Monday, 10 December 2012

CERITA MAHA 2012

Assalamualaikum w.m.t

Rasanya ramai yang pegi MAHA 2012 pad 23 Nov. hingga 2 Dis. 2012 baru2 nikan. Aku kena duty kat booth MPOB pada 27 & 30 Nov. baru ni. Memang tak best la tak dapat jalan2 sebab duk jaga booth. Dapat tengok pameran dalam dewan A tu ja la tak de la beli orkid ke, jagung kat lelong sejuta jagung tu mmg tak dapat la. Tapi aku dapat satu pengalaman menarik dari seorang pesara merangkap pekebun (kira peladang kut sebab tanah dia besar gak)

Ada sepasang pasangan suami isteri datang booth kami masa tu, yg suami duk berminat la dgn ada satu alat nak kait buah yang isteri datang kat aku dgn sorang kawan, dia nak mengadu selalu tak cukup bekalan baja di kebun dia. Dia complain kata kenapa kerajaan tak ambil berat bekalan baja ni. Dia cadangkan MPOB jadi agen untuk jualan baja.  Kami tanya kebun Mak Chik di kawasan mana dan berapa keluasan. Kebun dia ada 50 ekar ko..patut tak cukup baja dari PPK tu. So macam2 la kami layan Mak Chik tu. Saya cadangkan since Mak Chik ada kebun yang luas dan ada modal tak berminat ker nak jadi pengedar baja jadi Mak Chik takde masalah untuk kegunaan sendiri. Dia kata dia tak cukup pekerja.

Apa yang menarik dia cerita masa mula2 kawin suami dia cadang nak beli kereta. Tapi dia tak setuju dia kata baik duit tu beli kebun. Dia kata diaorg kerja dekat so bertaun la naik motor jer takde masalah. Dah dapat tuai hasil kebun dia beli tanah lagi camtu bila dapat hasil beli lagi tanah. Dia kata untuk anak2 tak tau nasib nanti. Sekarang ni semua anak2 dah berjaya gaji pun selesa so dia tetap tambah beli kebun kenapa...??? dia  kata tu semua untuk cucu2 bukan untuk dia kita tak tau Dik bukan semua cucu bagus dalam akedemik sekarang ni ada degree pun tak tentu dapat gaji selesa. Anak2 tak tentu boleh bagi kesenangan kat cucu2 saya esok. Nampak berwawasan betulkan Mak Chik tu. 

Sekarang dia dah pencen (dulu dia kerja makan gaji sambil buat kebun) masih ke kebun. Dia kata ada orang kampung yang pandang negative kat dia tua2 dah nak mati pun asyik beli tanah lagi..dia kata biar la tapi Dik sebab saya tau saya akan mati la saya berusaha beli kebun lagi tu semua untuk cucu2 saya, bukan untuk saya dan Pak Chik. Aku kagum dengan Mak Chik ni, kawan aku usik dia Mak Chik sekarang mesti dah pakai kete Merc kan..dia tak mengiyakan tapi dari air muka dia aku tau ...jawapan dia. Aku dapat sesuatu la dari pasangan Haji Buang dan isteri ni...beliau beruntung mempunyai isteri yang bijak, berwawasan dan tidak mendesak serta sabar (klu tak dah lama dia setuju nak beli kereta sebaik sahaja lepas kawinkan)

Walaupun aku takde kebun 50 ekar tapi aku tetap berbudi pada tanah aku yang sekangkang kera ni..

Pisang tanduk yang ku tunggu2 dah berbuah pun



Pokok delima yang ditanam sebaik sahaja pindah ke Desa Alam baru nak berbuah jugak


Betik ni dah beberapa kali berbuah, jiran2 pun dah merasa
Bunga kertas yang dah dua kali pindah rumah sebaya dengan Hasif
Ni pokok mengkudu kesayangan aku. bukan senang nak tanam pokok ni
Pokok nenas batu dan bunga yang tumbuh sendiri hihi

Bunga sepit udang hanya berbunga lepas dibubuh baja

Ok tak hasil kebun Shilamuin ...






























2 comments:

  1. hahaha boleh tahan hasil kebun shila muin tu. nanti boleh tambah lagi koleksi kebunnya. tambah pasu lagi ke. hehe

    ReplyDelete
  2. Che kay, kira sejuk gak la tangan shila muin nikan. Pasu boleh tambah kut lps bonus wakaaa

    ReplyDelete