Thursday 22 November 2012

KISAH HUJUNG MINGGU 4

Assalamualaikum w.b.t

Sorry yer lambat sikit nak update. Biasa la cerita hujung minggu aku mesti la pasal nak uruskan anak2. On 10th until 12th of Nov. Hasif ada Super Caliph Camp di Kuantan. Hasif memang looking forward nak join camp tu. Siap jumpa teacher incharge `cikgu mak saya benarkan saya ikut tapi mak belum bagi duit lagi' ha ha siap mintak reserve tempat lagi tu, cikgu cerita kat aku masa aku buat payment. Masa bayar hari tu yuran dia RM130, tapi sekolah bagi discount lepas tu jadi RM110 je. Meh kita tengok gambar Hasif semasa bertolak..

Bersama kawan2 4 Utarid Shafiq, Imran dan Farhan
Excited breakfast dengan susu jer
Semasa tunggu bas dengan Farhan

 Masa  petang tu Chak dah sebok tanya mana abang Chik ni tak balik school lagi ni. Suruh babah ambik kat surau cepat la dah maghrib ni. Haha ingat pulak kat abang dia, kalau ada asyik gaduh jer. 

Petang tu twin pegi main futsal, tinggal la ummi dengan Chak jer. aku pulak plan nak masak kuew teaw goreng. Masa aku sebok kat dapur Chak tengok TV. Aku sambil panggil gak la dia...Saqif buat apa tu? Dia jawab Chak buat keja ni. For me ok la as well dia ada dalam rumah jer..Habis masak aku pun pi la nak main dengan Chak. Ya Rabbi apa dia buat tengok nih...

Dibedakkannya carpet ummi dia.

 Agak bosan duk sorang2 patut la aku ingat aku tumis kuew teaw tadi wangi sangat rupanya beradu dengan bau bedak talkum dia...Tanya sapa buat ni...Chak la ngaku lak tu.Twin balik marah dia, siap merajuk pulak tu pas tu ubah tajuk mana abang Chik ni, nak kena marah ni dah maghrib tak balik lagi. Abang kata abang Chik jalan2 Chak tinggal sebab main bedak..

Sok pagi-pagi  Chak ada tugas lagi...jeng jeng

Supervised abang long cuci carpet

Yang dia tak cuci pun siap bukak baju mandi kat depan gate tu. Tu la dia kalau hujung minggu memang kadang naik sawan aku nih. Kalau twin tak de kat rumah memang rasa hilang tangan n kaki sebelah. Rasanya ada hikmah jugak la twin tak nak masuk asrama, hihi boleh tolong ummi dia kat rumah..

Hasif balik hari Isnin. Sampai jer dia bagi resit kat aku pas tu cakap Ummi teacher gave me RM20 balance of the fee sebab ada discount. Sorry yer Mi, Hasif pakai dulu nanti Hasif bayar balik yer. Duit Hasif masa tu dah habis. Aku kata tak pe Ummii bagi duit tu kat Hasif sebab Hasif amanah bagi tau Ummi dan Hasif mengaku guna duit tu inadvance. Alhamdulillah dia tau walaupun cikgu bagi duit tu kat dia tapi dia tau duit tu bukan duit dia.

Sorry la yer kengkawan cerita last 2 weeks ni..Sebok la lambat sikit nak update. Sok kita citer menu cuti deepavali la plak k...


Thursday 8 November 2012

SYUKUR

Assalamualaikum w.m.t

Office aku berpindah kat bangunan baru di Ibu pejabat. Masa sebok2 pindah ari tu aku kehilangan pendrive unit. Dalam tu semua ada research report, semua data pasal ISO, statistik mcm2 lagi la. Mak aih memang 2 hari tak lalu makan aku dibuatnya. PA unit aku pun dah merata cari. Benda tu mmg kat aku, Mmg aku yang hilangkan. Doa jgn cakap la sebab sblm pindah, lab aku nak kena audit by IKM.
Tapi Allah maha besar, ada org bagi tau cuba cari dalam handbag selalu apa2 awak selalu je semua sumbat dlm HB. Haha handbag aku mmg mcm store mcm2 ada, jadual peksa anak ada, bil jgn ckp la semua ada letrik, syabas , cukai pintu tanah semua ada...bla bla... aku cari pun tak jumpa2. tapi tau apa yang aku jumpa.... jeng jeng
Loket aku, sampai tak ingat yang aku ada loket ni.

  Maknanya dah lama loket ni ada dlm HB ni. Rasanya masa aku pindah rumah bubuh dalam bekas kecik tu agaknya tak bukak2 bekas tu sumbat jer. Tak puas hati aku selongkar bag tu kirai atas meja last2 aku jumpa jugak dah termasuk dalam sampul surat cukai pintu hahaha. Cukai pintu tu dah bayar tu yg tak perasan....
Akhirnya
Betulkan kadang kita tak sedar..Allah selalu beri lebih dari apa yang kita minta. Kita selalu lalai dan ada masa tak tahu bersyukur atas nikmatNya. Saya sangat berharap jumpa pendrive tu tapi Allah temukan dengan loket saya tu.. Syukur Alhamdulillah.
Satu lagi masa karnival sekolah anak pihak AJK PIBG pinjam alas meja saya untuk meja jualan makanan (alas meja ni satu adik saya bagi beli kat Bandung satu lagi alas meja kain Phua hadiah drp kawan dari Sarawak). Aleh2 lps karnival hilang..jenuh tnya guru n En Nash leafhanded (YDP PIBG-dia yg suruh saya bwk), semua tak tau. Mula2 ralat la jugak tapi aku pujuk hati ni kata tu bukan rezeki aku latu. Masa awal Sept. Twin 1 call dari sekolah kata alas meja Ummi jumpa dah ada kat store. Masa balik dia kata satu jer satu lagi dia dah letak tepi tapi dah hilang. Marah la jugak pasal tak terus ambik jer. Esok dia tnya, ustazah kata semua kain dan baju dalam store dah hantar kat rumah anak2 yatim. Aku pun niatkan klu dah sampai rumah anak yatim aku sedekahkan la klu ada rezeki aku balik la alas meja tu kat aku (yang kain phua plaktu).
Lepas pmr twin1 tolong kemas store lagi aleh2 jumpa balik alas meja tu. Kali ni mmg dia bawak balik terus la. Kuasa dan kebesaran Allahkan, kalau mmg rezeki kita ada mmg ada mungkin cepat atau lambat atau Dia ingin menduga kita. Allah selalu memberi lebih daripada apa yang kita pinta..tapi bagaimana kita dengan suruhan dan ajaranNya...tepuk dada tanya iman... 

Wednesday 7 November 2012

Terima Kasih Cikgu Juhaida

Assalamualaikum w.m.t
Semalam banyak status dalam FB aku masuk pasal result UPSR mungkin ditunda ke hujung bulan November. Maka berlanjutanlah debaran bukan anak2 tapi parents termasuk la adik aku yanng menunggu keputusan anak buah aku Si Syafiq Irfan tu.

Dalam kecoh pasal result UPSR tu aku teringat 4 tahun lepas masa  twin darjah 6. Twin 2 aku tu ada masalah suka menulis lambat dan selalu tak cukup masa bila buat exam. Ada guru dia cadangkan aku cuba masukkan dia ke kelas khas tapi kena dgn kebenaran Dr. mmg la berat hati aku nak letak dia dlm kelas khas tapi kalau tu yg terbaik aku akan buat. Aku hubungi Cikgu Shalawati guru Su peperiksaan. Dia call aku Puan saya rasa tak perlu la saya dah tgk result dia dari std 1 dia ok. Tapi disebabkan dia ada masalah saraf dan motor masa lahir aku bawak juga dia pergi PPUM.Mula2 jumpa pakar kanak2 dia mmg tak de masalah kesihatan pastu refer to phycologist pulak. Masa tu dia tnya Ummi pasal adik kena jumpa pakar sakit jiwa tu bukan ke untuk org gila. Sayu hati aku..(dlm hati adik ummi bukan nak hantar adik chek sakit jiwa ummi perlu tau punca kenapa adik selalu tak cukup masa dan selalu tak dapat buat penulisan dengan baik padahal adik ada idea dan boleh menulis dgn baik.) Aku ckp kat dia nanti Dr. ni boleh bincang dengan adik macamana adik boleh dapat markah tinggi dalam penulisan. Hasilnya IQ test twin 2 mmg sama dgn twin 1 dan mendapat score yg sangat tinggi. So IQ tak de masalah cuma masalah motor akibat lemas masa lahir (leaking of oxigen), tu yg selalu buat dia lupa dan lambat dalam penulisan.

