Thursday, 22 October 2015

TWIN 2 TUNJUK BAKAT

Assalamualaikum w.m.t

Hari ni nak citer pasal anak ummi yang di Penang plak...Hat ni yang ambik Sijil Kulinari di Kolej Komuniti Nibung Tebal. Dari sekolah lagi memang nak ambik kulinari. Dia the first boy ambik subject ERT kat SMK S7 tu. First sem ni dia belajar western food. Nampaknya atok dah rasa cucu masak, ummi belum lagi. Ni dia cuti janji nak masak kat rumah tapi tunggu twin 1 cuti pulak katanya. Last 2 days Twin 1 dah balik so weekend ni nampaknya berwestern le kita. Tapi bila dia sebut bahan2 nak beli mak aihhh tak reti plak ummi nak beli. Last2 dia cakap nanti adik shopping dengan ummi je la...huhuhu lari budget  nihh. Meh kita tengok apa yang dia dah belajar.

 Ini chicken chop yang dia buat. Jenuh la Twin 1 dan babah complained kate sauce tak boleh letak atas nanti bread crumb tu kembang...Dia kata ok nanti klu masa final exam kena buat ni adik bubuh sauce asing



Yang ni ape ke namenye ummi pun tak ingat. Ayam ni ada dia bawak balik kat atok dia...uih atok kata sedap Hilman masak. lain kali mai masak kat rumah atok.



Yang ni Salmon Grill with lemon sauce...Ini practical masa final exam dia dapat main ingrediant was salmon. Dia cakap lacturer suka salmon adik buat siap bungkus tapaw lagi. Hihi..katanya lacturer kata masak elok dan sauce pun sedap...Alhamdulillah.

Nampaknya dia happy dengan apa yang dia buat. memang minat dia. Ummi dgn babah sokong je apa minat anak2..Ummi doakan adik akan berjaya dengan cita-cita nak jadi chef seterusnya nak buka perniagaan sendiri. InsyaAllah ummi doakan. Minggu depan dah nak balik Kolej dah huhu...This coming Semester rasa makanan melayu kalau tak salah...Kita tungguuuu...

ICE CREAM , TIRAMITSU KAK AN

Assalamualaikum w.m.t

Haha bestkan tajuk entry hari ni. Kak An ni jiran aku di Desa Alam ni. Tadi tengok dalam WA group dia bagi la resepi yang dia kata senang kalau tetamu bertandang ke rumah ni la resepi yang dia buat.  Aku pun belum cuba these resepi tapi dah la ada rasa masa dia buat jamuan di rumah dia dan dia bawak masa majlis bacaan Yassin kat rumah aku dulu.  sedap...

ICE CREAM

Bahan-bahan
1. Satu tin susu cair
2. Satu sudu besar ovelate
3. 1 biji telur
4. 1 sudu teh asen vanila
5. Perasa yang disukai

Cara-cara
1. Pukul sampai kembang sangat-sangat
2. Masukkan dalam freezer

Taraaaa dah siap...
Tq kak An nanti suruh Twin yang cuba haha... ummi nak rasa je

ok next

TIRAMISU VERSI K.AN

Bahan-bahan
1.250g. creame cheese
2. 1/2 cawan gula + whipping creame

Semua mix sampai kembang

Cara-cara
Potong-potong biskut cream cracker dan lapis2 je cream dan serbuk koko.
Klu nak celup dalam air nescafe biskut tu pun ok jugak tp k.an buat tak payah celup pun
Sejukkan sedia dipotong..

yummy

Wednesday, 21 October 2015

KGV 10th Rugby Tournament @ SEREMBAN

Assalamualaikum w.m t

Haa hari tu ada cakap kan nak upload gambar2 Hasif masa main rugby kat Seremban untuk kenangan dia. Here we go....

Amanat dari Abang Murshid

Nampak muka nebers haha

Dengar tak Hasif  apa abang pesan.

Debaran semakin tersa put on their spikes

Sempat call sapa tu hihi

Ready Boys...

Steady  SAINA

Susun Strategy

Anak-anak in action

Tudia anak Ummi


Good try this is their first tournament.. Achieved Semi final bowl is good start for our boys...

Friday, 2 October 2015

AKTIVITI ANAK-ANAK HUJUNG MINGGU

Assalamualaikum w.m.t

Ni cerita lama sebenarnya tapi hujung minggu ni istimewa sebab semua ahli keluarga saifol & Co. ada activity masing2. Dah lama Hasif bagi tau dia akan main rugby ke Seremban. Mula kata di SDAR. Ummi semangat dah ni peluang keemasan nak jumpa Hasif.Sekali dia kata bukan SDAR tp KGV. Sklh apa ni..tanya dia kata dia pun tak tau.Ummi pun tanya Mr. Google baru la tau what is KGV.

Twin 1 plak call bagi tau, dia ada family camp. camp ni macam camp suai kenal dengan senior gitu. Biasa la mak2 ni kan pesan mcm2 jgn minum air sebarang takut kencing tikus. Jaga diri dalam hutan macam2 la...sekali dia kata hutan belakang UiTM Jengka ni je...hihi....

Si Twin 2 pulak pun ada gak aktiviti, "ummi adik hujung minggu ni terlibat dengan program IM4U" katanya dalam WA. Adik buat apa...gotong royong kat Kolej Komuniti Kepala Batas. Sebok bebenar anak-anak ummi. Chakk???

Chak macam ummi, excited nak jumpa hasif. This is first activity yang ummi dapat join semenjak dia pindah ke SAINA. Terasa sangat sebab klu abang-abang punya aktivities ummi sure akan ada sama. Tapi hasif agak susah ummi nak join..so peluang keemasan ni ummi tak kan lepaskan. Mula dia kata 13/9/15 hari ahad, babah kata tak boleh dia ada reunion. Ummi tak kira nak pegi jugak ummi ajak Mursyid kawan kembar temankan Ummi...tetiba dia kata tukar game start Sabtu yahoooo... Semangat ummi.



Alhamdulillah dapat jumpa dengan ibu bapa kawan2 Hasif. Mostly semua dari selangor yang turun..Ayu ibu si Hazeem, Ibu Nadzir dan keluarga Haikal. Bawak kawan baik dia Jep keluar makan2. Keluarga Jep ni orang Mergong selalu bawak Hasif keluar kalau derang ke SAINA. Nanti kita cerita detail pasal KGV Rugby Tournament ni yer...

Ni Twin 1 pulak hantar gambar camp dia..makaiiii....!!!!

Mana satu anak ummi pun ummi tak kenal dah
Asal ni abang G..dia kata haha best sejuk jer...adoiiii. Bila tnya twin 2 mana gambor ummi nak tengok..dia kata ummi hp adik tak boleh bukak n ambik gambar. Alamak asal...rosak la adik rasa. huhu ummi tak tanya dah kang lari budget ummi haha.....