Pada 16/12/17 yang lepas keluarga kami mengadakan majlis perkahwinan adik lelaki ke 5 saya..Rafiq aka Apiq. Ni majlis perkahwinan yang pertama setelah abah kembali ke rahmatullah, kira handle by mak dan kami adik beradik la. Before this semua managed by abah kami bantu2 je.
Biasa la we planned sebaik sahaja Apiq bertunang macam2 mak nak buat dan asyik risau aje macam2..normal la kan. Yang jadi masalah Apiq bekerja di Sarawak so agak terbatas dlm persediaan. Majlis akad nikah dan majlis pihak perempuan pada 1/12/17.Alhamdulillah dengan sekali lafaz Apiq sudah bergelar suami kepada Mira. Masa ni semua hantaran mak serah bulat2 kat saya yang handle. Alhamdulillah kawan office ada yang tolong dan sangat creative..
Majlis sangat meriah di Johor dan Apiq kena beberapa tol sebelum sampai ke pelamin haha...Yang seronoknya sepupu emak yang dah lama tak jumpa tinggal di Johor turut serta dalam rombongan kami. Bagi saya majlis perkahwinan bukan saja menyatukan dua hati tapi menyatukan keluarga dekat dan jauh...ok nantikan entry majlis di kampung saya pulak ye...