Thursday, 22 October 2015

TWIN 2 TUNJUK BAKAT

Assalamualaikum w.m.t

Hari ni nak citer pasal anak ummi yang di Penang plak...Hat ni yang ambik Sijil Kulinari di Kolej Komuniti Nibung Tebal. Dari sekolah lagi memang nak ambik kulinari. Dia the first boy ambik subject ERT kat SMK S7 tu. First sem ni dia belajar western food. Nampaknya atok dah rasa cucu masak, ummi belum lagi. Ni dia cuti janji nak masak kat rumah tapi tunggu twin 1 cuti pulak katanya. Last 2 days Twin 1 dah balik so weekend ni nampaknya berwestern le kita. Tapi bila dia sebut bahan2 nak beli mak aihhh tak reti plak ummi nak beli. Last2 dia cakap nanti adik shopping dengan ummi je la...huhuhu lari budget  nihh. Meh kita tengok apa yang dia dah belajar.

 Ini chicken chop yang dia buat. Jenuh la Twin 1 dan babah complained kate sauce tak boleh letak atas nanti bread crumb tu kembang...Dia kata ok nanti klu masa final exam kena buat ni adik bubuh sauce asing



Yang ni ape ke namenye ummi pun tak ingat. Ayam ni ada dia bawak balik kat atok dia...uih atok kata sedap Hilman masak. lain kali mai masak kat rumah atok.



Yang ni Salmon Grill with lemon sauce...Ini practical masa final exam dia dapat main ingrediant was salmon. Dia cakap lacturer suka salmon adik buat siap bungkus tapaw lagi. Hihi..katanya lacturer kata masak elok dan sauce pun sedap...Alhamdulillah.

Nampaknya dia happy dengan apa yang dia buat. memang minat dia. Ummi dgn babah sokong je apa minat anak2..Ummi doakan adik akan berjaya dengan cita-cita nak jadi chef seterusnya nak buka perniagaan sendiri. InsyaAllah ummi doakan. Minggu depan dah nak balik Kolej dah huhu...This coming Semester rasa makanan melayu kalau tak salah...Kita tungguuuu...

No comments:

Post a Comment