak. meh tengok camana Pn Shila join rewang ha ha ha.

kena angkat bawang

macam model cat walk

bersihkan bawang 

Terima bahan mentah drp Y.B En. Zailan

Dah boleh masuk beras dah

siap dah

Camtu la kisah katam dan rewang di AOTD

Friday 24 August 2012

Ucapan Raya

Assalamualaikum,
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin untuk semua. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih pada semua yang telah menghantar ucapan melalui FB dan SMS dan saya minta maaf banyak-banyak jika ada yang tak terjawab.  Jangan kecik hati ye mungkin terlepas pandang.

Saya amat menghargai semua ucapan itu kerana pada saya ucapan itu adalah suatu doa yang baik untuk saya dan keluarga terima kasih. Dalam banyak-banyak ucapan yang saya terima ini yang paling saya suka yang dihantar oleh anak buah kesayangan saya yang nakal tu.

kadang2...
kawan2, saudara & keluarga tu..macam MAGGI..
time susah baru terhegeh2 nk cari...
kadang2 tu mcm CHIPSMORE..
sekejap ada sekejap tak ada...
kawan2 & saudara juga mcm ASTRO..
macam2 ada...
Tapi.. buatku kau mcm
L'OREAL..'kerana dirimu begitu amat berharga'
Selamat menyambut hari lebaran maaf zahir & batin.
- Dr. S-

                                            Selamat Hari Raya daripada Saya dan Keluarga
Keluarga saya dengan tema hijau


Thursday 16 August 2012

Ramadhan Al Mubarakh

Assalamualaikum,
Sedih dan sayu rasa hati bulan yang barakhah semakin meninggalkan kita. Kalau dulu2 mmg sukeeee nak rayo tapi bila dah umur midi nie terasa sesuatu kehilangan sebab bulan barakah ini meninggalkan berbagai perasaan , keinsafan yang mengajar erti kehidupan.

Alhamdulillah tahun ini ibadah puasa dapat dijalankan dengan lancar. Sampai hari ni sekali je la ummi terbabas bangun lambat untuk bersahur. sian twin. Diorg ckp it`s ok Mi no big deal. Ummi pun penat kami dah makan lepas balik tarawekh tadi. ermp how good my twin. Hubby masa ni mmg sebok. Alhamdulillah rezeki murah sepanjang Ramadhan ini.

My hasif menyertai kumpulan Tadarus surau al Amin. alhamdulillah dia mmg paling rajin ke surau. Aku bersyukur Ya Allah Hasif klu tak dapat pergi tarawekh n tadarus sanggup nangis. kadang dia buka di surau. Ada satu hari tu aku sampai rumah twin mintak kebenaran tak nak p tarawekh. tau kenapa....

Twin 1


Twin 2


Nak p stadium bukit Jalil Mesia lwn Arsenal. Aku pun bagi je la since dia pegi dgn jiran depan rumah. Hasif mcm bengang gak tapi dia lega bila aku kata hasif dapat pahala lagi besar pegi surau.

Pasal makan anak2 tak cerewet cuma klu weekend diorg demand sikit la pasal ummi will cater ape diorg mintak. Jiran2 best sgt selalu tukar2 juadah. Tengok ni

Aku buat mee bandung je. Tapi ada adition nasi lemak n ayam goreng. Kuah durian bagai bestkan.
Kalau sahur anak2 makan nestum n air milo je. Mcm breakfast. Ok nanti kita citer lagiiii bye pasal nak rayo plak.




Wednesday 15 August 2012

Cerita Kasut

Assalamualaikum,
Semalam anak2 ajak babah keluar sebab nak beli kasut. Last week twin dah kuar ngan aku n abg Syauqi diaorg tapi tak jumpa kasut yang diaorg nak. Aku ni kdg ketingglan juga pasal uptodate shoes fesyen tuk remaja ni. Tu yang twin bwk fesyen advisor sbgi consultant. So tak dpt gak kasut tapi rabak gak la pocket ummi dikerjakan diorg bertiga tu. Masa byr tiba twin 2 slowly said `mahal gak baju adik ni yer' haaa tau pun.

