Sunday, 21 April 2013

MENERIMA KEKALAHAN DAN ERTI SETIAKAWAN

Assalamualaikum w.m.t
Aku nak minta maaf pasal lama tak update. Sorry yer banyak tecnical error untuk berblog. Alhamdulillah dah dapat diatasi sedikit. janji dapat update dah ok tu.

Tgk tajuk takde kaitan dengan PRU13 atau mana2 individu yang hidup atau mati yer. Macam biasa ni cerita anak2 teman la.

Hari ni my Twin ada pertandingan kawad peringkat sekolah. Biasa la twin since form lagi tak pernah tak masuk dan memanjang menang tak johan naib johan. Kira kalau kalah tu sejarah la atau pasukan lain dah transform.So KRS Putera ni dalam zon selesa la gitu.

Twin 2 dah seminggu deman sampai kena dripped kat KPJ hari Selasa lepas. Pagi tadi bangun siap dah pakai uniform. Tapi dia tak larat berdiri pun tak daya masih gagah nak pegi pertandingan. Saya pujuk tak payah. Nangis la nampak kecewa sgt. Dia takut kerana dia akan spoiled the group tak cukup ahli nanti kurang markah. Saya kata adik kena belajar buat pilihan apa yang perlu didahulukan. Soal keselamatan perlu diutamakan.



Nampak sedihkan twin 2. Nak diri tak larat


Nak dijadikan cerita hari ni KRS pulang dengan tangan kosong. Twin 1 sampai nangis la kat dataran kawad tadi (masa fail math tak nangis pun). Tapi anak2 belajar menerima kekalahan. Buat bedah siasat. Raihan Best friend Twin 1 yang berpindah ke SBPI Rawang juga datang tadi. Thanx Raihan you always be with Hamzi  at his hard time. Raihan ni yang banyak bagi semangat dan bantuan kat Twin 1 masa PMR last year.

Td. diumumkan pasukan yang akan ke perinkat daerah adalah KRS Putera, pengakap dan bulan sabit merah Puteri. Adala kawan dia datang ke Twin 1 tadi tanya ko masuk pengakap jer la daerah nanti. Chances nak menang pun ada. (Pengakap juara bertahan). Twin 1 kata aku tetap akan wakili KRS. Kalau kalah daerah n korang masuk negeri aku jon la (Tahun lepas pun diorang dipinjamkan). Ni kes usha lompat parti la ni. Pada aku Twin 1 tegas dan ada semangat setiakawan dan jujur. Kalau sikap nak menang dengan cara salah ini kita suburkan pada anak2 maka kita akan dapat pemimpin yang pentingkan diri sendiri daripada untuk memperjuangkan bangsa dan negara. Anak2 yang join aktiviti kokurikulam ini sebenarnya belajar menjadi seorang pemimpin hatta memimpin sebuah keluarga.

Semoga anak2 Ummi tidak terleka dengan dugaan dunia. Good luck at state level.