Monday 31 December 2012

KREATIF

Assalamualaikum w.m.t

Cuti sekolah anak2 asyik nak makan jer kalau ummi ada di rumah. Last weekend Mr Hubby ke Thailand. pagi sabtu hujan turun dengan lebatnya. Twin 1 request nak mintak breakfast dengan lempeng kelapa cicah sambal sardin. Aku check peti ais kelapa parut dah habis. terkilan jugak lakan tak dapat penuhi permintaan anak. Nak ke kedai mak ampun malas dan tengah hujan ni. Aku cari apa yang boleh ganti kelapa. Last2 aku buat lempeng bubuh nestum. Dia kata ok jer janji lempeng.

Masa buat sambal sekali lagi cili kering pulak habis ( sepatutnya on saturday biasanya aku ke pasar) since hubby tak ada susah nak keluar Chak la nak ikut bagai, makan jer apa yang ada kat rumah. So terpaksa la ummi memerah otak nak cari apa yang sesuai nak ganti dengan cili kering ni. Atas kebijaksanaan ummi wakaaa kaa aku pun cari serbuk kari ikan. Selamat ada banyak stok. maka jadi la kari sardin.. Surpriseeee !!!! anak2 semua suka lempeng cicah kari sardin. Twin 1 siap asked for more. Hihi gunakan apa yang ada..kita yang buat diakan..

Ada nasi lebih aku buatkan nasi goreng, pun licin jugak. Memang anak2 lelaki tengah membesar kuat makan betul. 

Maka disarankan kepada para ibu2 yang mempunyai anak yang tengah membesar sebagai Johan perlu kreatif guna la apa yang ada untuk memenuhi selera anak2. Jangan kalau tak de satu bahan tu kita cansell nak masak untuk anak2. 

On saturday baru ni, diaorang mintak nak makan mee rebus. Babah dia cadang makan kat kedai di Setiawangsa ada makanan utara. Semua taknak, nak mee rebus ummi buat.. terbaekk. Maka menu semalam adalah mee rebus utara dengan cucur udang makan sampai ke malam.

Tips.
1. Kalau tak ada asam jawa boleh la diganti dengan asam keping or vise versa.
2. Kalau nak buat jelatah ( untuk nasi minyak) boleh gunakan jus limau nipis jika tak ada or tak suka cuka. Tapi saya lebih suka guna sos cili sahaja instead of cuka or limau.
3. Kalau tengah masak sambal tiba kehabisan gula boleh gunakan gula merah ajer.
4. Aper pun perlu kreatif kerana kita yang buat dia betul tak. Happy masak

Thursday 27 December 2012

KASUT FUTSAL TWIN 1

Assalamualaikum w.m.t

Ni ha baru ambik gambar kasut twin 1. Cantik tak. Ni la hasil setelah aku menunggu sampai nak check in tido kat Al Ikhsan tu.

Cantik tak?


Tapi babah pun dapat jugak. Aku dapat free sebab tahun ni AOTD decided tak nak bagi safety shoes dah (sebab dah banyak sangat) so kami dapat kasut yang sesuai untuk dalam lab. Since beli banyak dapat murah so Pn Shila yang baik hati ni belikan satu untuk Mr. hubby. Kira inadvance birthday present la ni.

Kasut untuk kesihatan
Walau macamana pun kasut ni jugak tetap pujaan hatiku. 

Hihi...

Monday 24 December 2012

AKHIRNYA

Assalamualaikum w.m.t


Ha mesti yang tanya apa yang akhirnyakan??. Akhirnya keputusan PMR pun dah keluar. Alhamdulillah Twin 1 berjaya mendapat 6A2B dan twin 2 2A3B3C. Walaupun tak berjaya mendapat 8A Alhamdulillah mmg deserved la klu twin 1 happy sangat pasal tengok la usaha takat mana. Boleh tu dah dapat slip yessss 2 minggu belajar boleh dapat 6A. Aku sangat bersyukur pasal takut sangat dengan math diorg. Bygkan trial dapat math D. dah la lps paper math aku dengar dia cakap kat kawan dia uih soalan macam puaka doh. mau tak ngeri aku dengar. Alhamdulillah he managed to get A and twin 2 pun lulus dengan jayanya wpun trial terus E.

Aku pun dah tak target dia dapat straight A pasal PI mmg dia tak boleh buat (sebenarnya mmg tak habis baca pun). aku sangat risaukan BM dan Math dia. Tak sangka langsung BI yang B. Cikgu dia pun terkejut pasal dia tak pernah dapat teruk BI. Dua2 dapt B for BI. Tu aku kata dalam surah Yassin Allah dah kata `Kunfayakun'..kalau boleh gembira dapat A for math takkan tak boleh terima B for BI. Tu ujian daripada Allah hanya sedikit mujur B kalau C apa nak kata. Dia boleh jawap tu B dah dekat A tu. Holla hai...

