Pada 13hb Februari 2015 KPM telah umumkan pelajar2 yang layak ke SBP untuk 2nd intake. Aku cakap kat Hasif kalau dapat pergi yer. Hasif kata klu dapat SAS n SEMASHUR je dia nak pegi. Sekolah lain tak nak. Bila aku check online ni jawapan tertera
Ha ko terkujat den kek kodah sana nun. Aku call Hasif ckp dia berjaya kat SBP tp tak bagi tau lg sekolah mana. Dia macam tak minat maklum la kawan2 dah rapat kat SMK Seksyen 7 ni. Dia dah terpilih jadi pengawas pelatih dan dah join kawad KRS. Dia rasa sayang dengan apa yang dia ada sekarang. Aku kata mungkin hijrah lebih baik. Balik aku tanya taknak tau ke sklh mana dapat. Dia kata 'I'm not interested to know". So kami tak paksa ikut dia la. Tngok la kawan2 yang rapat dengan dia..tu yang dia susah nak pisah
Tiap hari Rabu (hari koku) aunty Atie akan jemput semua anak2 ni dan mereka akan berkampung di rumah Hilmy sebelum Atie hantar ke sekolah...macam2 kerenah.Masak maggi untuk kawan-kawan |
Tengok la Hasif dan Hilmy ni |
Pada 17hb tiba-tiba Hasif cakap Ummi Hasif rasa boleh la Hasif pegi SBP. Aku agak terkejut juga kelam kabut buat medical checkup beli barang2 semua, siapkan dokumen. Kawan sentiasa ikut sama pegi beli baju, ambik gambar dalam hati ni kesian juga Hasif ni nak pisah dengan kawan-kawan. Last day sebelum Hasif pergi dia jumpa kawan2 di rumah atie rasa sayu juga tengok anak2 berpelukan.
Maka on 25th February Hasif dengan rasminya menjadi warga Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA).
Semoga Hasif lebih cemerlang di SAINA |
Hasif mula belajar berdikari sendiri |
Mendapat seorang abang angkat yang sangat baik membantu Hasif |
Sedih aku simpan je dalam hati masa nak tinggalkan Hasif. Nampak dia sangat kuat tak tangis pun. Mak aku yang sedih dalam bangga tengok cucunya. Tapi beberapa kali dia cakap teringat masa hantar Ummi hang dulu. Atok dengan arwah Tok wan hantaq naik bas je ke SEMESTI. Hasif bertuah dapat naik kereta semua lengkap, atuk pun dapat ikut sekali. Aku sayu sebenarnya dengar mak cakap macam tu..Hasif telah mengulangi sejarah mak hantar anak2 ke SBP dalam keadaan yang sedikit berbeza.Tapi serius aku rindu abah saat buat persediaan nak hantar hasif.
Aku menangis sorang2 masa iron baju2 dia sebelum bertolak. Aku ingat abah pesan kat aku belajar elok2 abah ni takde harta tapi abah hantar along untuk kesenangan along.Ternyata abah hantar aku belajar jauh untuk cucu merasa sedikit kemudahan dengan apa yang aku rasa. Sebenarnya ini lah yang abah tinggalkan untuk anak cucunya. Dia pernah cakap bukan abah suka2 hantar kami sekolah jauh2 tapi ini untuk masa depan hampa. Tapi masa tu rasa syukur dapat SBP sebab dapat sekolah lengkap serba serbi. Anak2 sekarang berbeza tapi aku bangga dengan Hasif buat keputusan yang matang.
Untuk Hasif ummi dan babah bukan suka Hasif jauh sebenarnya tapi untuk kemudahan dan keselamatan Hasif ummi relakan Hasif pergi. Hasif akan keseorangan di rumah semasa ummi dan babah kerja. Ummi mengaku ummi tak dapat sediakan makanan yang sempurna sebelum ummi keluar bekerja. Ummi harap Hasif paham kenapa ummi nak Hasif ke SBP. Ummi juga nak Hasif merasa pengalaman Ummi semasa di SBP..ada yang tak boleh ummi terangkan. Tapi Hasif mungkin dapat merasai hubungan ummi dengan kawan2 ummi.
Penuh makna untuk ummi |
Kepada saudara mara, jiran2, kawan2, guru2 Hasif yang mendoakan dia terima kasih banyak2. Alhamdulillah dia suka di sana no complaints cuba errrr cikgu cakap kedah..Hasif lambat nak tangkap. Tak pa la Hasif lama2 sahih terror punya ...