Tuesday 18 November 2014

MURTABAK KUCAI

Assalamualaikum w.m.t

Lama tak update resepi terutama makanan orang banjar kan. Kalau kat kampung aku memang femes la murtabak kucai ni. Ni murtabak biasa tapi dalam dia bubuh kucai. Ada satu lagi version orang banjar kampung aku ni suka buat murtabak pisang. Berbeza tau daripada roti pisang yang selalu ada kat kedai2 mamak.

Cerita pasal murtabak kucai ni buat aku makin rindu kat arwah abah. Kalau korang ingat arwah Nani minta aku masakkan mee rebus, itu masakan atau permintaan terakhir arwah kat aku. Macamtu juga dengan arwah abah. Seminggu sebelum abah meninggal kami balik kampung. Aku balik Jumaat terus balik kampung aku. Hari Sabtu petang cadang nak balik rumah MIL. 

Abah cakap nak makan murtabak kucai. Abah memang selalu kalau aku balik mesti ada la dia nak aku masak untuk dia. Biasa dia nak cucuq kucai. Tetiba hari tu dia sebut nak murtabak kucai. Alamak..aku memang rasa malas nak uli tepung. Karang nak tebar lagi bukan sekejap. Mak suruh aku buat dia kata abah nak makan. Tapi terdetik dalam hati..apa la aku ni abah nak makan pun malas nak buat kalau la ini permintaan terakhir dia..Ya Allah ampuni aku. Abah sanggup ke Shah Alam untuk masakkan apa aku nak masa aku mengandung, aku pulak nak hampakan abah. So aku pun uli tepung. Ya Allah arwah abah makan banyak petang tu. Alhamdulillah Hubby pun kata buat la , balik lambat sikit pun tak pe.... Meh kita tengok resepi dia.

Murtabak Kucai (Resepi keluarga aku)

Bahan

1. Tepung gandun
2. Sedikit gula
3. Susu manis (kalau tak de susu tepung pun tak pe)
4. Minyak atau margerin (sikit saja)
5. Air garam

Campur semua bahan dan uli sehingga licin dan tidak melekat kat tangan (mcm nak buat roti canai tu)

Bulat2 kan adunan tu buat macam tepung roti canai tu rendam dalam minyak masak at least 4 jam. Biarkan bertutup.

Bahan Inti 
1. Kucai (potong macam nak buat cucur)
2. Udang yang dah dikopek kulit ( kalau takde udang kering pun boleh)
3. Bawang besar dihiris nipis
4. Cili merah dihiris
5. Telur 9Ikut banyak tepung kalau banyak tepung sediakan banyak le telur
6. Lada sulah yang ditumbuk atau lada hitam (yang ni terpulang.
7. Garam.

Cara2
1. Tebarkan tepung yang direndam dalam minyak macam buat roti canai. Klu tak pandai tebar jangan risau tarik2 je.
2. Letakkan inti tadi ditengah macam ni.
 3.Lepas tu tutup macan ni
 4. Terus angkat masak atas kuali. 
5. Bila dah kekuningan murtabak dah masak dan boleh digunting ( jangan potong dengan pisau nanti hancur) dan dihidang 

Tips.
1. Uli lagi lama lagi bagus, gluten tepung makin kuat jaringannya
2. masak guna api kecil takut mudah hangit inti belum masak
3. Boleh guna pisang gantikan inti. Pisang dihiris nipis dicampurkan gula dan garam. kacau sikit boleh guna sebagai inti
4. lapikkan dulang dengan daun pisang agar mudah angkat tebaran murtabak ke kuali (rujuk gambar no 1). Lagi pun boleh buat spot untuk letak inti kucai tu.

selamat mencuba
 

Wednesday 12 November 2014

CERITA RAYA 2014

Assalamualaikum w.m.t

Agak slow sekarang nak menulis atas kesibukan anak2 ambik UPSR dan akan menghadapi SPM . Kekuatan pun tak cukup untuk bercerita setelah kehilangan adik kesayangan saya Rosnani. Ada masanya saya rindu sangat dengan dia. Hanya Al Fatihah untuk kau dik. Cerita raya pun tak update lagi. Since aku kata my blog ni adalah sebagai dairy perjalanan hidup keluarga aku jadi aku nak update jugak.

Raya tahun ni memang kami masih dalam kesedihan sebab arwah Nani pergi pada 1 Sa'aban kiranya baru dua bulan dia pergi menghadap Ilahi. Sebelum tu mak berkali2 call tanya kami balik ke tak. Udi dah bagi tau akan balik pada raya ke 2..sebab sebelum ni kami banyak kali balik ke kpg untuk selalu melawat arwah dan abah yang masih tak boleh bangun.

