Lama tak update resepi terutama makanan orang banjar kan. Kalau kat kampung aku memang femes la murtabak kucai ni. Ni murtabak biasa tapi dalam dia bubuh kucai. Ada satu lagi version orang banjar kampung aku ni suka buat murtabak pisang. Berbeza tau daripada roti pisang yang selalu ada kat kedai2 mamak.
Cerita pasal murtabak kucai ni buat aku makin rindu kat arwah abah. Kalau korang ingat arwah Nani minta aku masakkan mee rebus, itu masakan atau permintaan terakhir arwah kat aku. Macamtu juga dengan arwah abah. Seminggu sebelum abah meninggal kami balik kampung. Aku balik Jumaat terus balik kampung aku. Hari Sabtu petang cadang nak balik rumah MIL.
Abah cakap nak makan murtabak kucai. Abah memang selalu kalau aku balik mesti ada la dia nak aku masak untuk dia. Biasa dia nak cucuq kucai. Tetiba hari tu dia sebut nak murtabak kucai. Alamak..aku memang rasa malas nak uli tepung. Karang nak tebar lagi bukan sekejap. Mak suruh aku buat dia kata abah nak makan. Tapi terdetik dalam hati..apa la aku ni abah nak makan pun malas nak buat kalau la ini permintaan terakhir dia..Ya Allah ampuni aku. Abah sanggup ke Shah Alam untuk masakkan apa aku nak masa aku mengandung, aku pulak nak hampakan abah. So aku pun uli tepung. Ya Allah arwah abah makan banyak petang tu. Alhamdulillah Hubby pun kata buat la , balik lambat sikit pun tak pe.... Meh kita tengok resepi dia.
Murtabak Kucai (Resepi keluarga aku)
Bahan
1. Tepung gandun
2. Sedikit gula
3. Susu manis (kalau tak de susu tepung pun tak pe)
4. Minyak atau margerin (sikit saja)
5. Air garam
Campur semua bahan dan uli sehingga licin dan tidak melekat kat tangan (mcm nak buat roti canai tu)
Bulat2 kan adunan tu buat macam tepung roti canai tu rendam dalam minyak masak at least 4 jam. Biarkan bertutup.
Bahan Inti
1. Kucai (potong macam nak buat cucur)
2. Udang yang dah dikopek kulit ( kalau takde udang kering pun boleh)
3. Bawang besar dihiris nipis
4. Cili merah dihiris
5. Telur 9Ikut banyak tepung kalau banyak tepung sediakan banyak le telur
6. Lada sulah yang ditumbuk atau lada hitam (yang ni terpulang.
7. Garam.
Cara2
1. Tebarkan tepung yang direndam dalam minyak macam buat roti canai. Klu tak pandai tebar jangan risau tarik2 je.
2. Letakkan inti tadi ditengah macam ni.
3.Lepas tu tutup macan ni
4. Terus angkat masak atas kuali.
5. Bila dah kekuningan murtabak dah masak dan boleh digunting ( jangan potong dengan pisau nanti hancur) dan dihidang
Tips.
1. Uli lagi lama lagi bagus, gluten tepung makin kuat jaringannya
2. masak guna api kecil takut mudah hangit inti belum masak
3. Boleh guna pisang gantikan inti. Pisang dihiris nipis dicampurkan gula dan garam. kacau sikit boleh guna sebagai inti
4. lapikkan dulang dengan daun pisang agar mudah angkat tebaran murtabak ke kuali (rujuk gambar no 1). Lagi pun boleh buat spot untuk letak inti kucai tu.
selamat mencuba
1. Uli lagi lama lagi bagus, gluten tepung makin kuat jaringannya
2. masak guna api kecil takut mudah hangit inti belum masak
3. Boleh guna pisang gantikan inti. Pisang dihiris nipis dicampurkan gula dan garam. kacau sikit boleh guna sebagai inti
4. lapikkan dulang dengan daun pisang agar mudah angkat tebaran murtabak ke kuali (rujuk gambar no 1). Lagi pun boleh buat spot untuk letak inti kucai tu.
selamat mencuba
Salam Shila,
ReplyDeleteMak Aji x pernah buat murtabak. Rupanya xdelah susah sangat ya! Boleh cuba ni, bekalan kucai memang sentiasa ada je.
Mak Aji skill tarik tepung tu kena hati2 takut koyak
DeleteSalam shila.Allahyarham buat arwah ayah Shila.moga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman.
ReplyDeleteshake, Amin terima kasih.
DeleteAwal tahun tadi abah Ayeed meninggal kemudian Nani menemui penciptanya. tak lama lps tu abang Mai meninggal xcident kemudian ayah Emi pulak meninggal. terbaru abah aku Shake. tahun ni kawan2 kita kehilangan orang yang tersayang. al Fatihah untuk semua