Tuesday 18 June 2013

MOTHER'S DAY VS FATHER'S DAY

Assalamualaiku w.m.t



Semalam Sambutan hari bapakan. Sebelum ni Sambutan hari Ibu. Ada la banyak pendapat esp. dalam FB kata sambutan hari Ibu ni tak boleh disambut la dengan pelbagai sebab tidak menepati kehendak Islam. Patutnya memperingati ibu adalah setiap masa. macam2 as well goes to hari bapa.

Pada aku, ni pendapat peribadi aku la apa salahnya kita meraikan bukan kita buat benda yang menyalahi syara'. Kadang kita berkumpul semua adik beradik bersama ibu bapa dengan mengadakan solat berjemaah kemudian doa selamat seterusnya menyediakan makanan istemewa untuk ibu bapa. Inikan mengembirakan ibu bapa. Bukan bermakna hari lain kita tidak perlu mengembirakan ibu bapa. ada yang membawa ibu bapa melancung sebagai hadiah. Tak salahkan? Besar pahala mengembirakan ibu bapa ni dan pada pendapat aku meraikan hari ibu atau hari bapa ni salah satu cara mengembirakan ibu bapa kita

Pada hari ibu yang lepas aku terharu dengan anak-anak aku. Petang aku tanya Twin 1" nak masak apa for dinner" dia kata tak payah la Ummi lauk lunch banyak lagi...Yeszzaaa. Rupanya dia balik tuition penat2 petang tu memasak nak surprise untuk Mother's day dinner. Masa balik tuition dia dengan babah bawak balik mcm2 dari Giant.

Tudia twin memasak untuk ummi~ apa yang dia masak


Lamb Chop siap garnished lagi (sorry gambar tak boleh edit)
Kami pun makan dengan gembiranya anak beranak. Hasif tolong hidang. TQ boys I love n appreciate all your efforts.

So what we had on Father's day?

On Friday aku pergi berjimba dengan my x-school mate. Kami ke alamanda maka I bought a nice father's day card. Kebetulan twin were not around masa hari sabtu and hari Ahad balik dah pukul 1.00pm kerana menghadiri kem untuk pertandingan kawad kaki peringkat daerah di sekolah. Balik tu nampak penat sangat. Ummi pun masak bihun goreng and also lamp chop juga for dinner.  babah was outing with friend while I was preparing dinner. How nice Twin are, Ummi kami penat but we can help U yang senang2 aje ok. So twin tolong prepare and hidang. Hasif tolong buang sampah, Chak??? tolong rasa.

Card signed by all of us


Card made by Chak the pink one is for mother's day


Lamb chop was superb

Macam tu la sambutan hari bapa dan ibu keluarga aku. Semua orang gumbira dengan makanan istimewa dengan budget within our pocket but everybody satisfied...

To all of you Babah and Ummi love you so much...







Sunday 16 June 2013

HASIF NAK POTONG RAMBUT@ SALOON

Assalamualaikum w.m.t


Hari ni kita cerita pasal Hasif pulak. 6 Jun 2013 masa cuti sekolah baru ni anak2 sebok nak jalan2. (sebenarnya tak puashati sebab Ummi went to Medan). Aku balik medan 4hb. 5hb. tu sebok dengan mengemas baju bajan yg banyak jer. Kami plan nak balik kampung jumpa tok wan & atuk (my parents) di Parit Buntar dan Opah & Tok (PIL) di Chemor Ipoh. So aku cadangkan kami pergi Lost World Of Tambun. Ajak balik Rabu malam so early in the morning dah boleh pi LWOT. Babah said pagi Khamis la baru bertolak. Sampai dah dekat pukul 12 so canselled nak mandi manda. petang balik rumah tok wan sampai Tepen pegi Safari night. Jumaat ptg balik rumah Opah. Aku punya rutin klu kat kpg MIL mmg akan pegi saloon tuk potong dan cuci rambut. Hasif sebok nak pegi saloon jugak nak potong n cuci rambut. Barber Maniam tak nak. 

Tok gelak tengok gelagat dia " amboi eksyen nak pi saloon" tok kata sambil tergelak. So petang tu bawak la dia. Terkejut dia sebab mungkin dia bayangkan saloonnya exclusive mcm lembah Klang kut. aku pegi adleine Saloon kat Chemor kat rumah kedai tepi jalan utama ke Sg Siput tu jer pun. Bangunan kedai layak duk bawah Arkib dah pun. Tp dalam ada air-cond la. 

Rambut Hasif mmg payah nak gunting sebab keras n kat depan yg ada awning tu payah nak bentuk. Klu tak pandai potong mmg buruk. Dia cakap potong style budak sekolah.


Before~while waiting his turn

After~Handsome tak


Dia sangat la puashati dengan hasil kerja Aunty Adleine. Siap cakap asal tak de saloon camni kat Shah alam. Murah plak tu. Lain kali hasif nak balik kampung kalau nak potong rambut. Sudahhh tadi kata saloon ni macam kedai nak roboh. Kami potong dua orang only RM 13 jer. Nak cuci dah tak sempat dah nak masuk maghrib dah. Kedai pun nak tutup. Kedai kat kpg tutup awei la komer.

Moral of story~ Hasif jangan tengok luaran or physically jer suatu benda tu. intan pun asal bukan berkilat. So you have to study and work hard toward it. baru tau cantik or nikmatnya...

Saturday 15 June 2013

CERITA YANG TERTUNGGAK

Assalamualaikum w.m.t

Rindunyer dgn blog aku ni. Sorry lama tak buka cerita. Masalah teknikal banyak sangat.


Last pasal twin kalah kawadkan. Last April klu tak salah on 21st kut Majlis Anugerah Kecemerlangan Emas (MAKGE) SMK Seksyen 7. Alhamdulillah Twin 1 berjaya mendapat anugerah gangsa untuk PMR 2012. Tahniah sayang. Tak sia2 Ummi membebel siang malam suruh ulangkaji dan buat latihtubi.


Tahniah Abg. G semoga SPM nanti dapat anugerah Gemilang Emas

Ni pulak cerita Twin2 mewakili sekolah untuk tarian tradisional peringkat PPD Petaling Perdana. SMK Seksyen 7 berjaya mendapat tempat ke 4. Sepatutnya sekolah kena ada wakil nan-malay will get 10 bonus marks but sevens tak ada wakil non-malay. So sayang.


Kumpulan the sevens

Masa perayaan hari guru 2013 Twin membuat tarian melanau. Aku suka sangat tarian tu. nanti aku cuba cari video dia dlm my FB. Yang aku record rosak aku salah record. Frust sangat. Both twin masuk tarian melanau ni. Dia tarian dari suku Melanau Sarawak. Ada yang panggil tarian buluh.
Bersama dgn guru2 sevens dengan thema sixties

Kumpulan Tarian Melanau Sevens

OK dulu aktiviti anak2 dan ummi nanti sambung lg dgn aktiviti tertunggak yg lain cuti ke Grand Lexis PD, Lost World of Ulu Chepor, Medan ext..Tungguuuu