Kami balik rumah MIL dulu. Cadang boleh la buka puasa di Chemor satu hari dan di Kuala Kurau satu hari. Tapi yang amat sedih keluar lepas zohor jalan jammed giler. We managed to arrive at 10 pm..ha ko buka puasa kat kedai mamak tepi jalan area Sungkai selepas dapat keluar dr. highway untuk solat asar. dah dekat pukul 6.45 pm masa tu. tak lama lps tu buka puasa...sedih la opah dengar cucu buka posa tepi jalan. ni opah buat kari, Hasif kan suka kari..kata opah. sian opah. 

Pagi raya kat kampung tak ade la bergambar mcm biasa. Kami semua merindui lontong arwah mak ngah Nani. Aku yang buat lontong di pagi raya untuk memastikan Zali dan Irfan dapat menjamah lontong walaupun mungkin tak sama dengan air tangan arwah. Aku tak berani nak tanya sedap ke lontong mak long buat ni. Biasanya semenjak arwah berkahwin dengan Zali dia akan buat lontong sebab Zali org Johor.

Ini  aja gambar2 kami di kampung.

 



Sebaik sahaja selesai solat Aidulfitri kami sama2 ke kubur Nani



Al Fatihah untuk Nani.

ABAH

Assalamualaikum w.m.t

Aku baru post pasal aku kehilangan adik Rosnani. Setelah 5 bulan berlalu aku kehilangan orang yang paling bermakna dalam hidup aku ...dugaan yang aku perlu terima dengan redho.

Pada 22/10/2014 aku menerima panggilan daripada mak bagitau abah pitam pagi tadi. Aku agak sedikit cemas sebab abah memang tak boleh berjalan since dapat stroke masa melawat arwah nani operation 2 tahun lepas. Tapi mak kata abah dah ok..aku minta mak bawak abah ke hospital. memang mak cakap tengah bersiap nak bawak abah ke klinik oleh adik aku Rafiq. Aku nasihatkan ke hospital terus dalam keadaan kesihatan abah begitu. Tapi abah berkeras nak ke klinik sahaja. Disebabkan bp tak stabil abah dirujuk ke hospital daerah P.Buntar.

Kalau menurut mak keadaan abah tak membimbangkan cuma tangan ada bengkak sedikit. Pada hari khamis tu dalam pukul 3 aku call abah. Lama aku bercakap dengan abah. suara pun ok. Dia kata abah dah sihat. " Hang pandai2 suruh depa bawak abah pi hospital hang tolong bagi tau Dr. uruskan abah nak keluar" aku cuma ketawa dan pujuk abah ok abah sure boleh keluar tunggu pengesahan Dr. lama aku borak dengan abah. Sampai rumah dalam pukul 7 dapat WA daripada adik bongsu aku kata abah tak nak bercakap dan muka pun pucat.

Aku serba salah, twin ada kelas mlm tu. Aku decided balik dengan Udi. Dalam perjalanan dalam pukul 9.00 lebih Rafiq call kata abah nazak. Aku hanya mampu berdoa dan meminta hubby balik dengan anak2. Sebaik sampai Tanjung Malim sekali lagi phone Udi berdering dan seperti yang aku jangkakan pasti berita dari Rafiq. Aku dengar Udi kata Innalillah...Aku tau dan aku tak bertanya lagi.

Aku seperti tak percaya dan tak boleh terima yang aku telah menjadi anak yatim...baru aku bercakap dengan abah petang tu punya lama..tiba abah dah tak ada. Semasa abah minta aku uruskan untuk keluar hospital ingatan ku kembali pada arwah Nani. Arwah Nani juga call aku malam sebelum dia meninggal minta aku bagi tau mak tolong keluarkan dia dari hospital.

Abah seorang ayah yang begitu mengambil berat bukan sahaja keluarga tetapi jiran tetangga, saudara mara dan masyarakat setempat. Dia sangat prihatin orangnya. Masa aku nak ambil peperiksaan penilaian darjah 5, abah akan tunggu aku belajar kadang sambil masakkan aku roti telur atau buatkan aku air. Masa aku hendak ambil SRP dahulu aku ingat aku perlukan buku rujukan, abah bawa aku naik motor ke P. Buntar. Malangnya tak ada buku yang aku nak..abah sanggup ke Taiping semata2 memastkan aku mendapat buku yang aku nak. Begitu la abah. Setiap kali menghantar aku balik ke SEMESTI abah akan tunggu sehingga bas sampai dan memastikan semua barang2 aku tak ada yang tertinggal. bukan itu sahaja dia akan jumpa driver dan konduktor bas untuk memastikan keselamatan aku dan arwah Nani. Sampai kawan2 aku ingat abah aku yang konduktor bas susun bag kami semua. Aku akan lambai abah sampai aku tak nampak abah masa tu. Setiap kali balik asrama aku sedih bila time lambai abah..masa dulu abah ada motor je jadi mak tak ikut la hantar aku ke Stesyen bas Ekspress tu.  

