Monday, 21 October 2013

CERITA HARI RAYA AIDUL ADHA 2013 @ DESA ALAM

Assalamualaikum w.m.t

Tahun ni sekali lagi hari raya haji kami beraya di Shah alam. Memandangkan raya hari Selasa dan hari Rabu anak2 bersekolah maka kami ambil keputusan raya di sini jer. Lagipun twin tengah final exam dan hari Rabu ada paper BM. 

Pagi Raya aku sediakan ketupat nona tapi special ketupat beras nasi dagang.
Ni la ketupat nasi dagang
Semua suka ketupat ni. Aku buat kuah kacang dan beriani ayam jer. Aku masak simple aje sebab malam ada majlis lain....Pagi2 Hasif tak jumpa baju raya dia. Pakai jer la baju yang kaler lain drp kitaorg ni. Hilman pulak tak jumpa sampin. errrr..pagi2 kecoh..At last semua ke surau Al-Amin untuk sembahyang raya tanpa makan dulu kecuali Chak dan Babah je..Lepas solat raya baru makan dan semua tukar uniform tolong orang buat majlis korban pulak.


hasif sudah lari thema

Sebenarnya hari ni aku nak buat majlis birthday untuk Hasif dan Saqif. So dari pagi ler memasak. In between tukar baju raya balik sebab ada beberapa jemputan korban dan aqiqah . Penat tapi seronok. Mmg kalau nak mudah order jerkan tapi kalau boleh biar le tetamu tu merasa air tangan kita. Aku nak pilih menu pun pening sebab nak ler sesuaikan menu untuk budak2 sekali dah nama birthday party (tak lar party sebenornya). Maka aku buat spagetti, pulut kuning dan kari ayam serta puding roti caramel. Adik aku pulak datang bawak lontong..so meriah jugak la menu. Penampilan istemewa  karot kek dari Dellcakes. Meh kita tengok gambor2. Gambar tetamu tak sempat nak ambik. To Aziah.jordan sorry yer gambar kenkawan yg datang tak sempat. Kepada jiran2, kawan2 dan saudara mara terima kasih kerana sudi memeriahkan majlis. klu ada kekurangan pohon maaf yer.












 Yang girl ni anak buah aku birthday bulan oktober jugak

Happy Birthday to Hasif, Saqif and not forgotten to Kakak Farah Adriana. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah . Amin








Sunday, 13 October 2013

NASIB KITA TAK SERUPA

Assalamualaikum w.m.t

Entry hari ni pasal kehidupan pulak. Aku nak cerita ni bukan nak besar diri atau nak bangga kata aku baik tak..Jangan salah sangka ya.

The story goes like this cheewah..Pagi tadi kami suami isteri breakfast kat seksyen 2  gerai roti canai Mie. Sebelum smpi gerai tu aku pi ATM kat sebelah keluarkan duit sebab lps tu nak p pasor. Tiba nampak ada mak cik jual lempeng kelapa masak kat ctu. aku pun order satu. Pastu p gerai Mie order roti canai lagi sekeping dengan air suam. mr Hubby siap order 2 keping. Sebelah kami ada dua lelaki depa minum jer.

Roti canai dah habis baru lempeng smpi..alamak mkn separuh dah kenyang. tapi istilah membazir tak de dlm kamus aku maka aku pun makan pelan2. hubby lagi la dah tak larat. Tiba aku tengok salah sorang lelaki tu bangun cakap2 kat org gerai air sebelah. lps tu dengar la Mie dan org kat gerai air tu sembang..Rupanya dia bagi tau dia tak boleh bayar air..nanti dia bayar.  Rupanya both of them are sibling. Hubby ckp anak yatim, mak ayah dah tak ada. Diaorang tu ada masalah mental (senang cakap fikiran tak sesempurna kita ni).. Dia duduk Seksyen 16, hubby pernah kerja kat area sana so kenal la. Nak bagi kerja pun susah dulu pernah ada orang offer kerja tp tak lama diorg kuat berjalan. Bayang pepagi dah sampai ke Seksyen 2 dari 16 jalan kaki. Aku kata aku respect la pasal dia tak tipu or mencuri. Dia terus terang bagi tau dia tak de duit nak bayr..aku pandang mereka sian tp nampak diorg sangat attached each other borakk sambil minum2. Hubby kata mmg depa ni pi mana2 mesti berdua...

Masa nak bayar air aku tanya adik tu diorg tu dah bayar ke belum "ala kak derang tu dah biasa minum kat sini mmg tak pernah bayar pun"  tak lama aku tngk budak tu buat sign kat adik gerai tu suruh tulis..Aku pun suruh adik tu kira sekali air diaorg berdua tu. "tak pe kak klu dia tak bayar pun kami tak kesah derang tu bukan betul pun' sedih aku dengar..aku kata " tak pe hari ni saya byrkan untuk derang" tak pe kak..Aku kata tak pe la hari ni saya bayar tak banyak mana pun..minum je pun.

Aku masih pikir lg diaorg tu masa dlm kete. Tiba2 aku kesal ckp kat hubby apa la salah td kita belanja diorg roti canai kan..mana tau budak tu bermasalah..ish entah2 tak makan lg. Aku makan sampai sendat perut orang kat meja sebelah minum jer tu pun tak mampu nak bayar...Aduhh apa la aku ni kan..Dalam hati aku berdoa Ya Allah lindungi la pemuda dua beradik ni. klu tengok derang ni normal jer. Itu la nasib kita ni tak serupa maka bersyukur apa yang telah Allah berikan pada kita dan jangan bongkak dengan apa yang kita ada dan miliki.(ingatan untuk diri sendiri).

Semoga pemuda yang aku jumpa pagi tadi akan selalu dilindungi Allah dan dikasihi oleh kita semua. jangan la ada insan yang menganiaya mereka Amin