Monday 9 November 2015

FISH AND CHIP, CHICKEN GRILL HILMAN

Assalamualaikum w.m.t

Baru ni Twin 2 cuti sem. Nak la kan rasa yang dia kata masakan dia lacturer suka tu. So bila Twin 1 pun cuti baru dia nak masak. Tunggu abang G katanya..how lovely my twin ni.

So Ummi pun bawak la 3 anak terunas (termasuk Chak hihi) ke Tesco nak beli barang2 dia. Mak aihhh maheiii komer tapi tak pe la..patut western food maheiii. serius memang sedap pada tekak ummi dia ni lemon sauce yang dia buat. Aku dah lama cari resepi sauce yang macam kat Manhattan Fish Market tu. Tapi nak tanya pak chik Gugel pun tak tau nama sauce dia..hihi..aku belajar food science tak belajar kulinary art ini le ghopernye kata orang Perak...

Chicken grill dia moist dan juicy, black pepper sauce dia pun sedap mmg dapat 5/5 stars la adik. Si abang sibuk la nak menolong tiba dengar dia bertekak, " abang G bukan macam tu la potong bawang tu nanti rasa dia kuat sangat"..." Alah Dik putus jugak kan bawang tu.." Hishh tergelak gelak kat dapur bila si adik nak sekeh abang..Dalam hati aku ni le membezakan budak seni dengan budak sains..huh. Ni gambar yang dia dah siap plating...abah dah tak sabar nak makan.."Dik tak payah plating2 le babah dah lapor ni"..adik kata nanti tak nampak sedap hihi. Ini pun membezakan orang seni dengan orang engine lagi ganas.

Fish and Chip with lemon and paprika sauce

Chicken Grill with black pepper sauce

Tepung Magic.

 Ni Resepi yang sempat aku tanya kat twin 2 sebab aku memang tak involved masa dia kat dapur berdua tu.

Fish n Chip

1. Ikan Dory (Fillet)
2. Perap dengan garam, black pepper  dan tepung ( Dia guna tepung magic hari tu)
3. Goreng deep fry

Lemon Sauce ((Tartar Sauce)
1.Corslow.
2.Bawang Holland (potong dadu halus)
3.Lemon juice (ini agak ikut kemasaman yang dikehendaki)
4. Grated kulit lemon
5. Sedikit Garam

Gaulkan semua bahan2 di atas, rasa and balance masam dan masin sauce ini..
Untuk paprika sauce hanya campurkan paprika powder dan gaul sebati dengan tartar sauce...

Chicken Grill yang saya tengok dia perap dengan5 spices, rosemarry, black pepper dan garam je..bahan lain saya tak sure apa yang dia letak ...

Tips
1. Bawang perlu di racik halus jika tidak akan mempengaruhi rasa sauce
2. Juice masukkan sedikit demi sedikit agar dapat intended rasa
3. Jika guna tepung yang berperisa kurangkan garam kerana biasanya tepung dah mengandungi garam.
3. Jika guna ikan Dory digalakkan bakar, twin 2 cadang kan grill atas pan sahaja sebab kalau oven salah suhu atau terlalu lama ia akan kering atau hancur, untuk chicken dia akan kurang juicy si dia galakkan balut dlm aluminium foil lps dah masak then baru open the foil untuk garingkan bahagian luar.


Friday 6 November 2015

HASIF'S 13th BIRTHDAY

Assalamualaikum w.m.t

Ni citer tertangguh masa  school holiday bulan september baru ni. Kebetulan 20/9/2015 adalah birthday hasif yang ke 13. Betul2 kesuntukan masa sebab dia balik 17 hb. Raya haji hari Khamis 24/9/2015 dan dia kena balik ke SAINA 26/09/2015. Ummi cadang buat birthday kat kampung je...dia nak buat kat S.Alam dengan kawan-kawan dia. Sian pulak bila birthday abang buat semua kawan2 abang ada siap BBQ lagi. Dia mana ada ramai kawan sebab kawan sekolah mostly kat utara.

So buat la 20hb tu jugak walaupun ummi terlibat dengan program Jom Belajar di sekolah lama dia sampai tengahari. Sabtu 19hb kami ke Setiawan sepupu kawin. Ahad tu buat juga la  dengan kawan2 dia yang rapat je jemput keluarga Atie dan Izza. Pak Ndak dgn Pak Ngah Zali tak dapat datang. Just tempah kek dengan Fadzil /http://dill-cakes.blogspot.my/. Cantik kek dari uncle Fadzil. Bihun goreng aku tempah je dengan kawan ...tapi semua gembira. Tak de beli hadiah pun cuma ummi ambik cuti hari rabu tu bawak dia denga best friend dia Hilmy dan Nabil tengok wayang citer Police Evo. Seronok sangat dapat keluar dengan Hilmy siap main bowling dulu...
Cantikkan kek dari Dill Cakes

Ni je la kawan dia

Janji Hasif happy 



Shabiq & Shadiq jangan jeles kata Jirah

Police Evo di setia City mall

Bersantai sambil urut belakang

Dah 13 tahun umur si Buntat Ummi nih, Ummi dan Babah doakan semoga Hasif menjadi anak yang soleh, anak yang taat perintah agama yang tidak meninggalkan solat 5 waktu, tahu menjaga tingkah laku, tidak lalai dalam pelajaran dan diberkati sentiasa dunia dan akhirat.