Satu hari guru2 membuat perjumpaan dengan student n parents yang ada gagal dalam any subject ujian sumatif. Twin gagal dlm penulisan bygkan dia dapat 18%. Aduh dah Std 6 tu. so semasa perbincangan dgn cikgu BM dia iaitu Pn Juhaida aku cerita la masalah dia ni. Dari pengalaman seorang guru dia kata kita mesti cari punca kenapa Shadiq tak pernah habis jwb soalan penulisan ni padahal dia bukan murid yg bermasalah linus (membaca dan mengenal huruf). Lepas bincang dia kata kat saya puan boleh tak saya mintak Shadiq ni balik lewat dlm setengah jam 2 atau tiga kali seminggu. Saya nak buat intensif dan nak cari cara yang sesuai untuk dia. Saya kata tak pe cikgu kalau cikgu boleh buat tuition untuk dia saya sangat berbesar hati. Apa yang buat aku terharu apa kata dia tak puan saya bukan bermaksud suruh buat tuition atau nak kenakan apa2 bayaran. Dia student saya saya bertanggungjawab atas kemajuan pelajaran dia. Ya Allah ikhlas sungguh dia. Maka setiap hari selasa dan rabu klu tak salah saya twin 2 perlu berjumpa cikgu Juhaida selepas habis waktu persekolahan. 

Orang selalu complaint guru2 buat tuition. Pada aku tak salah guru2 buat tuition selagi dia tak ganggu tugas hakiki mengajar kat kelas. aku tgk guru2 yg buat tuition semasa waktu kelas mereka tak pernah pulak mengajar dgn separuh hati. So  pada aku yg tak puas hati guru2 buat tuition , itu kelebihan mereka boleh mengajar apa salahnya diorg buat tuitionkan. 

Berbalik cerita twin 2, semasa result keluar twin 2 berjaya mendapat A untuk penulisan dan pemahaman. Bygkan masa awal2 tahun tak pernah lulus siap dpt 18% lagi boleh dapat A. Jadi anak2 ni kita kena cari punca kenapa dia bermasalah dlm sesuatu subject dan perlu beri semangat pada dia. Saya juga berterima kasih pada Cikgu Norzita (kebetulan masa tu dia jiran saya) yang bersungguh2 mengajar anak2 saya untuk math n BM masa tuition. Cikgu Zieta ni pun komited masa waktu mengajar hakiki walaupun buat tuition. takde pulak saya dengar guru2 ni mengajar sambil lewa dlm kelas kerana buat tuition. Moral of stories nyer guru2 sekarang masih komited dan ikhlas dalam mendidik anak bangsa bukan hanya mengejar RM sahaja seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak baru2 ini akibat gaji guru telah naik. Apa2 pun TERIMA KASIH Cikgu Juhaida yang sangat prihatin. Tahniah...

