Monday, 21 October 2013

CERITA HARI RAYA AIDUL ADHA 2013 @ DESA ALAM

Assalamualaikum w.m.t

Tahun ni sekali lagi hari raya haji kami beraya di Shah alam. Memandangkan raya hari Selasa dan hari Rabu anak2 bersekolah maka kami ambil keputusan raya di sini jer. Lagipun twin tengah final exam dan hari Rabu ada paper BM. 

Pagi Raya aku sediakan ketupat nona tapi special ketupat beras nasi dagang.
Ni la ketupat nasi dagang
Semua suka ketupat ni. Aku buat kuah kacang dan beriani ayam jer. Aku masak simple aje sebab malam ada majlis lain....Pagi2 Hasif tak jumpa baju raya dia. Pakai jer la baju yang kaler lain drp kitaorg ni. Hilman pulak tak jumpa sampin. errrr..pagi2 kecoh..At last semua ke surau Al-Amin untuk sembahyang raya tanpa makan dulu kecuali Chak dan Babah je..Lepas solat raya baru makan dan semua tukar uniform tolong orang buat majlis korban pulak.


hasif sudah lari thema

Sebenarnya hari ni aku nak buat majlis birthday untuk Hasif dan Saqif. So dari pagi ler memasak. In between tukar baju raya balik sebab ada beberapa jemputan korban dan aqiqah . Penat tapi seronok. Mmg kalau nak mudah order jerkan tapi kalau boleh biar le tetamu tu merasa air tangan kita. Aku nak pilih menu pun pening sebab nak ler sesuaikan menu untuk budak2 sekali dah nama birthday party (tak lar party sebenornya). Maka aku buat spagetti, pulut kuning dan kari ayam serta puding roti caramel. Adik aku pulak datang bawak lontong..so meriah jugak la menu. Penampilan istemewa  karot kek dari Dellcakes. Meh kita tengok gambor2. Gambar tetamu tak sempat nak ambik. To Aziah.jordan sorry yer gambar kenkawan yg datang tak sempat. Kepada jiran2, kawan2 dan saudara mara terima kasih kerana sudi memeriahkan majlis. klu ada kekurangan pohon maaf yer.












 Yang girl ni anak buah aku birthday bulan oktober jugak

Happy Birthday to Hasif, Saqif and not forgotten to Kakak Farah Adriana. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah . Amin








No comments:

Post a Comment