Sunday 19 January 2014

ROTI PURI

Assalamualaikum w.m.t

Banyak cerita tertunggak ni..ok jum kita jama' je lah. Aku selalu terfikir blog ni sebenarnya untuk bacaan anak2. So aku nak nanti klu jauh dengan aku atau bila aku dah tak ada anak2 akan baca dan akan mengingati semua yang kami sekeluarga lalui. Pada 14 Januari yang lps ( birthday aku) no cake tp roti jala. Anak2 klu dapat roti jala mmg sangat sukeeee. Yang nak menjala ni jer yang tak berapa nak suke. Tp bila anak2 suke kita pun mensukekan diri menjala hihi..

Pagi tadi semasa sidai kain kat belakang tenguk banyak kelopak jantung pisang kat bawah. Tengok atas...Taraaaaa...

Tanaman pusingan kedua dah pisang nangka ni...ada 2 pokok. satu lagi belum berbuah...Pagi tadi tengah fikir nak masak apa tetiba dlm fb group Resepi Kek dan Puding Lazat 2012 Untuk Dikongsi aku tngok ada post pasal Roti Puri ni. Pernah tngk open house rumah jiran lama dulu tp tak sempat makan. Hubby dan anak2 dok kata sedap. aku pun bertanya camana nak buat tp sekali lalu jer la aku tak salin pun. Lps tu ada dia post kat fb dia aku tak salin jugak lg. Tetiba td aku nekad nak buat. Walaaa anak2 suka sangat...
Sorry gambor blur




Ni Resepi dia Roti Puri (Resepi drp. Suwajer Zakaria)

2 cwn tpg gndum
1sb yis mauripan
2sb gula pasir*
1 st garam*
3sb minyak*
3/4 cwn air suam* (td saya guna air tapis biasa je)

Cara.
→Gaul tpung ngan yis
→Campur bhn yg bertanda *dlm cwn
→Uli smpai x melekat kt tangan (biarkan 30 min)
→lps 30 min tumbuk tuk buang angin
→bentukkan bulat sebesar bola pingpong
→leperkan smpai nipis (klu saya..saya akn biarkan bbrpa minit)
→goreng dgn minyak yg panas ttpi api sederhana.
→siramkan myk panas atas doh tuk jdikan roti gelembung.
→Masak hingga kuning

Kuah Dhall dia (Ni Resepi turun temurun keluarga aku)

Bahan2

Kacang Dhall (Rendam dari pagi-petang baru buat)
Sedikit Serbuk kari
Udang kering/ikan bilis
kentang

Bahan untuk tumis

Bawang kecil, putih dan besar
halia
Jintan manis dan putih
Serbuk lada hitam
Buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih
Sedikit serbuk kunyit
Daun kari

Cara2

Rebus Dhall dan serbuk kari sampai empuk, 
Masukkan kentang dan udang kering
bila kentang sudah empuk masukkan sedikit gula/perasa

Dalam kuali
Panaskan minyak  dan tumiskan bahan2 tumisan 
apabila tumisan sudah naik bau dan garing masukkan kedalam rebusan dhall tambahkan garam dan rebus sehingga pekat.

Lepas ni tak payah ke mamak lagi dah boleh buat sendiri senangkan..selamat mencuba.

Tuesday 14 January 2014

DON'T STOP YOUR KID'S CREATIVITY

Assalamualaikum w.m.t

December 2013 yang lepas aku ke konvention Kumpulan Kreatif dan Inovatif kebangsaan Perkhidmatan Awam ke 30 di Kuching. Kreatif ni bukan pada kerjatangan sahaja , berfikir bertindak , mengatasi masalah pun pada aku perlu kreatif. Yang paling penting menangani masalah perlu kreativiti yang tinggi. kalau tak, tu yang boleh jadi tindakan yang kita ambil boleh membawa padah. 

Sekarang ni sistem pendidikan kita implement berfikir aras tinggi. Ini menggalakkan kanak2 sentiasa berfikir. Anak2 kita memang kreatif. Apa yang menjadi masalah kita sebagai ibu bapa selalu membantutkan kreativiti anak2 kita. contoh yang simple kadang anak2 kecil makan bersepah dah kita suruh dia stop suap sendiri kita yang suapkan sebab taknak bersepah. Ini secara tak langsung kita membantutkan kraetiviti dia.Banyak yang kita larang lama2 motor2 pada kanak2 ini tidak banyak yang digunakan.

Selalu kanak2 dapat water colour, wah seronok buat panting..memang namanya kanak2 dia fikir apa yang dia rasa nak buat je. Apa salahnye kita layan letakkan lapik, bagi kain lap dan sebagainya. Sebenarnya banyak yang anak2 belajar.


Kita tengok how concentrate he is, tiba2 kalau kita datang ask him to stop, frustrated lakan. Masa Saqif kecah macamni Hasif n twin 2 marah juga nampak kotor tapi ummi kata you guide him how to do proper painting. Last2 they enjoying painting together. Siap boleh cerita apa yang dia colour. 

Mula2 Hasif complaint ade ke tayar warna purple. after he finished the sand art see how nice the car is. Saya perhatikan masa buat tu mak ayah yang sebok suruh anak bubuh colour tu colour ni dah sesak kat area tu. For me let them with their creativity. Don't stop them. cuma kalau boleh saja tanya tyre selalu colour apa bila dia jawab hitam...haaa then you ask which sand is black. Tak payah kata eh jangan buat macam ni guna yang ini. kalau mcm tu biar mak je yang buat.


Creative card Saqif buat kat school. Tapi yang tak tahan semua water colour, magic colour dan serba makneka colour abang, Saqif jahanamkan....yang ni lagi creative hihi..


Dalam sport pun kena creative. Oleh kerana terlampau creative habis lampu pecah dan kipas kat rumah bengkok. Ini abang2 punya hasil creativity..grrrrr




Walaupun bersepah dengan aktiviti anak2 tapi kita sediakan tempat atau peralatan yang sesuai untuk anak berkreativiti....



Wednesday 8 January 2014

PENAT TAPI MEMBAHAGIAKAN

Assalamualaikum w.m t

Dalam minggu ni hubby kena stay kat Putrajaya. Maka bersilat la aku dengan anak2. Semalam terpaksa bawak Saqif pi office sebab badan dia macam panas je. Suppose smlm 1st day dia kat tadika baru PASTI Al Qaleef.

So hari ni drama la dia ngamuk sakan..tapi dalam nangis boleh bye bye ummi sambil mualimah dukung dia. Aduh anak manja ummi ni.

Petang td hubby call mintak tolong hantar bank card dia tertinggal dalam keter..(script macam nak mintak belikan dompet baru for birthday jeeee). So keluar office td terus ke Putrajaya. Lps tu balik nak keluar ke skve sesat la pulak. mujur cepat perasan. Hasif hari ni tak pegi SRA so ummi kena ambik kat sekolah kebangsaan. Aduhhh

Sampai Elite jam pulak. OTW Hasif call lega dengar suara dia masa tu 6.45pm. Sampai sekolah Hasif dah maghrib, sian dia dah la pukul 8.00pm ada tuition.

Sampai rumah terus sembahyang, Hasif mandi dah keluar balik hantar twin n Hasif tuition pulak. Hasif ada homework pulak tu hari ni, selalu buat petang before pergi SRA tapi hari ni tak sempat ada pemilihan bola baling. 

Lps hantar balik mandi, dalam 9.30pm keluar balik nak jemput Hasif, twin habis 10.15. Tunggu punya tunggu hasif tak keluar lg rupanya hari ni register so class start lambat. dalam 10 lebih baru keluar. Lps tu pegi jemput twin pulak...sampai rumah mengemas dapur bagai...

Ni tengah tunggu Hasif buat homework, sian dia...Penat mmg penat tapi membahagiakan. Walaupun sekejap dengan anak tapi masa dalam kereta kita mendengar apa yang dia nak cerita..pasal sekolah, bola baling, bola sepak citer teachers semua..lg effective comunication rasanya. Lps tu abang2 citer pasal sekolah dia pulak (masa ni Hasif dah tertido dlm kereta). Cerita remaja sebenarnya lagi seronok warna warninyer...ohhhh semoga aku tak miss saat2 anak2 menginjak dewasa sebab tak boleh undo lagi dah. Penat tak apa  but I love the moment with them...walaupun hanya perjalanan menghantar dan mengambil mereka dari sekolah. Ummi love u boys.

Friday 3 January 2014

PUDING RASAH

Assalamualaikum w.m.t


Dah lama tak update resepi. Puding ni antara puding atau agar2 yang saya suka buat. Selain dari cantik rasanya pun sedap. Resepi ni saya ambil dari majalah SAJI 2001. Ada cerita pasal puding ni. Masa twin tadika kat Tadika Sri ilmu dulu, klu ada jamuan saya buat puding ni teacher dia (saya tak ingat nama dia an Indian lady) suka sangat, saya bagi resepi dia tak nak tapi tiap kali jamuan dia request puding ni.

Puding Rasah

Bahan2
30 grms agar2 (satu bungkus cap burung tu)
1 tin susu cair (evaporated milk)
2 cawan gula (saya kurangkan sikit)
1 sudu esen vanila
6 biji telur ( saya biasa guna 3 je)
1 sudu besar gula dan 1 sudu besar mentega disatukan
2  sudu besar serbuk koko
1 sudu pewarna merah dan kuning (ikut suka la klu tak de apa warna can do)
1 sudu besar tepung kastard

cara2

1. Agar2 dimasak hingga larut kemudian masukkan gula
2. Telur dipukul sedikit sebelum dicampur dgn susu cair, tepung kastard dan esen vanila. kacau hingga sebati kemudian masukkan campuran gula dan mentega kacau rata.
3. Tuangkan adunan ke dalam periuk berisi agar2 dan jerang hingga mendidih. Bahagikan 3 mengikut warna
4. sediakan acuan bulat/empatsegi. Tuangkan adunan kuning ke dalam 3/4 tompok di dlm acuan. Ceduk pula adunan koko keatas adunan kuning td diikuti dgn adunan merah. ulang sumula bermula dgn adunan kuning semula sehingga selesai. sejukkan dan bila beku boleh terbalikkan ke dlm dulang dan hiaskan.

selamat mencuba.