 

Thursday 1 November 2012

Cucur Jawa

Assalamualaikum w.m.t
Baru2 ni ramai yang tanya saya resepi cucur jawa. Cucur jawa ni favourite anak2 especially si Hasif. Dolu2 arwah nenek sedara yang aku panggil Tok Yam yang selalu buat kuih ni. Lepas dia dah meninggal (Al-Fatihah) mmg aku jarang makan dah kuih nie. Nasib baik mak aku pandai lagi buat kuih nih. Masalahnya klu org dolu2 mana ada pakai sukat. Lepas try n error aku dapat la satu sukatan yang boleh digunapakai.Agak2 klu aku tukar nama jadi cucur banjar org jawa marah tak? ha ha ha

Ni le rupe cucur jawa tu
Bahan2
 1 cawan tepung gandum
 1 setengah cawan tepung beras
 1 sudu kecil air kapur makan
 1 cawan gula pasir campur gula merah. (yg ni depand klu suka manis lebihkan gula pasir)
 1 cawan air
 sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
1. Campurkan semua bahan2 kering
2. Masukkan air sedikit2 dan tambahkan air kapur sambil menggaul tepung tersebut agar gula merah tidak berketul.
3. Setelah sebati ambilkan senduk dan hendaklah diadun dengan belakang senduk untuk memastikan agar tiada tepung yang berketul dan untuk memastikan gula betul2 telah larut.
4. Biarkan sekurang-kurangnya 4 jam. (Jgn masukkan dlm peti ais)
5. Panaskan minyak dengan menggunakan kuali yang melengkung, gorengkan sesenduk adunan.(kalau nak kuih yang besar pakai senduk besar, klu nak yg comei pakai senduk kecil shj. Saya guna senduk kecil sebab blh dpt banyak hihi)
Abaikan background tu sebab ni jer kuali lengkung yg kecil saya ada

klu kuih tu kembung ditengah dan membentuk mcm renda kat tepi tu jadi ler


Sebaiknya perlu ditoskan agar minyak tidak bertakung dalam bahagian yang mengelembung

Tips
1. Perlu diadun(klu org banjar ckp dipisat) lama, ini betujuan untuk membentuk bahagian yang kembung itu ringan dan bersarang. Tepung gandun dan beras mempunyai kuantiti gluten yg berbeza. jadi untuk membuat gluten netting yang baik perlu diadun lama2.

2. Tujuan ia diperap adalah untuk menjadikan kuih lebih ringan semasa fermantation proses dan membentuk lapisan udara apabila digoreng

3. Jangan gunakan api yang terlalu besar apabila menggoreng, takut cepat hangit sebab kuih ini mengandungi gula.

OK SELAMAT MENCUBA SEMUA

Pengalaman Bersama Twin Menghadapi PMR-Part 2

Assalamualaikum w.m.t
Saya dah start cuti 8hb. Sept. 2012. First paper was on Tuesday 9hb. Petang tu mcm biasa twin tetap pegi padang main bola. Pagi tu nak ikut Hasif pegi training bola yang tu mmg saya tak bagi. Bukan apa saya tak nak apa-apa perkara yang tidak diingini menjelang hari peperiksaan. Setakat main biasa tak pe la. Tu la untung anak lelaki ni dia cool jer. Malam sebelum tidur diorang baca Yassin dan bersama-sama Sholat hajat. Seminggu sblm tu ada cakap kat babah dia Ya Allah seminggu lagi twin nak PMR ni..Dgn cool jugak babah dia cakap habis nak buat macamana takkan nak mintak Kementerian ubah tarikh kut, ermmmpp

Pagi tu diorang sarapan dengan roti dan minum air Yassin yang telah dibekalkan oleh pihak sekolah masa sholat hajat perdana. Sampai depan pagar saya pesan kalau gementar baca ` Rabbis Rahli.......' Boleh twin 1 cakap, kami ok jer Ummi tu yang nampak gabra..Pulakkkk??? Pihak sekolah menganjurkan bacaan Yassin , sholat Duha dan hajat setiap pagi pada pukul 7.45 setiap hari sepanjang anak2 menghadapi peperiksaan. Saya amat menyokong usaha dan ikhtiar yang dilakukan pihak sekolah agar anak2 dipermudahkan semasa menghadapi ujian ini. Sekolah anak saudara saya adik2 junior yang membaca Yassin sepanjang senior menghadapi exam. Saya rasa sekolah lain juga ada pelbagai cara bersama2 untuk mendoakan anak2 ini. Itu saya rasa satu perkembangan yang amat bagus. Tepat 8.10 am anak mula menjawap peperiksaan dan ibu bapa juga selesai bersolat hajat. Kebanyakan ibu2 meneruskan bacaan Yassin dan ada yang membaca Al-Quran.

Anak2 mengaminkan doa yang dibaca setelah taklimat sebelum melangkah ke dewan
Twin 1 melangkah dengan senyuman diiringi doa oleh seorang ibu
Twin 2, selamat berjaya adik, Ummi berdoa setiap langkah adik sehingga adik tidak kelihatan masuk ke dewan
Sebelum masuk aku memastikan semua keperluan anak2 telah ada sebelum aku bergerak ke surau. Ada juga pagi tu anak2 yang kehilangan slip peperiksaan dan ic. Guru2 dan ibu2 disitu menenangkan anak ini. Borang disediakan kpd. sesiapa tertinggal dokumen penting ini.

Aku lihat guru2 sevens ni mmg komited dalam memastikan seselesaan anak2. Pada mula ketua pengawas peperiksaan tidak membenarkan anak2 membawa air masuk. Terima kasih cikgu NurAzita (klu tak salah saya) telah berbincang dan anak2 disediakan air Yassin dan dibawa ke dalam dewan.

Ibu bapa yang dapat bersama-sama  setiap pagi di musolla sekolah (ni hari kedua- masa hari pertama mmg penuh)

Seorang bapa yang tidak henti-henti membaca surah Yassin sehingga selesai anak menjawab kertas
Setiap kali anak memasuki dewan aku perhatikan dan yakin bapa ni bersembahyang sunat. Aku dapat tahu bapa ini akan mengambil cuti setiap kali anak2 menghadapi peperiksaan. Aku kagum dengan komitmen bapa ini.

Salah sorang ibu yang aku temui mengajar aku erti redha dan bertawakal. Aku tanya anak kelas mana. Ohh dia kata anak saya kelas biasa jer kelas pelajar sederhana. Tapi shila saya tetap datang bagi semangat kat anak saya. kita jgn bezakan anak-anak ni. Dia bagi tau saya ketua pemimpin pelajar sevens ni dulu pun dari kelas sederhana tp PMR dia berjaya mendapat 8As. Dan sekarang Nawazir antara pelajar harapan untuk SPM 2012. Bagus saya pikir ibu ni seorang yang terbuka. Setiap anak kita perlu hormati dan bagi peluang Kami berbincang banyak perkara kerana anak beliau juga meminati bidang kulinari macam twin 2. tu yang kalau boleh nak try apply aliran ERT masa form 4 nanti.

Saya bertemu dengan seorang isteri kenalan suami. Ibu ni memang mengutamakan pelajarann anak-anak. dia tak boleh memandu tapi kebanyakan aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah dia pasti datang. Anak beliau antara pelajar yang dalam kelompok pelajar cemerlang juga. Pagi tu dengan menaiki teksi dia datang dengan membawa bekalan untuk anak. Dia nak pastikan anak makan, makanan yang beliau masak. Begitulah ibu. hari kedua dia datang dengan motosikal kerana anak talipon bekas pencil tertinggal, dia datang dgn membawa pencil case anak,tapi saya dah mintakkan  daripada guru yang bertugas keperluan anak ini. Dia sampai anak dah memasuki dewan dan anaknya tenang sahaja. Ya Allah katanya ini la Allah permudahkan katanya dengan perasaan lega.

