Tuesday, 7 July 2015

LEMPENG PISANG /TEPEK PISANG

Assalamualaikum w.m.t

Lama tak update resepi kan..meh bulan-bulan posa ni kita citer pasal kuih muih dan resepi plak..Last week kami potluck dengan kengkawan iftar kat rumah kawan..so aku kena sedia roti jala, pulut arun ..lauk aku goreng pekasan dan ikan sepat ronggeng kering je..yang lelain kawan2 bawak termasuk la kuah roti jala tu.

En hubby aku ni nak gak la contribute hasil air tangan dia. So dia pun buat lempeng pisang. Ada plak kawan kata kalau yang buh daun pisang lagi sedap. Dia pun ambik la daun pisang yang segar bugar kat belakang rumah aku ni..Ni la ropernye tepek pisang dari chef sado aku hihi

Ni la dia tepek pisang chef sado
Haa ni sepat ronggeng kering
Jum kita tengok resepi

Bahan-bahan;
1. Pisang yang ranum-hubby guna pisang asam
2. Gula 
3. Tepung gandum
4. Garam
5. Kelapa parut gaul dengan secubit garam- ambil yang bahagian putih sahaja
 Cara;
1. Lenyek pisang hingga betul-betul hancur atau sedikit berair
2. Masukkan tepung sehingga adunan agak pekat dan tambahkan sedikit gula dan garam.3.
3. Letakkan sesenduk adunan atas daun pisang yang telah disapu dengan sedikit minyak. Leperkan
4. Taburkan kelapa parut atas adunan dan kemudian lipat dua adunan tadi dengan daun pisang
5. Bakar atas kuali atau magic pan
6. Angkat apabila adunan sudah kental

Tips;
1. Guna pisang yang betul-betul ranum
2. Jangan tambah air dalam adunan. maka tepung perlu ditambah sedikit demi sedikit untuk mengelakkan lempeng keras
3. Gunakan kelapa yang tidak terlalu tua baru lempeng rasa lemak

Selamat mencuba...
 

 

No comments:

Post a Comment