Saturday 23 December 2017

Majlis Perkahwinan Semeriah dulu2 1

Assalamualaikum w.m.t
Pada 16/12/17 yang lepas keluarga kami mengadakan majlis perkahwinan adik lelaki ke 5 saya..Rafiq aka Apiq. Ni majlis perkahwinan yang pertama setelah abah kembali ke rahmatullah, kira handle by mak dan kami adik beradik la. Before this semua managed by abah kami bantu2 je.
Biasa la we planned sebaik sahaja Apiq bertunang macam2 mak nak buat dan asyik risau aje macam2..normal la kan. Yang jadi masalah Apiq bekerja di Sarawak so agak terbatas dlm persediaan.  Majlis akad nikah dan majlis pihak perempuan pada 1/12/17.Alhamdulillah dengan sekali lafaz Apiq sudah bergelar suami kepada Mira. Masa ni semua hantaran mak serah bulat2 kat saya yang handle. Alhamdulillah kawan office ada yang tolong dan sangat creative..




Majlis sangat meriah di Johor dan Apiq kena beberapa tol sebelum sampai ke pelamin haha...Yang seronoknya sepupu emak yang dah lama tak jumpa tinggal di Johor turut serta dalam rombongan kami. Bagi saya majlis perkahwinan bukan saja menyatukan dua hati tapi menyatukan keluarga dekat dan jauh...ok nantikan entry majlis di kampung saya pulak ye...






Sunday 10 December 2017

SPRING CLEANING

Assalamualaikum w.m.t
Hari ni hari mengemas bilik Hasif. Dekat dua bulan dah Hasif tak balik dah berabuk bilik dia. Hasif tak ada Saqif pun tak tidur bilik tu. Ummi je kadang2 masuk. Hasif ni jenis kalau dia buat dia akan buat betul2. Datang malas dia boleh dia kirai baju satu bilik dia ambik je mana baju dia nak pakai. Kalau kita tolong kemas dia tak suka nanti dia kata susah cari barang.
Beza dengan twin. Twin 1 rajin mengemas twin 2 memang jenih selamba. Tapi kalau twin 1 marah pun dia tak kesah. Jangan dengan Hasif berlaga angin. Sebab tu derang tak boleh sebilik dengan Hasif. Twin mmg sesuai berdua jarang bergaduh.
Hasif dengan Saqif senang kalau Saqif kena marah dengan abang Chik dia angkat bungkus pindah bilik abang twin haha..
Ni habis semua baju2 dia keluarkan dan ummi dengar bunyi drill kat atas tu tak tau apa projek 3 beranak tu kat atas. Semoga cuti sekolah kali ni ada family's activities yang bermanafaat.
Last week kami ke Johor nikah adik saya otw terus jalan2 Melaka. Tapi sedih twin tak dapat ikut..bila anak semakin besar we will miss golden moment sentiasa bersama cukup semua family members.



Friday 1 December 2017

New Update

Assalamualaikum w.m.t
Dah lama tak bersiaran jap kita update ye dah bersawang ni haha...
Twin 1 -Dah final semester
Twin 2 -Dah grad dah kerja (Alhamdulillah)
Hasif -Tengah tunggu result PT3
Saqif -Dah nak masuk standard 3
Ummi & babah young in hearts haha