Yer aku pun target ikut kemampuan anak2. Twin 2 tu mmg good enough sebab klu tengok trial mmg senak perut mak dia nih. Twin 1 tu mmg dia ada kelebihan. Dia boleh belajar dalam masa 2-3 minggu before exam jer. Nak buat macamana la dengan dia ni. Masa UPSR dulu pun trial math dapat C. Bila result keluar dia boleh cakap, A reserved for real exam..Tu la YDP PIBG for KRK pun cakap PN. Rosilah anak U nikan mmg last minute person la. Bukan senang nak catch up balik within a month math ni..tu la suka buat Ummi suspend. Akhirnya... both of U make us proud.

Tapi nuntut hadiah lebih2...masa result belum keluar diorg mintak kasut futsal dekat Al Ehsan. Aku kata kalau dapat 8A baru dapat. Twin 2 aku kasi discount at least 3 or 4 As. Tak tahan twin 1 mintak discount 5 to 6 As. Aku kata kalau 5As selipar pasar malam pun tak tentu dapat. Akhirnya aku deal at least 6As dengan syarat math A. Dia dah kata uih mmg tak dapat la.. Nasib la ummi kata.

Akhirnya...jeng2..
Yang ni twin 2 punya twin 1 tak sempat ambik gambar. 
 Nak pilih kasut pun twin 1 cerewet macam nak pilih bini sampai tutup kedai baru dapat. Dia punya warna biru (sebenarnya dia suka colour merah twin 2 yang suka biru.) Happy tak terkata dapat kasut futsal baru. Mak yang kelat nak bayar. Ni diorang balik kampung tolong jaga tukwan.

Akhirnya abah aku pun dah agak sehat sikit dah boleh balik kampung. so turn twin pulak jaga tokwankan.. 


Tuesday 18 December 2012

BAJU RECYCLE 2

Assalamualaikum w.m.t

Semalam godek2 album twin terjumpa pulak t-shirt favourite diorang dulu sekarang ni dah jadi favourite Chak. Chak untung la dapat baju yang sama ada 2.

Gambar twin  dan Hasif (twin 1 dgn t-shirt favourite)

Twin 2 dengan t-shirt corak sama

Yeahhh after 9 years Chak pakai t-shirt yang sama
 T-shirt ni opah diorang yang belikan masa twin umur 6 tahun. Gambar kat atas tu ambik masa twin umur 7 tahun.

Aku memang sayang baju anak-anak walaupun dah lama. Bila tengok adik pakai baju abang teringat zaman abang umur sebaya dengan adik. Sebab tu aku simpan baju abang2. Tapi bila sampai Chak aku dah bagi kat causins aku pulak sebab rasanya takkan nak simpan kat cucu kut. Lagi pun dah menimbun bila Chak dah tak muat bagi jer yang elok2 tu kat orang.

Baru ni 2 begs aku bagi untuk misi kemboja. Office mate aku kata kat sana budak2 berlenggeng jer siap tak pakai kasut lagi. Walaupun aku dah tak dapat tengok baju tu tapi aku tau ada orang yang lebih memerlukan dapat pakai. Dulu aku bagi orang2 asli kat BBSA. Kalau lalu depan rumah nampak macam twin pulak ha ha ha..

Tips.

1. Simpan baju dalam plastik atau gantung jangan kena habuk.
2. Biasanya aku tag age bagi setiap bag yang aku simpan senang tak de tiba2 bukak dah adik tak muat.  
3. Ceritakan resume baju2 tu kat anak2, contoh sapa bagi, beli kat mana or sempena apa...jadi dia seronok..macam baju kat atas tu bagi tau kat dia opah yang belikan kat pasar pagi kat kampung jer, tapi twin suka tak bermakna baju yang mahal jer tahan lama kalau jaga elok beli kat tempat biasa pun tahan dan cantik... 

Friday 14 December 2012

BAJU RECYCLE

Assalamualaikum w.m.t


Ada gak untungnya anak semua boyskan. Baju boleh turunkan kepada adik2. Tapi yang paling kesian Chak ler manjang dapat baju, seluar hatta kasut yang bukan second hand lagi tapi mau third hand (tgh dia belum pandai demand bagi jer pakaikan).

Masalahnya bukan sibling dia aje boy cousin diapun ramai boy. Cucu mak aku semua 6 only 1 princess out of 6 tu. Belah hubby pun only 4 out of yang berbelas-belas tu.

Lepas twin dah besar sikit aku passed baju diorang kat Irfan anak buah aku. Lepas tu Irfan pulak passed baju tu + baju dia n kasut ke Hasif   then turun ke Chak. 

Cuba tengok gambar-gambar ni. Rompers ni dah berumur 12 tahun masa twin umur 3 tahun sebaya dengan Chak .

Ni Hasif masa umur 3 tahun masa dinner kat Food Tech BBQ

Hasif ceria dengan peminat2 dia


Chak dengan romper yang sama pada umur yang sama

Tengah tunjuk perasaan tak nak pegi nursery pasal abang tak pegi school.


