Friday 28 September 2012

Kuah Kacang, pajeri nenas

Assalamualaikum w.b.t

Yummykan tajuk aku hari. Sebenarnya aku teruja nak cerita pasal kuah kacang ni pasal resepi dia lain sikit. Ingat tak aku ada cerita masa raya aku p rumah aunty kat kedah. Bila aku makan ketupat cicah kuah kacang aku rasa kuah kacang dia marbeles sgt. Aunty kata ha ada rahsia dia ..Sebenarnya dia guna buah kurma masukkan dalam kuah tu. Patut la.

Ni kuah kacang versi shila muin ha ha



Semua bahan2 seperti cili, bawang, jintan sikit n belacan (klu suka) goreng lepas tu blend masak rebuskan dgn kacang. Saya blendkan kurma dan tambah gula merah sikit. tu warna pun cantik takde la pucat sangat. Rebus smpi naik minyak n intended pekat. Sblm ni saya blendkan bahan2 lepas tu tumis. kuah agak berminyak la. This procedure hasilnya just nice. Versi shila saya tambahkan tulang n rangka ayam sikit. adala mcm berlauk gitu.

Nenas di masak dengan rempah


Ni cerita pajeri nenas plak. Pajeri nenas ni kalau nak dapat yang pekat dan sedap selepas kita tumis bahan2 untuk tumis termasuk udang kering or ikan bilis kita tumiskan rempah kari (nak sedap guna rempah kari ikan) campurkan hanya dengan sedikit santan cair. Lepas tu masukkan gula merah then nenas nenas. Kenapa? jeng jeng sebabnya nenas ni mengeluarkan air klu kita masukkan santan dulu kemudian masukkan nenas kita tak tau nenas ni impart liquid jugak tu yg kadg pajeri jadi cair tu ( dah tak sedap sgt). Satu lagi yang penting gunakan kerisik yang tumbuk smpai berminyak baru la kita rasa kuahnya tak kesat . Saya punya saya buat kerisik sendiri.


kerisik daripada setengah biji kelapa parut
Masukkan kerisik baru masukkan santan. At this stage agak santan jangan banyak sangat dan jangan pekat sangat. Just nice. Pajeri nenas yg sedap dia ada rasa masam, manis dan masin. masam tu bergantung pada jenis nenas. Klu tak de rasa masam boleh masukkan air asam jawa tapi sikit je kang masam la plak.

Cerita nya sedang ummi sebok memasak pajeri di dapur apa jadi dgn Chak kat dining area. Meh jenguk...



camana plak gambar ni terbalik


lapor benor ummi tak layan kut

Tu lah dia dengan tak pakai seluor  agak sejuk kut duk atas table glass tu... 

Tuesday 18 September 2012

Kisah Hujung Minggu 3

Assalamualaikum w.b.t

Last weekend cuti sampai 3 hari kan. Selamat Hari Malaysia...Banyak la aktiviti dan cerita menarik. So kita jamakkan sekali bleh.

Hari Jumaat malam sabtu Chak buat hal malam2. Ada ke pukul11 mlm nak pakai baju melayu menangis2 nak ajak balik kampung. Nangis siap depan pintu. malas nak dgr dia nangis pakaikan jer la siap bersampin pastu ajak babah jalan2 nak jumpa abg Syauqi..ha ha cam nak pi majlis nikah abg Syauqi jer. Jiran sebelah gelak besar tgk ni nak pi mana ni Chak. Last2 tertido..ngantok la tu yg buat hal..
Tertidur sampai ke pagi dgn sampin ha haha


On Saturday aku wat pot-luck raya dengan cousins aku. Cadangnya ramai la nak join tapi Allah yang mengaturkan. Kak Chik tak dpt join anak dia warded kat HKL due to batuk n selsema. Get well soon Iman.Adik aku si Udi pun tak bleh nak join ada org dtg to repair bilik air pulak...So bersama anak menantu Anjang jer la. Tu pun meriah dengan anak-anak buah mcm2 perangai. bila t/hari dah ngantuk faham jer la.. Petang ada jiran buat open house pegi la sekejap.

Macam-macam ada, tuan rumah buat nasi tomato, dalca and kurma telur

Hari Ahad patutnya kami ada majlis bertunang sepupu hubby kat Ampang. Aku mcm malas sebab ingat hari tu nak pulun study dgn twin. last-last dia ckp tak jadi pegi sebab dia kena pi cyberjaya. so hari Ahad fulltime dgn anak-anak. Semput rasa nak suruh semua siapkan homework..

Daripada duduk lepas tu meniarap plak.

