Tuesday, 17 July 2012

Isteri, Ibu dan kerjaya

Assalamualaikum,
Tajuk ni biasakan kita dengar tapi itulah realiti sebenar kehidupan seorang wanita.

sekarang ni aku rasa macam tak cukup masa 24 hours. Bukan apa ada rutin yang selalu kita buat dah tak dapat kita lakukan tapi aku berpegang kita yang atur aktiviti. Tanggungjawab kita kepada yang Esa tak boleh di abaikan semata-mata kerana kita sebok dengan duniawikan. Jgn kata tak dak masa nak baca Al-Quran sebab dah balik rumah sebok dgn memasak, mengemas dan melayan anak-anak. Kita perlu bijak mencuri masa untuk diri sendiri tapi mungkin kita perlu mengorbankan waktu senggang kita.

Mesti korang tanya asal aku tetiba emo nikan. Sebenarnya Incik Hubby la ni busy teramat kadang balik pun lambat. Tapi aku kena berlapang dada hubby cari rezeki. Kadang aku terpaksa jumpa dia kat site selepas kerja tapi pada masa sama rasa bersalah plak lambat balik jumpa anak-anak. Alhamdulillah anak-anak tau tanggungjawab event Hasif tu pun tau klu dah pukul 6.00ptg twin tak balik lagi dia akan ambik Chak kat nursery. Sian Chak kadang klu phone bunyi dia sebok cakap babah phone. Tapi klu babah balik malam pandai plak merajuk konon tak nak kawan babah. Dah berapa malam aku tidor kat bawah tunggu hubby balik.

Twin plak last 2 weeks sebok pertandingan kawad at states meet untuk mewakili pengakap (actually they are in KRS team). SMKS 7 plak akan mengadakan Karnival untuk mengutip dana sekolah. As AJK PIBG aku kadang meeting  malam. Balik kerja jenguk jap anak-anak pi meeting. Babah pulak dengan anak-anak. Habis meeting terpaksa curi masa supper dengan hubby berdua kat luar.

Balik aku bukan boleh terus tido. kemas rumah lepas tu chek homework and latihan anak-anak pulak.Hubby kalau ada kat rumah dah siapkan beg nursery chak and iron uniform anak-anak untuk besok. That is why I'm looking forward hari Jumaat seterusnya Weekend. Yahoooo

Sabtu n Ahad adalah hari aku memenuhi permintaan anak-anak. Hubby pulak masa ni la dia akan all out siapkan kerja sebab takde gangguan untuk hantar and ambik anak dari sekolah. Name it nak makan apa Ummi masak. Masa ni juga Ummi akan buat revision dgn anak-anak. Tapi aku bersyukur dengan kehidupan ini...

No comments:

Post a Comment