Monday, 29 September 2014

ROSNANI MUIN 1973-2014 - PART 1

Assalamualaikum w.m.t

Ya agak lama aku tidak update blog kehidupan aku ini. sebenarnya aku teruja nak cerita pasal dinner ASTI (Alumni Sekolah Menengah Sains Teluk Intan) yang kami tunggu -tunggu setip tahun. Pasti malam yang menggembirakan bagi kami apabila dapat bertemu dengan rakan-rakan lama dan bekas guru-guru kami di peringkat menengah. Ya 5 tahun kami tinggal bersama di asrama pasti dah macam adik beradik. Malangnya aku asyik bertangguh untuk update berkaitan dinner ni.

Masa dinner junior-junior bath SPM 90 semua bertanya , kak shila macamana keadaan Nani..Ya aku sangat beruntung sebenarnya adik aku Rosnani yang lebih dikenali dengan Nani bersekolah sama. Dalam kami 6 beradik hanya aku dan dia yang bersekolah sama sekolah. adik2 yang lain ke sekolah berasrama yang lain. Hubungan aku dan dia amat rapat. Aku form 3 dia mendaftar masuk form 1. Nani seorang yang agak pendiam compared dengan aku tetapi tetap meriah kalau dengan kawan2nya. Ada masa aku bergaduh juga dengan dia.

Apa yang aku ingat dia sangat manja, kalau balik ke SEMESTI semua dia nak bawa biskut, gula, susu dan mcm2 makanan nak bawa bekal. Aku selalu marah, hang ni garam kunyit tak nak bawak ke. Dia diam aje...aku marah sebab dia kalau dah sampai main gate SEMESTI aku yang akan heret beg dia sampai aspuri...marah la kan dah la angkut barang banyak.

Kemudian dia melanjutkan pengajian ke UTM jalan semarak. Aku di ITM. Dia selalu datang ke kolej aku masa tu. Dia suka buat part time kerja kat restoran selalu dia bawak makanan kat aku masa kat ITM. Lkemudian dia berpindah ke UTM Skudai. Jarang kami berjumpa, cuti tak sama. Aku la orang pertama dia bagi tau ada senior suka kat dia. Dia mintak pendapat aku, masa tu main tulis surat je mana ada handphone ni. Dia memang rajin tulis surat kat aku. Aku je kadang malas nak balas.

Pada tahun 1994, aku dah habis peringkat diploma, memang bercadang nak melanjutkan pelajaran keperingkat lebih tinggi. Aku tak tau masa tu adikku Nani, mengalami kemurungan akibat tekanan (itu yang doktor bagi tau). Aku bagitau kat mak, aku dah ambik borang nak apply sambung belajar, tetapi mak aku macam berat hati baru la dia bagi tau Nani bermasalah dan kalau boleh aku kerja dulu. Aku ingat mak aku kata kalau ada rezeki hang nak sambung belajar mak doa cepat atau lambat hang mesti dapat ijazah nanti. Aku akur memikirkan adik2 semua belajar. Aku pasti mak dan abah susah hati sebab nani sakit. Aku dengan abah berusaha berubat secara moden dan tradisional dan Alhamdulillah dia berjaya juga menamatkan pengajian di UTM walaupun pelbagai rintangan yang dia hadapi.



No comments:

Post a Comment