Sebaik keputusan SPM keluar abah yang sebok memastikan semua borang2 diisi dengan lengkap. Tapi abah tak pernah paksa kami untuk jadi apa yang dia mahu. Tentang course apa yang kami pilih abah tak kesah terpulang pada kami. Aku ingat bertapa bangganya abah menghantar aku ke sekolah berasrama penuh. Dia kata peluang ini bukan semua orang dapat. Aku pun dapat panggilan kedua. Abah memastikan aku mendapat tempat ke sbp. Dia kata along dah dapat 5A abah pastikan dapat pergi asrama penuh. Klu tak dapat 5A abah tak akan usahakan kerana mmg tak layak. Hanya dengan motor abah ke hulu hilir buat rayuan agar aku mendapat kemudahan pelajaran menengah yang terbaik. Ada rakan2 aku cakap aku begitu mengambil berat dan buat apa sahaja untuk anak2 aku terutama hal persekolahan. Tapi semua orang tak tau abah aku beri aku lebih daripada apa yang aku berikan pada anak2 aku. Klu bandingkan kemudahan dan pelajaran yang aku ada dengan abah separuh pun tak sampai anak2 aku dapat berbanding apa yang abah korbankan kepada aku dengan adik2. Aku mungkin tak mampu nak melawat anak diasrama dari P.Buntar ke Teluk Intan hanya dengan menunggang motor. Abah juga hanya dengan menunggang motor memastikan adik aku di MRSM Balik Pulau dijenguk walaupun bukan tiap minggu. Tapi itu yang abah lakukan untuk kami adik beradik. Memang selayaknya abah la orang paling berbangga bila kami semua berjaya menjejak kaki ke menara gading. Solat hajat untuk anak2 memang menjadi rutin abah.

Mungkin dulu aku tak tau. Setiap kali aku call bagi tau anak2 nak periksa abah akan bagi tau dulu kalau korang nak pereksa abah dengan mak bangun tengah malam solat untuk korang. Ada beberapa doa yang abah ajarkan. Maknanya itulah yang abah amalkan untuk anak2nya. Begitu juga hal cucu dia mmg prihatin.

Bukan itu sahaja, semasa aku mengandungkan twin dan hasif, abah menghantarkan doa melaui post untuk ayat2 yang perlu diamalkan semasa mengandung. begitulah abah. Semasa mengandung twin aku bagi tau mak teringan nak makan gulai udang yang abah masak. Seminggu lepas tu abah datang Shah Alam memasak untuk aku gulai udang dengan kacang panjang. Masa arwah Nani nak operation abah ke Johor Bahru untuk membantu Nani menguruskan persekolahan Irfan. Begitu lah abah dengan kami. Dia buat dan usaha buat yang terbaik untuk anak2. Aku pernah masuk ward sebab astma tapi aku malas nak buat mak dan abah risau aku tak bagi tau pun. Tapi naluri seorang abah dia call rumah twin yang angkat dia kata ummi warded. Marah betul abah.. dia kata pasal tak mau habaq kat abah..aku kata tak dak apa sikit je. Sikit pun takkan tak boleh habaq. takkan klu dah nak mati baru nak habaq kat abah. Bayang aku dah umur 4 series pun abah masih ambil berat dan jaga sama macam aku kecik2 dulu. Banyak kenangan aku dengan abah tapi disebabkan kehidupan aku di asrama seawal umur 13 tahun, aku jarang meluangkan masa bersama dengan abah.....

Pada 23/10/2014 bersamaam 28 Zulhijjah abah aku Muin bin Ahmad telah kembali menemui penciptanya. Kubur abah bersebelahan dengan kubur arwah Nani. Tiada lagi abah buat kami, tiada lagi angah atau pak lang muin untuk anak2 saudaranya, tiada lagi abang muin untuk sepupu2 abah dan jiran tetangga juga kehilangan abah. Terima kasih kepada semua atas bantuan dalam pengurusan jenazah abah sehingga selesai dikebumikan di tanah perkuburan Teluk Pial bersebelahan kubur arwah anak kedua abah Rosnani Muin. semoga roh abah dan Ani dicucuri rahmat dan dihimpun bersama orang2 yang soleh. Al Fatihah...Semoga abah aman di sana.

Kubur Abah bersebelahan kubur Arwah anak kesayangannya Arwah Rosnani (yang mempunya batu nesan hitam)