Saya dah start cuti 8hb. Sept. 2012. First paper was on Tuesday 9hb. Petang tu mcm biasa twin tetap pegi padang main bola. Pagi tu nak ikut Hasif pegi training bola yang tu mmg saya tak bagi. Bukan apa saya tak nak apa-apa perkara yang tidak diingini menjelang hari peperiksaan. Setakat main biasa tak pe la. Tu la untung anak lelaki ni dia cool jer. Malam sebelum tidur diorang baca Yassin dan bersama-sama Sholat hajat. Seminggu sblm tu ada cakap kat babah dia Ya Allah seminggu lagi twin nak PMR ni..Dgn cool jugak babah dia cakap habis nak buat macamana takkan nak mintak Kementerian ubah tarikh kut, ermmmpp
Pagi tu diorang sarapan dengan roti dan minum air Yassin yang telah dibekalkan oleh pihak sekolah masa sholat hajat perdana. Sampai depan pagar saya pesan kalau gementar baca ` Rabbis Rahli.......' Boleh twin 1 cakap, kami ok jer Ummi tu yang nampak gabra..Pulakkkk??? Pihak sekolah menganjurkan bacaan Yassin , sholat Duha dan hajat setiap pagi pada pukul 7.45 setiap hari sepanjang anak2 menghadapi peperiksaan. Saya amat menyokong usaha dan ikhtiar yang dilakukan pihak sekolah agar anak2 dipermudahkan semasa menghadapi ujian ini. Sekolah anak saudara saya adik2 junior yang membaca Yassin sepanjang senior menghadapi exam. Saya rasa sekolah lain juga ada pelbagai cara bersama2 untuk mendoakan anak2 ini. Itu saya rasa satu perkembangan yang amat bagus. Tepat 8.10 am anak mula menjawap peperiksaan dan ibu bapa juga selesai bersolat hajat. Kebanyakan ibu2 meneruskan bacaan Yassin dan ada yang membaca Al-Quran.
Anak2 mengaminkan doa yang dibaca setelah taklimat sebelum melangkah ke dewan |
Twin 1 melangkah dengan senyuman diiringi doa oleh seorang ibu |
Twin 2, selamat berjaya adik, Ummi berdoa setiap langkah adik sehingga adik tidak kelihatan masuk ke dewan |
Aku lihat guru2 sevens ni mmg komited dalam memastikan seselesaan anak2. Pada mula ketua pengawas peperiksaan tidak membenarkan anak2 membawa air masuk. Terima kasih cikgu NurAzita (klu tak salah saya) telah berbincang dan anak2 disediakan air Yassin dan dibawa ke dalam dewan.
Ibu bapa yang dapat bersama-sama setiap pagi di musolla sekolah (ni hari kedua- masa hari pertama mmg penuh) |
Seorang bapa yang tidak henti-henti membaca surah Yassin sehingga selesai anak menjawab kertas |
Setiap kali anak memasuki dewan aku perhatikan dan yakin bapa ni bersembahyang sunat. Aku dapat tahu bapa ini akan mengambil cuti setiap kali anak2 menghadapi peperiksaan. Aku kagum dengan komitmen bapa ini.
Salah sorang ibu yang aku temui mengajar aku erti redha dan bertawakal. Aku tanya anak kelas mana. Ohh dia kata anak saya kelas biasa jer kelas pelajar sederhana. Tapi shila saya tetap datang bagi semangat kat anak saya. kita jgn bezakan anak-anak ni. Dia bagi tau saya ketua pemimpin pelajar sevens ni dulu pun dari kelas sederhana tp PMR dia berjaya mendapat 8As. Dan sekarang Nawazir antara pelajar harapan untuk SPM 2012. Bagus saya pikir ibu ni seorang yang terbuka. Setiap anak kita perlu hormati dan bagi peluang Kami berbincang banyak perkara kerana anak beliau juga meminati bidang kulinari macam twin 2. tu yang kalau boleh nak try apply aliran ERT masa form 4 nanti.
Saya bertemu dengan seorang isteri kenalan suami. Ibu ni memang mengutamakan pelajarann anak-anak. dia tak boleh memandu tapi kebanyakan aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah dia pasti datang. Anak beliau antara pelajar yang dalam kelompok pelajar cemerlang juga. Pagi tu dengan menaiki teksi dia datang dengan membawa bekalan untuk anak. Dia nak pastikan anak makan, makanan yang beliau masak. Begitulah ibu. hari kedua dia datang dengan motosikal kerana anak talipon bekas pencil tertinggal, dia datang dgn membawa pencil case anak,tapi saya dah mintakkan daripada guru yang bertugas keperluan anak ini. Dia sampai anak dah memasuki dewan dan anaknya tenang sahaja. Ya Allah katanya ini la Allah permudahkan katanya dengan perasaan lega.
