Friday, 7 December 2012

Menu Depavaali yang tertunggak

Assalamualaikum w.m.t

Tu dia dah nak Hari Natal mak chik shila baru nak update menu Deevali. Ishk punya la lama tak update. Bukan apa sebok maklum la hujung tahun ni.

Jum kita tengok menu Depavaali, ada cerita sebenarnya masa tu. Anak-anak mintak Ummi buatkan nasi ayam. sian dah lama tak masak special (nasi ayam dah kira special huhu) untuk my heroes. Aku list up apa nak beli n hubby punya duty untuk ke pasar sebab konon aku nak mengemas rumah, basuh baju dan yang sewaktu dengannya.

Tetiba aku dapat call dari sorang sedara (anak sepupu abah kira 3 pupu kut), tanya tau tak kat mana Seksyen 15 Shah Alam. Mmg la tau dia kata nak jumpa aku kat situ. Aku tanya apa halnya dia kata tak pe nanti jumpa kat sana. Aku ingatkan dia nak mintak tlg carikan tempat or nak pegi somewhere kat Shah Alam area ni aku tak kesah la nak tlg. Lagipun mmg dah lama tak jumpa. Biasa la kita ni org melayu dgr sedara nak datang rumah sebok la suruh anak buat air pastu breakfast dah habis suruh twin 2 beli kuih kat gerai depan rumah. Aleh2 kawan dia yg datang jemput saya, tak masuk rumah pun. Saya pun tanya sebenarnya apa cerita. Rupanya nak bawak saya pegi meeting MLM. Ya Allah saya mmg tak berminat tapi apasal tak terus terang jer kan. Tapi saya positif dgn mengatakan takpe ini cara nak bertemu dengan saudara lama tak jumpa kut. Tapi saya mmg tetap berdoa jangan la terpengaruh ckp la pendapatan berapa puluh ribu pun. 

Masalahnya dah pukul 12 tghari tak habis lagi camana ni projek nasi ayam teman. ishk...Dalam kul 12.30pm kakak tu antar balik rumah tak masuk pun. Twin tanya asal tak ajak sedara ummi masuk kami dah sediakan air dan kuih. Tak pe you all makan jer sedara ummi nak cepat. Twin 1 heran ...dia kata laaa ingatkan tak jumpa cari rumah kita tadi.

Aku terus la bersilat basuh ayam dan rebus ayam. Aku tak nak anak2 kecewa tak dapat nak makan nasi ayam. So jum kita tgk resepi nasi ayam express Shilamuin

1. Mula2 bersihkan ayam lepas tu rebus ayam dengan halia dan bawang putih.
2. Toskan sementara tu sediakan bahan untuk perap ayam

Bahan2 Perap.

Sedikit jintan manis dan putih
halia
bawang putih dan merah
(semua di atas ditumbuk)
kicap manis
sos cili maggi halia dan bawang putih (klu tak ada yg biasa pun boley)
sedikit garam
madu
(Perapkan ayam yang telah direbus)
Kemudian gorengkan
Sup 
  Tumiskan bawang dan tambahkan lada hitam dan sedikit lada putih dalam air rebusan ayam Cincangkan tomato masukkan dalam sup
Perisakan.

Nasi

Selalu aku tumis, Devaali punya versi dah tak sempat
Masukkan beras yang dah dicuci dan toskan dalam air rebusan ayam
Masukkan sedikit minyak gorengan ayam beserta serdak bawang daripada ayam sekali
Titikkan serai (kalau suka, pandan pun boleh)
Masukkan sedikit garam dan masak macam biasa.

Sos

Biasa aku masukkan blended Chilli dan bawang putih, tapi deevali version ada leftover sambal nasi arab aku masukkan terus tambahkan sos chilli maggi halia bawang putih.
tambahkan gula merah, sedikit air asam jawa (aku tak guna cuka sebab takut anak2 tak tahan)
masukkan kicap manis rebus sampai pekat
tambahkan sedikit serbuk kacang tanah... 

Taraaaaa dah siap

Nasi Ayam Express
Alhamdulillah anak2 kata sedap (ke dah lapar sangat masa tu dah dekat pukul 1 pm lebih). Itu la kadang jadi ibu ni kita kena kreatif sesuaikan apa yang ada di dapur dan masa yang terpaksa kita kejar.

Tips

1. Ambil minyak selepas gorengan ayam yang pertama atau kedua untuk masak nasi sebab kalau selepas habis nanti bawang tu dah hangit menyebabkan nasi rasa pahit .
2. untuk reuse minyak masak terpakai paling banyak guna untuk 3 kali gorengan sahaja kerana selepas itu minyak masak telah bertukar physicochemical characteristics dan tidak sesuai untuk food consumption, juga akan mengakibatkan carsinogenic yang sangat bahaya untuk tubuh badan kita.




No comments:

Post a Comment