Masa tengahari sebelum paper ke 2 dua habis seorang ibu datang mengucapkan terima kasih pada saya kerana bagi breakfast kat anak dia masa first day tu. Saya pun tak ingat anak yang mana kerana saya bawak bnyak hari tu saya tau selepas paper pertama anak2 tak sempat ke kantin dan anak saya makan sikit jer pagi tu pasti lapar. (Saya bawak roti sapu peanutbutter jer pun). So saya bagi jer la mana anak2 yang belum makan dan tak bawak bekal. Oh saya kata roti jer pun tapi saya rasa macam kenal ibu ni. Selepas anak masuk kami sama2 ke surau baru saya teringat kakak ni ibu kepada pelajar terbaik SPM 2011 aliran sains. Saya bersama para ibu pelajar yang menerima anugerah kecemerlangan untuk 2011 makan bersama pada majlis sebelum ini dan salah seorang adalah ibu ini. Kak Noriah namanya.Anaknya yg mengambil PMR adalah anak bongsu. Masa tu hanya 2 orang saja ibu yang bekerja lain2 adalah surirumahtangga sepenuh masa. Dalam hati mak aih semua anak yang cemerlang ibunya surirumahtangga pasti semua keperluan anak terjaga.

Kak Noriah dan salah seorang ibu sahaja iaitu seorang guru yang bekerja. Kak Noriah pesan walaupun kita bekerja, kebajikan anak jangan kita abaikan. Bermakna kita  perlu pandai membahagi masa dan kita kena kerja double lah. Lagi satu dia treat anak ikut keadaan. ada anak yang pandai urus diri dan belajar sendiri. ada yang perlu perhatian lebih daripada kita. Katanya anak sulung dia pun mcm twin mmg kena pantau berbeza dgn anak no 2 dan 3. Tak per kita penat masa ni jer kena sabar. Satu lagi jgn kedekut dgn anak. Dia menghantar anak tuition budget tinggi jugak la. Tuition la anak2 ni buat latihan. Klu jenis yang boleh belajar sendiri dan selalu bertanya dengan guru tak pe tak pergi tuition pun tak apa. Tak perlu membazir dengan benda2 yang bukan keperluan. Kita utamakan keperluan pelajaran anak2 dulu. Sampai masa kita akan dimurahkan rezeki untuk memenuhi keinginan kita. Kita dahulukan anak2 dulu. Terima kasih kak Noriah atas peringatan.

Masa third day ada sorang pelajar perempuan demam, kebetulan saya lalu depan bilik rehat tu. Cikgu NorAzita bagi tau sorang pelajar demam, mmg panas bdn dia. Sepatutnya dia kena ambik pereksa dlm sick bed tapi pengawas tak cukup. Ubat boleh diberi dgn kebenaran parents sahaja. Aduh..sian kebetulan saya ada bawak air Yassin. Saya lapkan muka   dan sendi2 dia sambil berdoa, kasihani anak ini YaAllah dan permudahkan dia yang sedang menghadapi peperiksaan ini. Ayah pelajar ini akan datang tetapi waktu peperiksaan kertas ke 3 akan bermula. Kami beri dia semangat. Alhamdulillah anak ini nampak bertenaga dan bersemangat. Sebelum dia masuk ke dewan dia mengucapkan terima kasih dan menyalami saya. Saya peluk dan beri kata2 semangat. 

Seronok pun ada bersama sepanjang 5 hari ini melihat gelagat anak2. Pelajar senior juga datang memberi peransang kepada anak2 saya. TQ Ammar, Ghafar, Sofi, Shazwan dan Hidayah. Thanks for your doas and support. Ada yang kata soalan math macm puaka doh !! (script budak skrag). Lepas paper BM, Aisyah kawan twin since primary school jumpa saya huhu aunty rasa nak berenti ambik PMR camni..saya kata satu malaysia buat soalan yg sama klu Aisyah rasa susah kwn2 lain pun rasa susah jgn risau. Si Amie anak senior saya masa kat SEMESTI pulak lepas paper PI siap cakap mati semangat macam nie. Tapi bila lepas paper BI saya tanya macamana ok aunty semangat hidup balik ha ha ha seronok dgn gelagat anak2 ni.

Syauqi ckp, mak ngah ni salah pilih bidang sepatutnya mak ngah jadi cikgu sebaiknya cikgu kaunseling. Ohhh cinta saya masih pada research dan Quality management. Kepada Anak2 semua kita tunggu sahaja kepuntusan dengan redha...