So smlm tu tak jadi gak beli kasut sebab ada program kat sekolah diaorg. So katanya malam ni ngan babah plak. Biar babah plak rasa kecerewetan twin nak bergaya. Kata Syauqi ikut ummi la. Kata asal lak. Yer la mak ngah nak cari kasut pun siap survey kat alamanda ambik gambar la pastu baru beli kat SACC Shah Alam.  Ha ha yer juga. Aku beli kasut mmg agak berbaloi tp 4/5 taun kemudian baru aku ada kasut baru. Ingat tak aku ada cerita aku beli kasut sama rege ngan harga baju raya anak aku yang sebeban masa poney sale last moth. aku mmg suka Cik Bonia . Aku selesa dgn jenama ni. Walaupun patern dia tak de la lawa sgt. Nak tau apa kasut yang Syauqi kata aku survey kat alamanda beli kat Shah alam...Taraaaa

cantikkan     
Ni kasut tuk meronggeng Primavera. aku suka kasut ni. Masa tu aku jln2 ngan kwn kat Alamanda aku dah kenan gila kat kasut ni. Tapi aku tak jumpa ATM masa tu. Aku pun ambk gambar tunjuk kat hubby tnya cantik tak. Cam takde perasaan dia kata cantik. Huh.. Lps tu aku p primavera SACC  Mall tunjuk kat sales person tu gambor, sambar, byr terus blah.. At last gambar yang aku duk tenung tu is mine.. Sukeeeee. Syauqi tnya mak ngah nak beli kasut raya lagi tak? Nooooo....dah baru beli 2 bonia n sepasang primavera cukup dah. Yang tentu kasut saya mesti ada tumit. Mungkin dah biasa kut since kat SEMESTI kena pakai kasut bertumit.....

Hah mesti ada yg kata smpi 2 pasang bonia. Sebenarnya 1 pasang tu saya dapat murahhhhhhhhhhhhhh sgt masa karnival SMK Seksyen 7. Car boot sale. Kasut baru tu. so rezeki saya sbb saiz aku tu.. So no more kasut raya for Ummi. Hubby kata ngalahkan Chak nak kasut baru

Friday 10 August 2012

Anak Periksa Ummi Demam

Assalamualaikum,
Maaf aku dah lama tak update. Sebenarnya aku frust pasal aku tak boleh upload gambar dr hp baru aku ni. Apekena tah. Konon2 nanti dah boleh baru dak wat N3. Lambat sgt la. Camera, Hubby dok guna takut lak hilang gambar2 utk kerja dia dlm tu tak pasal je kena marah.

Baru-baru ni aku batuk teruk. Aku dah agak nanti kalau biar aku mesti kena astma ni. Tapi aku demam pulak coz lung infection due to my batukkk. Masa tu dah la hubby kena Outstation kat Kelantan. Mcm2 buat aku stress. Nak antar anak, anak nak tuition, nak kejar ambik anak sblm waktu buka, sahur lagi. Aku kuatkan semangat tapi tanpa kita sedari kita stress sbnrnya. Orang astma ni mmg tak boleh stress tapi mujur aku bukan yg mudah stress tp like I said just now , stress will come naturally tanpa kita sedari. Tapi yang buat aku bertambah nak demam on 3rd August start trial PMR. Bayangkan my Twin tu aku tgh masak kat dapur aku dgr dia main bola la dlm bilik dia, pas tu siap bergelak ketawa lagi. Aduhhh aku suruh dia org buat revision.

Bila aku start nak buat revision dgn diorg Chak pun nak suruh aku ajar baca jugak. Hasif pun nak periksa Sumartif 11. Lepas berbuka kawn2 diorg dah dtg nak ajak p surau takkan aku nak larang dia nak Taraweeh pulakkan. So bila aku tgk buku tak berusik aku yang gabra. Last2 aku yang buat revision Science. Bila baca aku lagi la..ishh twin ni diagram ni diorg dah tau ke , properties ni diorg dah hafal ke? Path way ni diorg faham ke? Arghhh mak yg dup dap. (Ni yang hubby marah kat saya ni klu dia tau)

Last hari Jumaat tu aku mmg demam teruk.  Syauqi nak antar mak ngah dia ni p KPJ aku fikir plak sapa nak handle budak2 ni klu kena warded. Dia kata tak pe dia nak tlg jaga. Sorry bukan tak percaya Syauqi manage to take care of them tapi takut mak ngah demam lagi teruk nanti. Bertahan sampai hubby balik. Sudahnya malam Isnin terpaksa pergi jugak. Hari selasa jumpa Dr. Zainal ariffin, dia mula la bebel kat aku psl lambat dtg jumpa dia. aku buat pekak aje smbil merayu2 janji makan ubat ikut time o else dia nak warded aku smpai raya. Huarrrrr

So last week aku mc smpai hari Rabu. Semalam Syauqi temankan twin beli baju raya rupanya dia kata Makngah, saya dah ckp kat pakngah nanti Real masa PMR saya nak sediakan ambulance depan rumah senang sikit. Cissss