Tuesday 7 July 2015

LEMPENG PISANG /TEPEK PISANG

Assalamualaikum w.m.t

Lama tak update resepi kan..meh bulan-bulan posa ni kita citer pasal kuih muih dan resepi plak..Last week kami potluck dengan kengkawan iftar kat rumah kawan..so aku kena sedia roti jala, pulut arun ..lauk aku goreng pekasan dan ikan sepat ronggeng kering je..yang lelain kawan2 bawak termasuk la kuah roti jala tu.

En hubby aku ni nak gak la contribute hasil air tangan dia. So dia pun buat lempeng pisang. Ada plak kawan kata kalau yang buh daun pisang lagi sedap. Dia pun ambik la daun pisang yang segar bugar kat belakang rumah aku ni..Ni la ropernye tepek pisang dari chef sado aku hihi

Ni la dia tepek pisang chef sado
Haa ni sepat ronggeng kering
Jum kita tengok resepi

Bahan-bahan;
1. Pisang yang ranum-hubby guna pisang asam
2. Gula 
3. Tepung gandum
4. Garam
5. Kelapa parut gaul dengan secubit garam- ambil yang bahagian putih sahaja
 Cara;
1. Lenyek pisang hingga betul-betul hancur atau sedikit berair
2. Masukkan tepung sehingga adunan agak pekat dan tambahkan sedikit gula dan garam.3.
3. Letakkan sesenduk adunan atas daun pisang yang telah disapu dengan sedikit minyak. Leperkan
4. Taburkan kelapa parut atas adunan dan kemudian lipat dua adunan tadi dengan daun pisang
5. Bakar atas kuali atau magic pan
6. Angkat apabila adunan sudah kental

Tips;
1. Guna pisang yang betul-betul ranum
2. Jangan tambah air dalam adunan. maka tepung perlu ditambah sedikit demi sedikit untuk mengelakkan lempeng keras
3. Gunakan kelapa yang tidak terlalu tua baru lempeng rasa lemak

Selamat mencuba...
 

 

TWIN 1 KE UiTM JENGKA

Assalamualaikum w.m.t

Salam ramadhan buat semua. Ramadhan tahun ni memang suatu perasaan yang libang libu untuk ummi. First time ketiga-tiga anak ummi berpuasa jauh dari ummi. Dalam kepala ni macamana Hasif di SAINA kena bangun sahur makan ke dewan makan. Selalu bangun everything  siap. Twin 1 sahur sendiri dan paling tragis Twin 2 register dalam bulan puasa. Memang menguji semangat betul.

Twin 1 register on 2nd Jun 2015. A week before hantar twin 1 kami sekeluarga ke SAINA jemput Hasif untuk cuti penggal for 2 weeks. First time la abang ke SAINA. Masuk je kereta dia bercerita macam2 pasal kehidupan dia di asrama. Derang bertiga tu tergelak2 dengar cerita si Hasif. Tapi ummi kata nakal kat hostel ada limit. Nanti after 20-30 years leaving hostel life itu le kenangan yang nak buat kita mengekek tak habis-habis. Paling kami nak gelak macamana Hasif tak paham cakap Utara memang selalu kena bahan. Kalau cerita rugby abang je la layan ummi memang tak paham sebab kat SEMESTI ummi main basketball. 

Masa kami berenti makan kami ambil lauk gulai kawah daging dengan batang pisang. semua terkejut tanya boleh makan ke..haha ni le lauk istemewa orang kedah. Kakak gerai tu pun perasan Hasif bercerita tak habis-habis..dia tanya amboi rancak adik sembang..tu ummi kata dia lama tak jumpa abang dia duk asrama. Uihh patut seronok sembang..

So dapat la Hasif jumpa abang long before abang long ke UiTM. Otw balik S.Alam kami singgah rumah atok satu malam dan rumah opah satu malam..Shopping barang-barang twin 1 kat P.Buntar. I tell you P.Buntar bukan macam dulu sekarang macam-macam ada kelasss .

Kami ke Bentong rumah mak ngah hari Isnin. As aspected Hasif tak nak ikut dia tidur rumah Hilmy. Tak sabar-sabar nak jumpa best friend dia tu. Pagi Selasa kami bertolak dari Bentong. Lepas keluar highway kami memasuki kawasan Felda Jengka...otw masing2 communicate via WA dengan kawan2. Serentak dengan kawan-kawan yang register UiTM..Kawan2 semua cakap Hamzi pergi bercuti di Agrotourism..haha. Tiba dia stresss haa nak balik ladang sawit kiri kanan ni macamana...Akhirnya sampai ke Bandar Pusat Jengka. Mula dia macam tak suka je..parah ni. Lepas kemas2 abah bawak dia jalan2. Baru le nampak dia boleh terima sebab Bandar Pusat Jengka semua ada..you just name it semua ada bowling centre, fast food except MacD je yang takde..mamak 24 hours pun ada. Ummi kata sini just like S.Alam should be ok. 

Alhamdulillah ramai kawan2 dia dari sevens dan SK Raja Muda pun ada dapat di Jengka dan kawan2 dari SMK9 pun ada. geng-geng KRS Petaling Perdana pun ada so..dia takde masalah le..Kebetulan anak kawan aku masa SEMESTI pun dapat di Jengka..so masa register jumpa la Ochone. Masa nak balik twin 1 sedih sangat maklum la first time jauh dengan keluarga..siap pesan kat twin 2..adik ko jaga ummi tau..mmg dia nangis masa tu. adik pun sedih2 sepanjang perjalanan balik. Terdetik dalam hati sian adik tak dapat mana2 lagi. Dia sangat mengharap dapat ke Kolej Komuniti. Ummi doakan semoga adik juga dapat menyambung pelajaran. 

Berpeluh-peluh pasang cadar







Dapat WA forwarded by his senior masa otw ke UiTM
Ni la kolej Kediaman Twin 1
YEAHH you got official key
Do it yourself
You made it

Ummi pun over lap semua hahah




Lepas bawak twin 1 sight seeing dan beli barang sikit kat bandar, abah bawak twin 1 ke Stesen bas..tunjuk kat mana nak beli ticket and which bus yang ke S.Alam..untung laaa..ummi dulu since form 1 arwah tok wan hantar masa first day lps tu pandai2 la nak balik sampai P.Buntar tu...Masa kat UiTM my time known as ITM pun sama first day hantar tu pun naik bas takde naik kereta  aihhh...kenangan bas 222. Hantar twin 1 balik hostel maka bermula la hostel life for the first time at age 18 dan sebagai siswa UiTM. 

Pesanan ummi, abang jangan sia-siakan peluang yang Allah bagi ni. Belajar rajin2..niat kerana Allah, solat jangan tinggal. Ummi doakan abang berjaya dengan cemerlang. Kami sampai rumah dah malam. sebaik sampai aku jenguk letter box..aik ada surat sampul besar..Aku tengok untuk twin 2. Aku buka...Ya Allah doa aku dimakbulkan..Aku tunjuk kat twin 2 suke sangat dia..Ya twin 2 mendapat tawaran ke KOLEJ KOMUNITI NIBUNG TEBAL..kursus Sijil Kulinari...Nanti kita citer camane twin 2 masa register..lagi tragiss...haha