Assalamualaikum w.b.t
Sorry yer lambat sikit nak update. Biasa la cerita hujung minggu aku mesti la pasal nak uruskan anak2. On 10th until 12th of Nov. Hasif ada Super Caliph Camp di Kuantan. Hasif memang looking forward nak join camp tu. Siap jumpa teacher incharge `cikgu mak saya benarkan saya ikut tapi mak belum bagi duit lagi' ha ha siap mintak reserve tempat lagi tu, cikgu cerita kat aku masa aku buat payment. Masa bayar hari tu yuran dia RM130, tapi sekolah bagi discount lepas tu jadi RM110 je. Meh kita tengok gambar Hasif semasa bertolak..
Bersama kawan2 4 Utarid Shafiq, Imran dan Farhan |
Excited breakfast dengan susu jer |
Semasa tunggu bas dengan Farhan |
Masa petang tu Chak dah sebok tanya mana abang Chik ni tak balik school lagi ni. Suruh babah ambik kat surau cepat la dah maghrib ni. Haha ingat pulak kat abang dia, kalau ada asyik gaduh jer.
Petang tu twin pegi main futsal, tinggal la ummi dengan Chak jer. aku pulak plan nak masak kuew teaw goreng. Masa aku sebok kat dapur Chak tengok TV. Aku sambil panggil gak la dia...Saqif buat apa tu? Dia jawab Chak buat keja ni. For me ok la as well dia ada dalam rumah jer..Habis masak aku pun pi la nak main dengan Chak. Ya Rabbi apa dia buat tengok nih...
Dibedakkannya carpet ummi dia. |
Agak bosan duk sorang2 patut la aku ingat aku tumis kuew teaw tadi wangi sangat rupanya beradu dengan bau bedak talkum dia...Tanya sapa buat ni...Chak la ngaku lak tu.Twin balik marah dia, siap merajuk pulak tu pas tu ubah tajuk mana abang Chik ni, nak kena marah ni dah maghrib tak balik lagi. Abang kata abang Chik jalan2 Chak tinggal sebab main bedak..
Sok pagi-pagi Chak ada tugas lagi...jeng jeng
Supervised abang long cuci carpet |
No comments:
Post a Comment