Tuesday, 28 August 2012

Masak Sasangan (Masakan orang banjar)

Assalamualaikum w.b.t
Dah lama tak cerita pasal resepikan. Ramai gak tanya lama tak dapat tips memasak daripada saya. Kay hari ni cerita pasal masakan tradisi orang banjar. Tapi saya ada tambah sikit la nak meet our selera. Ha ni namanya derhaka pada resepi nenek moyang. ha ha ha.

Masa balik raya hari tu mak ada kirimkan ayam kampung banyak gak la aku agak dlm 2 ekor ada la kut. Kat kampung abah dah masakkan kuzi..pada tekak aku seeedaaappp sgt, kuzi abah special sikit pasal rempah abah aku blend sendiri. ada dia bagi ratio rempah dia nanti nak try klu sedap kita buat N3 kuzi abah yer. Hubby yang tak suka kuzi pun suka masakanan abah aku.

Back tu cerita sesangan ayam.

Ni la dia ayam sasangan nampak hitam sikit sebab abah dah salai ayam tu
Resepi

Bahan2
1. sesudu ketumbar
2. sedikit jintan manis dan jintan putih
3. 3 sudu kelapa parut
4. sedikit serbuk kunit
5. cili kering dan cili padi (yang ni ikut nak pedas bnyakkan cili padi
6. sedikit lada hitam
7. 2 batang serai
8. Santan (drp 1 biji kelapa)
9. bawang merah dan bawang putih
10. sedikit gula dan garam (ada yg suka serbuk perasa pun boleh)
11. 2 keping asam keping
12. 2 biji kentang
13. Daun kunyit

Cara2
1.Sangaikan semua rempah2, bawang dan cili kering
2. Tumbukkan cili api kemudian kelapa parut dan rempah dan cili yang disangai sampai lumat. Serai diketuk.
3.Rebuskan ayam dgn bumbu yang ditumbuk dan campurkan sedikit air.
4. setelah ayam agak kecut masukkan santan,Masukkan daun kunyit. bila ayam dah empuk masukkan kentang .
5. Bila kentang agak lembut baru masukkan asam keping dan biarkan kuah memekat. masukkan gula dan garam serta perasakan.

Senangkan rebus je semua. Hari tu ada staff anak buah aku makan lauk ni siap bertambah nasi.

Tips.

1. Kalau ikan tak payah masukkan ketumbar dan serai hiris tumbuk sekali.
2. Letakkan sedikit gula dulu dalam masakan agar ayam lebih enak
3 semasa kuah dah didih dan kentang agak lembut masukkan sedikit garam (sikit je) dulu agar dapat sebati dgn ayam atau ikan. kalau masukkan terus tutup nanti kuah masin ayam rasa bland pulak.
Garam kalau bubuh awal dia akan suddent drop the temperature of kuah dan akan menyebabkan texture daging tak sedap. Asam pun macam tu dia akan prevent penetration of heat pada meat.
4. Asam akan menyebabkan kuah semakin pekat sebab dia akan menyebabkan protein dan lemak pada santan memekat. So jgn risau klau kuah mula-mula cair. Bila air dah vapourised pekat la kuah tu. Tapi kalau ikan biar santan tu pekat sikit kang hancur plak ikan.
5. Klu ikan sedap bubuk kacang panjang jgn bubuh kentang plak. Ikan yg sesuai ikan air tawar baru sedappppp

 Kay selamat mencuba.





No comments:

Post a Comment