Sunday 29 September 2013

AGAR-AGAR LAICI MARIA

Assalamualaikum w.m.t

Hari ni hari mengemas sedunia kami anak beranak..pagi2 hubby dah mintak masak nasi lemak. Klu nak masak nasi lemak aku kena la swatakan mengemaskan. so...Twin 1 tolong kat dapur , myself sapu sampah, twin 2 mengemop, Hasif basuh bilik air daaannn Chak n babah kemas pourch. Ok kan



haha ada pekerja bawah umur hihi..Alhamdulillah semua buat kerja dengan baik. Lepas tu Twin 2 tanya eh ni kek apa..tengok ada dlm tupperware atas meja. Kek tu aku buat semalam bawak ke rumah jiran lama di Bukit Bandaraya untuk majlis doa selamat sempena Fatin & Mitlan akan ke Mekah menunaikan Haji. semoga mendapat haji yang mabrur. Kek tu aku pakai tepung segera je..
Aku sekarang suka guna magic pan jer..
Malam ada satu lagi majlis doa selamat  kat Desa Alam. Sebenarnya kami kenal jiran2 yang lorong lain atau jauh sikit kat alam maya via whatapp je. So semalam sempena jiran lorong belakang nak pi haji maka kami pun group gegirls ni berkumpul dan berkenalan. Aku terlebih rajin semalam buat agar2 laici. Resepi ni aku dapat drp officemate aku , Mariatul..so aku kata ni agar2 maria..To Shiela kadir juga semoga mendapat haji yang mabrur.

Ni la rupa agar2 maria. Aku suka tengok buih2 tu




Tu la rupa agar2 ni aku suka buat n makan..jum kita jengah resepi

Agar-agar Laici Maria (Resepi asal drp. Pn Mariatul)

Bahan2
1. 1 tin laici (buah laici racik dan susun atas bekas)
2. sebungkus agar2 strip (aku suka cap burung layang2)
3. 1/2 tin susu pekat
4. 5 cawan (mug) air
5. 5 biji telur (tapi biasa aku guna 3 jer.) - asingkan putih & kuning
6. 1 sudu teasam limau (aku ganti dengan satu sudu makan sanquick oren)
7. 1 sudu teh essen vanilla
8. Gula secukup rasa

Cara-cara  (Advised to use periuk besar)

1.  Masak air bersama dengan agar2 hingga hancur
2. Pukul telur putih dan asam limau hingga kembang
3. Pukul telur kuning bersama susu dengan susu pekat
4. Masukkan air laici ke dalam agar-agar
5. Masukkan adunan telur kuning dan susu pekat
6. masukkan gula & rasa manis ikut suka
7. Masukkan essen vanila
8. Kecilkan apa dan masukkan adunan putih telur, kacau hingga sebati (jgn lama sangat)
9. Tuang ke dalam bekas yang berisi buah laici dan kacau perlahan supaya laici bercampur sama.
10. Sejukkan.

Selamat mencuba yer..




Thursday 26 September 2013

CERITA KUAH ROJAK

Assalamualaikum w.m.t

Minggu lepas aku buka la fb tiba2 tengok kawan lamaMazurina upload gambor kuah rojak mak aih mengancam. Aku pun tanya dia kat WA group  Pioneer ladies of SEMESTI mintak resepi.

Hari Ahad lepas kawan aku yang kami panggei Ayeed pun buat kat rumah dia. Biasa la Cik Kiah yang lain ni pakat bawa sorang sikit buah. Best komer nyicah ramei2. Zaihan yang aku panggei Along dan Linda memeriahkan rumah Ayeed petang tu. Habih nyicah biasa la mesti tapau kuah bawak balik sikit. ni aku dok nyicah hari2 tak de buah lain pelam yang along bagi aku tambah dengan carot pun sedap komer.

Meh kita tengok resepi (Credit to Cikgu Mazurina )

Bahan
1 botol kicap manis
1 botol sos cili
1 senduk cili yang telah diblend
setengah tapak tangan belacan
Gula apong atau gula kabung
Gula putih setengah kilo (yang ni boleh adjust la)
Bijan yang telah disangai
Kacang tumbuk kasar

Cara
Masakkan semua bahan2 kecuali kacang dan bijan
Bila agak pekat angkat dan sejukkan
setelah sejuk masukkan bijan dan kacang
Sedia untuk nyicah

Sebenarnya kami boleh mengeratkan kemesraan hanya dengan seperiuk kuah rojak. Resepi dari sarawak. Dicuba di Denai Alam dan kawan berkunjung bersama menikmati.





HAPPY BIRTHDAY HASIF

Assalamualaikum w.m.t

20 hb september 2002 lahir putera aku yang ke 3 secara pembedahan. Alhamdulillah sihat dan diberi nama Muhammad Shabqi Hasif. Setelah 11 tahun Hasif membesar menjadi anak yang baik dan tidak banyak menimbulkan masalah. 

Pada hari jumaat lepas tidak ada sebarang birthday celebration untuk hasif memandangkan dia menyertai camping badan beruniform SKRM di Gunung Gua Senyum Temerloh. He was so happy tp umminyer yang butterfly in stomach dok bergelora kadang terfikir benda2 yang bahaya. Berdoa sangat. Chak bising kenapa Hasif tak balik dari sekolah ni. sebok suruh ummi gi buat police report.


  Sejuk hati aku bila tengok dia senyum keluar dari bas. dia antara yang lambat keluar dari bas. Hati aku dah berdebar2 mana si Hasif ni. Seronok dia tak terkira. Ummi mmg berbaloi pegi camping tu katanya. Banyak yang hasif belajar. Alhamdulillah aku suka anak2 aktif banyak dia akan belajar yang dia takkan dapat dalam kelas atau tuition class. Lebih membanggakan dia berjaya menjadi peserta keseluruhan terbaik. tahniah sayang. You deserved it. Katanya dia bangun awal, fasilatator pun dia yang bangunkan...biar betul? kat rumah naik sawan ummi yang nak bangunkan dia..

Ummi dan abah serta abang2 dan Chak sentiasa doakan Hasif menjadi anak yang soleh dan bakal pemimpin yang beriman. In Sya Allah klu ada rezeki kita buat birthday selebration sekali dgn Chak k. Ummi saaayaanggggg Hasif