Ummi has tu meniarap depan dia sekali. Adula sakit kepala. Tak boleh leka diorang mula la nak main. Twin 1 tak berapa sehat pulak tu. Hubby balik malam sikit. Lepas solat dia tertidur mmg dia nampak penat. Hp bunyi pun dia tak jawab. Tiba my hp pulak yg bernyanyi-nyanyi. Rupanya Syauqi ajak pak ngah keluar. Laju la plak boleh bangun. Saya nak ikut tak nak bwk pulak. Ngadu kat Syauqi dia kata orang pompuan tak baik keluar malam-malam. Ewah-ewah aku satu hari tak kuar rumah nak ikut ngeteh pun tak nak bwk..versi merajuk..

Hari Isnin jiran depan rumah buat open house. So aku buat sandwich pagi. T/hari masak simple jer la untuk Chak. Yang kelakar jiran sebelah tnya ha Chak tak nak pulak pakai baju melayu yang bersampin malam2 buat apa. Chak kata nak gi rumah Aunty Yani kena pakai baju cantik. Mak aih twin punya marah dia punggah almari twin rupanya nak ambik baju dia..Alahai Chak. Weekend panjang minggu ni aku mmg tak keluar dari Desa Alam. Home sweet home..



Thursday 13 September 2012

Taman Reakrasi Gunung Lang, Ipoh


Assalamualaikum w.b.t

Dah seminggu tak update. Sebok sikit.. Kali nie nak cerita pasal bawak anak2 jalan2 ke Taman Reakrasi Gunung Lang. Sebenarnya tak jauh dgn rumah IL. Selalu lalu tapi tak pernah pun nak singgah. One day ada article pasal tempat ni kat BH. Sekali Twin ckp ni dekat jer dgn rumah opah jum la pegi mcm best jer.

My 3 heroes
Cantikkan. so masa balik raya on the way nak balik S. Alam kami singgah jap.  Suke la anak2 dapat naik bot. tapi taman tu tak berjaga sgt. They had fun tabur fish pallet. Tau la Chak terkinja2. Jum kita tgk ...
Teruja dpt naik bot
Chak takut-takut  nak naik bot

Sebelum balik sempat jugak p playground. jum kita tgk keterujaan anak -anak saya. Enjoyyyyy

Babah tolong Chak

Hai..this is twin 2

Twin 2 tnya babah next time. klu balik rumah opah can we have fun at lost world of Tambun, tak jauhkan..tgk la klu duit babah tak lost. Wakakaaaa




Wednesday 5 September 2012

Sambungan cerita Hasif tak Balik

Assalamualaikum w.b.t

Semalam pagi2 Syauqi call tanya sapa ambik hasif hari ni..ha ha ha.. Aku kata entah pak ngah kata dia ambik hari ni. Elok la Syauqi kata tu mesti rasa bersalah ler tu nak cover. Aku gelak jer..

Kira semalam dua tiga kali gak la call hubby nak make sure sapa ambik Hasif cam angin la plak tanya banyak kali. Pukul 6.00pm lebih dah cal Hasif dah ambik ker belum. Dahhh dahhh ni ader ni. Ha ha legaaaa. Aku dah ler puasa semalam kang tak pasal jer.

Babah dgn Hasif n Chak
Masa dalam komuter hubby call malam ni bawak budak2 makan kat luar la. So dia jemput terus kami ke seksyen 7. Pi makan kat Restoran Zai Gemilang sebelah RFC. Sampai sana kebetulan terserempak dengan Chomel baru nak masuk kerja. Mak Ngah sorry la semalam..sebenaqnya saya pun terlupa, Pak Ngah habaq pagi smlm dia kata klu dia tak sempat tlg ambik Hasif. Kantoi sebenarnya Hubby mmg lupa nak confirm dengan Chomel.. Aku kata tak pa la..

Syauqi pun ada masa tu, Aku tgk hubby ckp dgn dia, aku dah nonong lapor. Rupanya dia dgn Rizal (staff Syauqi) nak join skali mkn tapi nak hantar orang ke bus station jap. Sampai aku habis mkn tak sampai2. Tak lama lps tu sampai siap bwk bekal ummi dia kirim. Masa tu la hubby kena kutuk sakan. Pak Ngah patut berterima kasih kat saya tau saya dah sound mak ngah syurga bawah tapak kaki suami. Klu tak sure teruk Pak Ngah. Pandai la hang.   Lepas makan masa nak balik tgk2 twin n hasif tak ada. Hah sudah, babah dia call rupanya dia duduk lepak kat RFC tingkat 2 dok surfe internet.

