Friday 20 July 2012

Babah Away to Kelantan

Assalamualaikum.

Haa kadang kita ni bila tersayng ada take for granted. Bila tak dak baru le mengelabah tapi maintain konon boleh handle semua...

Benornya Incik Hubby outstation ke Kelantan since selasa malam. Huhuhu. Dah plan baik camana nak atur anak2 pegi sekolah since kena handle sorang2. selalu aku tau pagi2 siapkan diri sendiri je the rest non of my business. Tugas aku siapkan breakfast je tu pun kdg ngelat boleh beli rori cream sorang sebungkus. Malam2 aku dah siapkan nursery bag Chak.

Seawal 5.30 am dah bangun boleh buat breakfast tu. Twin pun boleh bangun awal, siap ckp kat Hasif cepat babah tak de nanti lambat.Hu hu klu babah ada semua sayang nak tinggalkan selimut. Thanks boys. We were ready about 6.50 am. Alamak awal plak nursery pun tak bukak lagi. Sharp at 7.00 semua dah ready dlm kereta. Wow amazing.

Petang Twin 1 dah siap masak nasi dan panaskan lauk. Aku plak p mandi. Tetiba twin 1 jerit Ummi cepattttt nanti lewat nak tuition. Adoi berkejar hantar ke seksyen 8 plak. Balik rumah Hasif hampir2 tertido terpaksa paksa dia siapkan homework. Masa tu Chak ngamuk nak enen last dia tertido dlm 9.30. Siap homewrk hasif tido aku kemas dapur basuh pinggan bagai. duduk jap aku terlelap. sedar2 Ya Allah 10.30 twin tak ambil lg. Kelam kabut keluar jiran aku terkejut tgk aku siap tnya kenapa kak ohhh akak tertido lupa nak ambik twin tuition. Sampai sian tgk diaorg je tinggal berdua bnyak sms masuk ummi ambik la kami skrg dah lama habis..sorry syg. Pukul 11.30 sidai baju plak.  Baru aku sedar aku belum makan lagiiiii.

Hari Khamis pun ok gak cuma breakfast beli kuih je kat nursery. Tapi dugaan hujan selebat-lebatnya pagi2 tu. Aku berdoa semoga semua ok. Malam aku tertido lagi ambik tuition dekat pukul 11.00 . Tapi pagi tadi dah tak mampu nak bgn seawal5.30 am pagi dah. Breakfast pun dgn kurma je..  Chak pun bangun tido dah tnya babah Chak mana. Ckp kat dia kan babah work jauh..ohh chak lupa nasib baik tak melalak. Malam2 suruh urut dia (selalu babah yg urut). dia cakap ummi urut salah terpaksa call hubby camana nak urut dia. rupanya ada patern nak urut dia. mcm2 la chak ni.

Cepat la balik Yang camana sok pagi nak bersilat sahur dgn bdk2 ni. Ya Allah permudahkan la..

Tuesday 17 July 2012

Isteri, Ibu dan kerjaya

Assalamualaikum,
Tajuk ni biasakan kita dengar tapi itulah realiti sebenar kehidupan seorang wanita.

sekarang ni aku rasa macam tak cukup masa 24 hours. Bukan apa ada rutin yang selalu kita buat dah tak dapat kita lakukan tapi aku berpegang kita yang atur aktiviti. Tanggungjawab kita kepada yang Esa tak boleh di abaikan semata-mata kerana kita sebok dengan duniawikan. Jgn kata tak dak masa nak baca Al-Quran sebab dah balik rumah sebok dgn memasak, mengemas dan melayan anak-anak. Kita perlu bijak mencuri masa untuk diri sendiri tapi mungkin kita perlu mengorbankan waktu senggang kita.

Mesti korang tanya asal aku tetiba emo nikan. Sebenarnya Incik Hubby la ni busy teramat kadang balik pun lambat. Tapi aku kena berlapang dada hubby cari rezeki. Kadang aku terpaksa jumpa dia kat site selepas kerja tapi pada masa sama rasa bersalah plak lambat balik jumpa anak-anak. Alhamdulillah anak-anak tau tanggungjawab event Hasif tu pun tau klu dah pukul 6.00ptg twin tak balik lagi dia akan ambik Chak kat nursery. Sian Chak kadang klu phone bunyi dia sebok cakap babah phone. Tapi klu babah balik malam pandai plak merajuk konon tak nak kawan babah. Dah berapa malam aku tidor kat bawah tunggu hubby balik.

Twin plak last 2 weeks sebok pertandingan kawad at states meet untuk mewakili pengakap (actually they are in KRS team). SMKS 7 plak akan mengadakan Karnival untuk mengutip dana sekolah. As AJK PIBG aku kadang meeting  malam. Balik kerja jenguk jap anak-anak pi meeting. Babah pulak dengan anak-anak. Habis meeting terpaksa curi masa supper dengan hubby berdua kat luar.

Balik aku bukan boleh terus tido. kemas rumah lepas tu chek homework and latihan anak-anak pulak.Hubby kalau ada kat rumah dah siapkan beg nursery chak and iron uniform anak-anak untuk besok. That is why I'm looking forward hari Jumaat seterusnya Weekend. Yahoooo

Sabtu n Ahad adalah hari aku memenuhi permintaan anak-anak. Hubby pulak masa ni la dia akan all out siapkan kerja sebab takde gangguan untuk hantar and ambik anak dari sekolah. Name it nak makan apa Ummi masak. Masa ni juga Ummi akan buat revision dgn anak-anak. Tapi aku bersyukur dengan kehidupan ini...