Assalamualaikum w.m.t
Lama dah tak update citerkan.. Sepanjang Ramadhan sebok betul. balik cerita open house..ni ramai la kawan2 yang tanya shila bila nak buat open house. aku selalu kata my house always open datang bila2 pun but must give me a call first. bukan apa takut kang aku pulak pergi berjimba..
Tiap tahun cakap dengan hubby tak nak buat open house kita masak jer siapa datang rezeki la. Tapi tiap2 tahun terbuat jugak open house. As for todate aku tak buat open house besar lagi. Tapi Alhamdulillah beberapa rakan dan saudara telah berziarah ke rumah kami. Minggu lepas 2 keluarga rakan sekolah dan satu keluarga rakan pejabat dan satu keluarga kenalan suami telah datang berziarah raya. Aku rasa seronok kerana dapat melayan mereka di meja makan tiada buffet. dapat borak2 tanya hal keluarga dan macam cerita. sangat santai. Kalau open house selalu aku tak sempat borak dengan tetamu since sebok dan tetamu yang ramai untuk dilayan. Semalam aku sangat berbesar hati rakan sekolah menengah aku dulu yang aku panggil Sis dan suami telah sudi berkunjung datang. walaupun hidangan yang sempat aku jamu hanyalah mee sup (kebetulan masak sup for lunch) tapi aku seronok dapat bersembang dan suami dapat mengenali keluarga rakan2 aku. Hampir 13 tahun rasanya aku tak bertemu dia. tapi kalau takde open house tak semua saudara mara dan kenalan akan berziarah ke rumah.
Hari ni aku berkunjung dua open house. Satu berdekatan rumah dan petang ke Kampung Tunku PJ rumah Tn. Hj Malek rakan SEMESTI aku dulu. Mmg tuan rumah tak dapat layan duduk semeja tapi kami bekas rakan sekolah dapat menyambung silaturrahim dengan makan dan bersembang. Bila open house kita dapat berkumpul pulak ramai2 walaupun tanpa tuan rumah turut serta. I had great time bila jumpa2 kawan dan keluarga yang dikenali since I was 13 yo. Bayangkan macam2 cerita keluar. Besar pahala tuan rumah kerana menjamu dan merapatkan silaturrahim sesama kita. Hubby ajak balik awal dia kata kalau dibiarkan mau 10 malam baru balik ni..hihi.Gitu ler kalau Cik kiah berjumpa.
Pada aku konsep Open house n house always open dua2 ada advantagesnyer. Maka aku juga sedang mencari waktu dan tarikh yang sesuai untuk buat open house....
\