Tetiba Rizal tanya dgn lorat kedah pekat dia, had mana yang lekat kat sekolah semalam.. Kami semua pakat gelak.. lama aku tak dengar orang cakap macam tu..pastu baru perasan mana Hasif...Dah hilang lagi ker. Pastu Syauqi tanya sapa pegang kunci kembara ni (sebab pintu dia macam terbuka). Baru aku teringat tadi Hasif ada masuk dalam kembara masa Chomel baru sampai. Aku jenguk lahh dia tidur kat seat belakang. Bangunkan dia siap ngigau lagi..Ha sat lagi lekat kat sini pulak hasif tolong staff buat closing restoran plak..Macam2 la..

Hasif Tak Balik

Assalamualaikum w.b.t


Hah suspend tengok tajuk. Ni cerita orang yang sepatutnya jemput hasif balik sekolah terlupa jemput. Camana buleh jadi camtu??? mesti semua orang herankan. Ceritanya camni..


Ni la si Hasif 

Hari isnin lepas hubby kena pegi Setiawangsa. So dia memang rasa dia takkan sempat balik awal petang tu. Dia pesan pada Chomel untuk jemput Hasif (mmg dia dah biasa jemput Hasif klu kami tak dapat jemput). Biasa dia keluar dari sekolah pukul 5.30pm and tunggu kat surau seksyen 3. Saya pulak hari tu balik naik komuter dah tentu sampai lambat lakan.

Pukul 6.51pm aku called up hubby tanya sapa ambik hasif. Dia kata ok2 . So aku anggap Hasif dah safely ada d rumah la. So aku took my own sweet time solat di surau KTM pastu ambik teksi.Sampai d rumah twin 1 tanya eh! mana Hasif. Aku tanya nape. Hasif belum balik lagi la. Hahhh!!! Asal tak call Ummmi la ingat dia balik dgn Ummi.

Aku called Hubby kata Hasif tak balik lagi dia dengan tenangnyer tak pe2. Ape yang tak penyer aku dah naik angin. (wajib lakan aku naik angin dah masuk Isya' anak tak balik lagi). Aku pun tak tau sebenarnya sapa hubby suruh ambik Hasif. Phone line putuss. Aku dah panik gilerrrrrr.

Aku call Syauqi sambil nangis2. (Chomel tu staff dia) mintak tlg cari Chomel. aku dah tak boleh nak call sesapa. Aku call Chomel dia kata sorry mak ngah lupa ni saya baru nak pi. Aduhhh dah pukul 9.00 lebih dah. Hati tak senang Syauqi pun datang terus kami pun pi seksyen 3. Aku aper lagi mula ler macam bullets ngamuk tapi tak tau nak marah kat sapa. Yang tentunya aku bengang kat hubby la suppose dia follow up dgn chomel. aku dah remainedkan petang tu dia duk ok2. Syauqi masa tu diam je menyabarkan aku tapi yg tentunya dia kena tahan telinga. Makin dekat aku makin takut, takut Hasif tak de kat surau.

Sampai seksyen 6, aku call Chomel alahai credit aku dah habis plak. ambik phone twin tak tau password plak. Syauqi kata aper mak ngah ni nah cakap je dia dail, phone dia connect dgn radio kat kete.berdebar2. duk dak jgn kata la.Tanya chomel dia dah smpi surau aku pun tnya Hasif ada dak..tapi lain tak clear masa tu aku dgr cam tak der. last Syauqi tanya dia kata ada dah ODW bawak dia balik. Aku punya la nangiss sambil bersyukur. Terus p cari makanan tuk budak2. Tapi mulut tak habis lagi nak urus anak balik sekolah pun tak bole..dah mintak tlg org follow up la bla..bla..bla.Tiba 2 Mak Ngah jangan la marah saya, ni pak ngah punya salah urpmmm. Nasib hang la.. Member siap pesan kat aku jangan gaduh2 berdosa kat suami la. Syurga bawak tapak kaki suami la bla..bla..bla.. erpm.

Sampai rumah aku hug Hasif sian tgk pakai baju sklh lagi dia relax je. Tanya dia Hasif nangis tak..dia kata tak ah. Huh Ummi yang melalak lebih. Hasif solat tak dah tentu hasif solat berimam lagi..huhu. Hasif buat apa masa tunggu tadi. Hasif dengar kuliah Maghrib tajuk aper ermm tajuk NIKAH CERAI. Berdekah2 kami semua gelak depan pintu. Hasif Hasif..So sorry. Tu la makngah ni panik lebih Hasif tak de aper pun. Ape tak panik anak tak balik2...eh eh jgn marah saya ha ha ha kena lagi.

Hubby balik dah dekat kul sebelas aku pun dah sejuk..malas nak bising aku diam jer..  dia buat muka tak salah plak tu tapi tak berani nak tanya aku kes hasif tak balik...Rupanya dah kena syarah dengan Syauqi sblum balik.. nasib la.