Friday, 6 November 2015

HASIF'S 13th BIRTHDAY

Assalamualaikum w.m.t

Ni citer tertangguh masa  school holiday bulan september baru ni. Kebetulan 20/9/2015 adalah birthday hasif yang ke 13. Betul2 kesuntukan masa sebab dia balik 17 hb. Raya haji hari Khamis 24/9/2015 dan dia kena balik ke SAINA 26/09/2015. Ummi cadang buat birthday kat kampung je...dia nak buat kat S.Alam dengan kawan-kawan dia. Sian pulak bila birthday abang buat semua kawan2 abang ada siap BBQ lagi. Dia mana ada ramai kawan sebab kawan sekolah mostly kat utara.

So buat la 20hb tu jugak walaupun ummi terlibat dengan program Jom Belajar di sekolah lama dia sampai tengahari. Sabtu 19hb kami ke Setiawan sepupu kawin. Ahad tu buat juga la  dengan kawan2 dia yang rapat je jemput keluarga Atie dan Izza. Pak Ndak dgn Pak Ngah Zali tak dapat datang. Just tempah kek dengan Fadzil /http://dill-cakes.blogspot.my/. Cantik kek dari uncle Fadzil. Bihun goreng aku tempah je dengan kawan ...tapi semua gembira. Tak de beli hadiah pun cuma ummi ambik cuti hari rabu tu bawak dia denga best friend dia Hilmy dan Nabil tengok wayang citer Police Evo. Seronok sangat dapat keluar dengan Hilmy siap main bowling dulu...
Cantikkan kek dari Dill Cakes

Ni je la kawan dia

Janji Hasif happy 



Shabiq & Shadiq jangan jeles kata Jirah

Police Evo di setia City mall

Bersantai sambil urut belakang

Dah 13 tahun umur si Buntat Ummi nih, Ummi dan Babah doakan semoga Hasif menjadi anak yang soleh, anak yang taat perintah agama yang tidak meninggalkan solat 5 waktu, tahu menjaga tingkah laku, tidak lalai dalam pelajaran dan diberkati sentiasa dunia dan akhirat.




No comments:

Post a Comment