Masa tengahari sebelum paper ke 2 dua habis seorang ibu datang mengucapkan terima kasih pada saya kerana bagi breakfast kat anak dia masa first day tu. Saya pun tak ingat anak yang mana kerana saya bawak bnyak hari tu saya tau selepas paper pertama anak2 tak sempat ke kantin dan anak saya makan sikit jer pagi tu pasti lapar. (Saya bawak roti sapu peanutbutter jer pun). So saya bagi jer la mana anak2 yang belum makan dan tak bawak bekal. Oh saya kata roti jer pun tapi saya rasa macam kenal ibu ni. Selepas anak masuk kami sama2 ke surau baru saya teringat kakak ni ibu kepada pelajar terbaik SPM 2011 aliran sains. Saya bersama para ibu pelajar yang menerima anugerah kecemerlangan untuk 2011 makan bersama pada majlis sebelum ini dan salah seorang adalah ibu ini. Kak Noriah namanya.Anaknya yg mengambil PMR adalah anak bongsu. Masa tu hanya 2 orang saja ibu yang bekerja lain2 adalah surirumahtangga sepenuh masa. Dalam hati mak aih semua anak yang cemerlang ibunya surirumahtangga pasti semua keperluan anak terjaga.
Kak Noriah dan salah seorang ibu sahaja iaitu seorang guru yang bekerja. Kak Noriah pesan walaupun kita bekerja, kebajikan anak jangan kita abaikan. Bermakna kita perlu pandai membahagi masa dan kita kena kerja double lah. Lagi satu dia treat anak ikut keadaan. ada anak yang pandai urus diri dan belajar sendiri. ada yang perlu perhatian lebih daripada kita. Katanya anak sulung dia pun mcm twin mmg kena pantau berbeza dgn anak no 2 dan 3. Tak per kita penat masa ni jer kena sabar. Satu lagi jgn kedekut dgn anak. Dia menghantar anak tuition budget tinggi jugak la. Tuition la anak2 ni buat latihan. Klu jenis yang boleh belajar sendiri dan selalu bertanya dengan guru tak pe tak pergi tuition pun tak apa. Tak perlu membazir dengan benda2 yang bukan keperluan. Kita utamakan keperluan pelajaran anak2 dulu. Sampai masa kita akan dimurahkan rezeki untuk memenuhi keinginan kita. Kita dahulukan anak2 dulu. Terima kasih kak Noriah atas peringatan.
Masa third day ada sorang pelajar perempuan demam, kebetulan saya lalu depan bilik rehat tu. Cikgu NorAzita bagi tau sorang pelajar demam, mmg panas bdn dia. Sepatutnya dia kena ambik pereksa dlm sick bed tapi pengawas tak cukup. Ubat boleh diberi dgn kebenaran parents sahaja. Aduh..sian kebetulan saya ada bawak air Yassin. Saya lapkan muka dan sendi2 dia sambil berdoa, kasihani anak ini YaAllah dan permudahkan dia yang sedang menghadapi peperiksaan ini. Ayah pelajar ini akan datang tetapi waktu peperiksaan kertas ke 3 akan bermula. Kami beri dia semangat. Alhamdulillah anak ini nampak bertenaga dan bersemangat. Sebelum dia masuk ke dewan dia mengucapkan terima kasih dan menyalami saya. Saya peluk dan beri kata2 semangat.
Seronok pun ada bersama sepanjang 5 hari ini melihat gelagat anak2. Pelajar senior juga datang memberi peransang kepada anak2 saya. TQ Ammar, Ghafar, Sofi, Shazwan dan Hidayah. Thanks for your doas and support. Ada yang kata soalan math macm puaka doh !! (script budak skrag). Lepas paper BM, Aisyah kawan twin since primary school jumpa saya huhu aunty rasa nak berenti ambik PMR camni..saya kata satu malaysia buat soalan yg sama klu Aisyah rasa susah kwn2 lain pun rasa susah jgn risau. Si Amie anak senior saya masa kat SEMESTI pulak lepas paper PI siap cakap mati semangat macam nie. Tapi bila lepas paper BI saya tanya macamana ok aunty semangat hidup balik ha ha ha seronok dgn gelagat anak2 ni.
Syauqi ckp, mak ngah ni salah pilih bidang sepatutnya mak ngah jadi cikgu sebaiknya cikgu kaunseling. Ohhh cinta saya masih pada research dan Quality management. Kepada Anak2 semua kita tunggu sahaja kepuntusan dengan redha...
Syauqi ckp, mak ngah ni salah pilih bidang sepatutnya mak ngah jadi cikgu sebaiknya cikgu kaunseling. Ohhh cinta saya masih pada research dan Quality management. Kepada Anak2 semua kita tunggu sahaja kepuntusan dengan redha...
No comments:
Post a Comment