Thursday 13 August 2015

SAINA UNIVERSITI KEHIDUPAN HASIF

Assalamualaikum w.m.t

Kalau Hasif cuti macam-macam la dia cerita, salah satu cerita pasal boot dia. Dia kata baru ni kawan Hasif cerita pasal life dia ummi Hasif sedih nak nangis Hasif dengar. Dia punya boot lagi mahal pada Hasif bila Hasif tanya cantik do boot ko. Dia citer dua tahun dia kumpul duit termasuk duit raya tuk beli boot tu...terkejut Hasif. Mak dia kerja kampung kalau tak salah potong pokok getah..Dalam hati aku berkata salah satu objektif aku hantar dia ke boarding school is  on the right tract. Lepas tu boot lama dia, dia wakafkan sapa nak guna pakai la...hihi agak nya sebelum ni dia nak let go murah2 kut kat kawan2. Baru dia jumpa in person kawan sebaya dia memang dari golongan tak berkemampuan. Kalau sebelum ni aku citer aku kumpul duit pegi sawah nak beli kasut sukan ke jam tangan masa aku sekolah dulu dia boleh tanya plak, dulu Tukwan miskin ke. Dia ingat aku buat cerita je.

Kalau sebelum ni terutama masa dia sekolah rendah dia hanya bergaul dan berkawan dengan kawan-kawan yang taraf hidup lebih kurang je infact ada yang memang dari anak2 yang berkemampuan. dia tak akan jumpa kawan-kawan yang bantu ibu bapa di sawah ke di kebun waktu lepas sekolah atau cuti sekolah. Dia selalu dapat servinour dari kawan-kawan bila cuti kat overseas atau yang selalu air zam-zam sebab masa cuti sekolah parents bawak pergi umrah. Pernah Hasif cakap best ummi kawan Hasif cuti je pegi overseas Hasif naik aeroplane pun tak pernah. Aku kata Hasif belajar pandai-pandai dapat good result nanti naik la aeroplane pergi sendiri dengan usaha sendiri...agaknye masin mulut ummi ni..dapat gak dia ulang alik ke sekolah naik flight walaupun dalam Malaysia bukan ke luar negara. Haaa kan dah dapat naik aeroplane walaupun ke Alor Setar je pun. Bila di SAINA baru dia tahu ada lagi kawan-kawan yang tidak bernasib baik tapi mereka tetap cemerlang dan berjaya ke boarding school. Ada yang tak perlu tuition tapi tetap cemerlang. Mungkin juga ada yang memang dari anak-anak yang berkemampuan tapi dapat menjalani kehidupan sama dengan kawan-kawan lain. Di sini Hasif perlu belajar bersyukur, redha dan ada sifat sympathy  juga humble pada yang kurang daripada kita dan bersyukur jika ada orang yang lebih daripada kita. Itu yang ummi maksudkan SAINA adalah universiti kehidupan Hasif di peringkat remaja. Hasif takkan dapat seperti di dalam kelas pengalaman macam ni.

Masa raya baru ni kat rumah opah
 Baru ni dapat result Hasif. Memang ummi sangat tak puas hati. First test dulu memang Hasif baru pindah sekolah. Ummi risau takut Hasif tak selesa tinggal di asrama, kena belajar sendiri tak ada tuition. Klu di sini Hasif dalam zon selesa tuition dengan abang khalid. sekarang masa cuti je dapat belajar dengan abang khalid. Ummi faham sama je sekolah lama pun ok tak de beza bukan sekolah yang menentukan kejayaan..kalau kat sevens Hasif dalam zon selesa dapat jadi pengawas, dapat kelas terbaik..semua guru hasif ummi kenal, klu krs, Hasif semua orang kenal sebagai adik kembar. So bila di SAINA Hasif perlu berusaha dan berdikari sendiri takde kredit dari sesapa. Believe me Hasif membina kekuatan diri sendiri..Ummi telah hubungi Cikgu Halimaton Rokiah bertanya mungkin Hasif ada masalah tak suka duduk asrama ke tapi tak bagi tau. Cikgu kata jangan risau dia riang ria je di sini.haha itu mmg my Hasif so persoalan stress tak la kut. Nampaknya sejarah berulang, ummi dulu Arwah Tokwan akan check homework bila datang SEMESTI (mujur jarang datang haha). so hasif mungkin mengalami masalah sama terlebih riang ria sebab takde siapa nak monitor. Cikgu Halimaton, very nice teacher dia kata InsyaAllah akan pantau dia punya homework...tapi puan dengan anak-anak ni sifat keanakan Hasif ni masih ada tak boleh tekan sangat takut tekanan pulak nanti. (see jiwa seorang pendidik...patut la aku ni tak boleh jadi cikgu)

Minggu lepas Hasif bagi tau balik dari masjid berkaki ayam sebab seliper hilang...abah dia kata biasa la tu duk asrama. Tapi ummi bagi tau hasif perkara biasa yang salah bukan boleh dihalalkan. saya memang pesan kalau barang Hasif Hilang jangan simply ambik orang lain punya pulak. kalau ada rezeki jumpa kalau tak beli lain..anggap kifarah. After 2 days jumpa seliper tu kat surau. Saya kata kalau Hasif ambik pulak orang lain punya satu sekolah hilang seliper nanti. SAINA bakal melahirkan pemimpin masa depan...kesannya akan dilihat selepas 20-30 tahun dari sekarang. Kalau dari anak-anak dah ada sifat lepas tekak sendiri macamana komuniti akan datang. Tak pe Hasif kaki ayam pun bukan jalan kaki naik bas sekolah kan. alih2 hari Sabtu baru ni hilang sampin pulak. Adehhh mungkin tertukar dengan kawan atau memang ada yang hilang sampin rembat je la..Saya pesan dengan Hasif kena pandai dan bertanggungjawab jaga barang sendiri. Kena tau tanggunjawab pada barang yang hak kita. Ummi dulu duduk asrama memang barang jaga tak pernah hilang. Cadar  boleh guna dari form 1 sampai habis belajar kat UiTM. Jaga barang2 sebab tokwan takkan ganti yang baru. kena simpan duit belanja kalau nak beli barang baru yang hilang.

Of all berdoa sentiasa dilindungi..Ini la yang ummi katakan Universiti kehidupan. Kadang sedih juga mengenangkan baru umur 13 dah jauh tapi ummi ada misi untuk Hasif.

Universiti kehidupan Hasif



2 comments:

  1. Assalamualaikum
    Walaupun jauh tinggal di asrama, tapi ia akan mengajar erti berdikari buat bekalan Hasif pada masa hadapan. Puan jangan risau, insha Allah tenaga pengajar di SAINA beri komitmen sepenuhnya dalam usaha melahirkan anak didik yang cemerlang, gemilang dan terbilang ;)
    Saya doakan, Hasif berjaya di dunia dan akhirat aamiin..
    Saya ex-saina 98/02

    ReplyDelete
  2. Terima kasih semoga usaha warga SAINA di berkati Dan melahirkan bakal pemimpin yang berintegriti

    ReplyDelete