Thursday, 1 November 2012

Cucur Jawa

Assalamualaikum w.m.t
Baru2 ni ramai yang tanya saya resepi cucur jawa. Cucur jawa ni favourite anak2 especially si Hasif. Dolu2 arwah nenek sedara yang aku panggil Tok Yam yang selalu buat kuih ni. Lepas dia dah meninggal (Al-Fatihah) mmg aku jarang makan dah kuih nie. Nasib baik mak aku pandai lagi buat kuih nih. Masalahnya klu org dolu2 mana ada pakai sukat. Lepas try n error aku dapat la satu sukatan yang boleh digunapakai.Agak2 klu aku tukar nama jadi cucur banjar org jawa marah tak? ha ha ha

Ni le rupe cucur jawa tu
Bahan2
 1 cawan tepung gandum
 1 setengah cawan tepung beras
 1 sudu kecil air kapur makan
 1 cawan gula pasir campur gula merah. (yg ni depand klu suka manis lebihkan gula pasir)
 1 cawan air
 sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
1. Campurkan semua bahan2 kering
2. Masukkan air sedikit2 dan tambahkan air kapur sambil menggaul tepung tersebut agar gula merah tidak berketul.
3. Setelah sebati ambilkan senduk dan hendaklah diadun dengan belakang senduk untuk memastikan agar tiada tepung yang berketul dan untuk memastikan gula betul2 telah larut.
4. Biarkan sekurang-kurangnya 4 jam. (Jgn masukkan dlm peti ais)
5. Panaskan minyak dengan menggunakan kuali yang melengkung, gorengkan sesenduk adunan.(kalau nak kuih yang besar pakai senduk besar, klu nak yg comei pakai senduk kecil shj. Saya guna senduk kecil sebab blh dpt banyak hihi)
Abaikan background tu sebab ni jer kuali lengkung yg kecil saya ada

klu kuih tu kembung ditengah dan membentuk mcm renda kat tepi tu jadi ler


Sebaiknya perlu ditoskan agar minyak tidak bertakung dalam bahagian yang mengelembung

Tips
1. Perlu diadun(klu org banjar ckp dipisat) lama, ini betujuan untuk membentuk bahagian yang kembung itu ringan dan bersarang. Tepung gandun dan beras mempunyai kuantiti gluten yg berbeza. jadi untuk membuat gluten netting yang baik perlu diadun lama2.

2. Tujuan ia diperap adalah untuk menjadikan kuih lebih ringan semasa fermantation proses dan membentuk lapisan udara apabila digoreng

3. Jangan gunakan api yang terlalu besar apabila menggoreng, takut cepat hangit sebab kuih ini mengandungi gula.

OK SELAMAT MENCUBA SEMUA

2 comments: