Assalamualaikum w.m.t
Kadang ada makanan yang kita rasa tak sedap atau tak selera nak makan kan, tapi sayang kalau nak buang. Itu semua rezeki daripada Allah. aku pernah cakap kat anak-anak habiskan makanan dalam pinggan contoh nasi nanti nasi nangis. Tapi anak sekarang boleh dia jawab wujud ke nasi nangis????. salah pendekatan Ummi nih hihi. Anak-anak sekarang lebih matang so kita berterus terang the fact of pembaziran Allah tak suka konsep syukur dan ada orang yang lebih memerlukan makanan. Haaa camtu untuk anak-anak sekarang tak boleh buat script purba dah nasi nangis bagai.
Back tu citer puding value food no waste aku nih. Aku ada sorang kawan memang baik dengan aku, kakitangan SW Corp..Agensi yang bertanggungjawab tentang pelupusan sisa pepejal nih dia la yang selalu ingatkan kami tentang value food no waste ni. So tag line ni aku apply kepada anak2 di rumah ..and it's work. So nasi nangis tak boleh pakai.
Masa adik aku buat open house raya ritu ada le kawan2 dia bawak buah tangan ada kek. dah banyak sangat dia bagi aku bawak balik. Tapi kek tu tak termakan-makan maklum la musim raya banyak makanan. Takut rosak or berkulat aku pun dengan creativity yang tak seberapa ni transform jadikan puding. Taraaaaa....
Puding Kek Value Food No Waste |
Meh aku share resepi.
Bahan-bahan
1. 1 plastik agar2(cap burung layang2 tu dlm 20/25 g.)
2. 5 mug air (mug standard)
3. 1 mug gula ( atau 3/4 gula)
4. 1 tin susu cair (evaporated milk bukan evaporated creamer yer)
5. 1 sudu teh tepung kustard ( bancuh dengan 3 sudu makan air sejuk)
6. Kek dipotong dadu.
Cara-cara
1. Basuh agar2 dan masak dengan air
2. Apabila agar-agar dah larut masukkan gula
3. Apabila gula telah larut sepenuh nya masukkan susu cair dan kacau sentiasa.
4. Setelah mendidih dalam 2 minit masukkan bancuhan tepung custard, kacau,tutup api dan masukkan kiub-kiub kek
5. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan.
Tips:
1. Jangan masukkan gula terlalu awal kerana akan meruap dan agar-agar tidak hancur sepenuhnya.
2. Kek boleh digantikan dengan bahan-bahan lain seperti biskut atau buah-buahan untuk elakkan pembaziran.
Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment