Wednesday, 19 August 2015

BIRTHDAY ARWAH ADIK

Assalamualaikum w.m.t

Hari ni 19 Ogos adalah birthday arwah adik aku. Semalam drove sorang-sorang teringat zaman remaja kami. Aku membesar dengan dia di asrama. Ingat lagi kalau bithday dia mana ada macam orang lain parents datang bawak birthday cake or buat small birthday party kat asrama. Ingat lagi masa tu aku form 5 arwah form 3, aku simpan duit nak belanja birthday dia sebab last aku sama-sama dengan dia kat SEMESTI. Kami keluar naik bas ke pekan Teluk Intan .Aku cakap hari ni kak long belanja hang kira hadiah birthday tau. Hang jangan mintak hadiah dah. Aku mampu beli snack plate je masa tu kami kongsi dua makan sorang seketul ayam tapi kami happy sangat.

Ada satu taun tu waktu petang aku nak iron baju kat bilik dobi..dia datang. Kak long hang tak dak bagi hadiah birthday aku, alaa kak long lupa la lagi pun duit mana ada nak beli hadiah. Tak pa la hang tolong iron baju aku ni kira hadiah birthday la...aku pun iron le, aku kata ni kira hadiah tau hang jangan mintak2 dah. Haha suka le dia tak payah iron baju minggu tu. Masa balik prep malam aku belikan le dia roti cream bagi kat dia. Aku cakap nah kak long bagi kek birthday kat hang...haha dia kata jadi la buat supper.

Aku dulu memang kalau weekend selalu training basketball kadang jarang sangat ada masa nak basuh baju. ada sekali birthday aku, dia datang..kak long happy birthday..tapi aku tak bawak kek ke hadiah tau. Aku tanya huh tak dak hadiah setakat wish je baik tak payah. dia gelak dia tanya aku kasut sekolah hang dah basuh ke. Aku kata belum ok lagi kut aku karang nak turun training ni. Bak la aku basuh kasut hang ni kira aku bagi hadiah birthday la kat hang. Elok la aku kira basuh kasut ni hadiah, dari aku bagi kapur kasut kat hang...haha aku pun hulur le kasut2 aku kat dia.

Macam tu le kenangan aku dengan arwah masa kat SEMESTI. Bila dah kerja kami tak ada le sambut birthday sebab jarak jauh tapi still wish. Dia selalu cakap abang G dan dedek tolong makankan kek birthday ummi kat mak ngah. Birthday dia sehari lepas udi...selalu derang kongsi kek especially kalau kebetulan dia ada ke KL atau balik kampung. Tapi ini tahun ke 2 kak long hadiahkan Al Fatihah untuk kau Dik..Semoga kau tenang di sana dan dihimpun kan bersama dengan para solehin. InsyaAllah kami semua masih ingat pesanan hang untuk bantu Zali jaga Irfan...

Melawat Irfan di SAS






3 comments: