Thursday, 1 May 2014

SAMBAL BILIS BUNGA KANTAN

Assalamualaikum w.m.t

Hari ni nak cerita pasal makan. Dah lama tak update any resepi kan? aku dapat resepi ni daripada kawan aku Diana. hari tu hujan lebat sangat so terowong nak masuk perumahan aku dah banjir kilat. Since Diana duduk kawasan perumahan depan aku pun mintak belas ehsan singgah rumah dia. Hari tu aku dengan Hasif. Ambik dia balik dari sekolah. Dah basah lencun menggigil sejuk, takut dia demam aku pun singgah rumah Diana dan mintak hasif mandi. Alhamdulillah dan terima kasih bebanyak Diana.

Sementara hasif mandi kami lepak sambil dia susah payah pulak buat cucur nak jamu kami. Masa makan cucur dia keluarkan sambal dia kata mak dia bagi all the way from kuantan. Special sambal bilis bunga kantan. oh aku tak pernah rasa sambal ni, tau bunga kantan masak untuk buat laksa dan asam pedas je. Bila makan walllaaa mmg marbeles...aku pun apa lagi mintak le resepi. Masa aku nak balik dia siap tapaukan lagi untuk aku. Dengan muka tak malu aku ambik tanpa menolak. Serius sedap...

Satu hari kawan geng Cik Kiah SEMESTI datang rumah. Kebetulan time lunch aku ajak la Nor makan sekali. Untuk nambah lauk aku panaskan sambal yang Diana bagi. punya la Nor suka. Berlawan aku dengan dia tambah nasi. Baru ni dia hantar 10 kuntum bunga kantan mintak tolong buatkan sambal untuk agih kat kawan2 sekali. last week-end aku pun buat la sambal ikut respi mak diana. Dah siap aku  pack la..untuk Cik Kiah & Co..Hasif tanya eh buat sambal td lunch kan buat sambal ikan keli.  Aku jawab ni projek Cik Kiah..twin 1 pulak menyampuk oh ummi nak lepak ler tu..aku selamba jawab tak pe ummi lepak, ummi dah ambik SPM. Hihi dia jawab ye la ni nak gerak pegi discussion ler ni.....Alhamdulillah ayeed dgn mai suka sambal tu. Along (Zaihan) belum ambik lagi. Jum kita tengok resepi sambal ni

Sambal Bilis Bunga Kantan
Bahan2

Bunga kantan (ikut banyak mana)
Ikan bilis
Bawang besar, bawang merah dan putih
Asam keping
Cili padi (ikut suka kalau suka pedas tambah lagi)
Cili kering
gula dan garam
Minyak untuk menumis


Cara2

1. Hiris halus bunga kantan



















2. Kisar semua bahan2 kecuali  ikan bilis dan asam keping hingga lumat
3. Kemudian masukkan ikan bilis dan kisar sekali sahaja (bilis diblend kasar)
4. panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yang telah dikisar. tambahkan asam keping
5. Apabila kuah memekat masukkan bunga kantan dan masak sehingga kering















6. Masukkan gula dan garam kacau sehingga kering

Taraaaaaaa

Selamat Mencuba.

1 comment:

  1. nampak cam sedap & menyelerakan....
    nnti nak try la... :-)

    ReplyDelete