Monday 26 August 2013

SAHABAT SEMESTI

Assalamualaikum w.b.t



Pada  29/6/2013 (ater berkurun dah citernyer kome) Alumni Pelajar SEMESTI (ASTI) telah mengadakan pelbagai program. Pagi bowling, golf, malam pulak AGM dan dinner. Aku mmg tak daftar untuk bowling hanya confirm for dinner jer. Tapi mmg cadang bagi sokongan pada team SPM 88 (team Cik Kiah & Co). Sebelum aku pergi bowling aku masak agar2 untuk jiran depan rumah yang akan mengadakan doa selamat sempena Ramadhan. En. Hubby pulak nak sponsor cucur udang. Risau gak nak pergi takut tak dapat izin. 

agar-agar laichee buih untuk jiran
Sampai space U8 Ayeed suh aku ganti dia..mak aih berkurun aku tak golek bola bowling ni...try jer. Lps tu datang ochone aku suke la pasal dia boleh main. Tetiba Roslina pulak sakit belakang so aku pun main la ganti Cik mawar nih. Chee bangga dgn diri sendiri walaupun ada ke longkang tapi tetap ada strike..terang gak hatikan baru blajar ada strike (sekali jer pun hehe). Nani adik aku pun datang jugak tp of course dia sokong batch dia SPM 90. Aku suh dia taking care of Saqif..TQ Irfan tlg jaga saqif. Mama sabotaj Mak long tak tgk Saqif tu yang kalah tu kuang kuang kuang. Hubby msg suruh cepat balik orang dah nak baca doa selamat dah. Habis jer aku terus blah balik tak tau sapa yang menang .

Malamnyer ada dinner di Kotadamansara. Seronok jumpa cikgu2 seniors and juniors dan semestinya rakan2 spm 88. Tapi yang paling best sessi Cik Kiah di mana kami bermalam di Park Royal Hotel..Pergh 3 pagi pun tak tido lagi sebabnyer masing2 bawak album gambo masa sekolah dule..Gelak sampai tak hengat. Thanks to my hubby yang bagi kebenaran aku ni berjimba dan tolong antor dan ambik esok pagi..TQTQTQ . Meh kita tengak gambo2

 
Theme maroon kome warna kain asrama dulu hihi



 
batch paling ramai spm88


Intan my ex-class mate form 1-3

Cikgu Baha dan Cikgu Shikin bertemu jodoh di SEMESTI

Cer teke kami batch mana? hihi

Dengan Megat SPM 89











OPEN HOUSE VS HOUSE ALWAYS OPEN

Assalamualaikum w.m.t

Lama dah tak update citerkan.. Sepanjang Ramadhan sebok betul. balik cerita open house..ni ramai la kawan2 yang tanya shila bila nak buat open house. aku selalu kata my house always open datang bila2 pun but must give me a call first. bukan apa takut kang aku pulak pergi berjimba..

Tiap tahun cakap dengan hubby tak nak buat open house kita masak jer siapa datang rezeki la. Tapi tiap2 tahun terbuat jugak open house. As for  todate aku tak buat open house besar lagi. Tapi Alhamdulillah beberapa rakan dan saudara telah berziarah ke rumah kami. Minggu lepas 2 keluarga rakan sekolah dan satu keluarga rakan pejabat dan satu keluarga kenalan suami telah datang berziarah raya. Aku rasa seronok kerana dapat melayan mereka di meja makan tiada buffet. dapat borak2 tanya hal keluarga dan macam cerita. sangat santai. Kalau open house selalu aku tak sempat borak dengan tetamu since sebok dan tetamu yang ramai untuk dilayan. Semalam aku sangat berbesar hati rakan sekolah menengah aku dulu yang aku panggil Sis dan suami telah sudi berkunjung datang. walaupun hidangan yang sempat aku jamu hanyalah mee sup (kebetulan masak sup for lunch) tapi aku seronok dapat bersembang dan suami dapat mengenali keluarga rakan2 aku. Hampir 13 tahun rasanya aku tak bertemu dia. tapi kalau takde open house tak semua saudara mara dan kenalan akan berziarah ke rumah. 
Hari ni aku berkunjung dua open house. Satu berdekatan rumah dan petang ke Kampung Tunku PJ rumah Tn. Hj Malek rakan SEMESTI aku dulu. Mmg tuan rumah tak dapat layan duduk semeja tapi kami bekas rakan sekolah dapat menyambung silaturrahim dengan makan dan bersembang. Bila open house kita dapat berkumpul pulak ramai2 walaupun tanpa tuan rumah turut serta. I had great time bila jumpa2 kawan dan keluarga yang dikenali since I was 13 yo. Bayangkan macam2 cerita keluar. Besar pahala tuan rumah kerana menjamu dan merapatkan silaturrahim sesama kita. Hubby ajak balik awal dia kata kalau dibiarkan mau 10 malam baru balik ni..hihi.Gitu ler kalau Cik kiah berjumpa.
 
Pada aku konsep Open house n house always open dua2 ada advantagesnyer. Maka aku juga sedang mencari waktu dan tarikh yang sesuai untuk buat open house....



 





 




\