 Aku cari jugak gambar twin dengan rompers yang sama tak jumpa la pulak. Masa Hasif pakai tu full dress sama dgn twin selalu pakai. tapi bila sampai Chak t-shirt kat dalam dah tak ade dah.

See, selagi boleh pakai turunkan jer la kat adik-adikkan. Baju sekolah memang tak dapek la nak buat baju keturunan sebab half of the year kena tukar baju baru dah. Kalau seluar celah kangkang mesti koyak, baju sekolah agama tang lutut kalau tak berlubang memang tak sah la...

Habis baju glamour shila muin ni simpan tuk menantu to be je la kut yer...hi hi
 

Monday 10 December 2012

CERITA MAHA 2012

Assalamualaikum w.m.t

Rasanya ramai yang pegi MAHA 2012 pad 23 Nov. hingga 2 Dis. 2012 baru2 nikan. Aku kena duty kat booth MPOB pada 27 & 30 Nov. baru ni. Memang tak best la tak dapat jalan2 sebab duk jaga booth. Dapat tengok pameran dalam dewan A tu ja la tak de la beli orkid ke, jagung kat lelong sejuta jagung tu mmg tak dapat la. Tapi aku dapat satu pengalaman menarik dari seorang pesara merangkap pekebun (kira peladang kut sebab tanah dia besar gak)

Ada sepasang pasangan suami isteri datang booth kami masa tu, yg suami duk berminat la dgn ada satu alat nak kait buah yang isteri datang kat aku dgn sorang kawan, dia nak mengadu selalu tak cukup bekalan baja di kebun dia. Dia complain kata kenapa kerajaan tak ambil berat bekalan baja ni. Dia cadangkan MPOB jadi agen untuk jualan baja.  Kami tanya kebun Mak Chik di kawasan mana dan berapa keluasan. Kebun dia ada 50 ekar ko..patut tak cukup baja dari PPK tu. So macam2 la kami layan Mak Chik tu. Saya cadangkan since Mak Chik ada kebun yang luas dan ada modal tak berminat ker nak jadi pengedar baja jadi Mak Chik takde masalah untuk kegunaan sendiri. Dia kata dia tak cukup pekerja.

Apa yang menarik dia cerita masa mula2 kawin suami dia cadang nak beli kereta. Tapi dia tak setuju dia kata baik duit tu beli kebun. Dia kata diaorg kerja dekat so bertaun la naik motor jer takde masalah. Dah dapat tuai hasil kebun dia beli tanah lagi camtu bila dapat hasil beli lagi tanah. Dia kata untuk anak2 tak tau nasib nanti. Sekarang ni semua anak2 dah berjaya gaji pun selesa so dia tetap tambah beli kebun kenapa...??? dia  kata tu semua untuk cucu2 bukan untuk dia kita tak tau Dik bukan semua cucu bagus dalam akedemik sekarang ni ada degree pun tak tentu dapat gaji selesa. Anak2 tak tentu boleh bagi kesenangan kat cucu2 saya esok. Nampak berwawasan betulkan Mak Chik tu. 

Sekarang dia dah pencen (dulu dia kerja makan gaji sambil buat kebun) masih ke kebun. Dia kata ada orang kampung yang pandang negative kat dia tua2 dah nak mati pun asyik beli tanah lagi..dia kata biar la tapi Dik sebab saya tau saya akan mati la saya berusaha beli kebun lagi tu semua untuk cucu2 saya, bukan untuk saya dan Pak Chik. Aku kagum dengan Mak Chik ni, kawan aku usik dia Mak Chik sekarang mesti dah pakai kete Merc kan..dia tak mengiyakan tapi dari air muka dia aku tau ...jawapan dia. Aku dapat sesuatu la dari pasangan Haji Buang dan isteri ni...beliau beruntung mempunyai isteri yang bijak, berwawasan dan tidak mendesak serta sabar (klu tak dah lama dia setuju nak beli kereta sebaik sahaja lepas kawinkan)

Walaupun aku takde kebun 50 ekar tapi aku tetap berbudi pada tanah aku yang sekangkang kera ni..

Pisang tanduk yang ku tunggu2 dah berbuah pun



Pokok delima yang ditanam sebaik sahaja pindah ke Desa Alam baru nak berbuah jugak


Betik ni dah beberapa kali berbuah, jiran2 pun dah merasa
Bunga kertas yang dah dua kali pindah rumah sebaya dengan Hasif
Ni pokok mengkudu kesayangan aku. bukan senang nak tanam pokok ni
Pokok nenas batu dan bunga yang tumbuh sendiri hihi

Bunga sepit udang hanya berbunga lepas dibubuh baja

Ok tak hasil kebun Shilamuin ...






























Friday 7 December 2012

Menu Depavaali yang tertunggak

Assalamualaikum w.m.t

Tu dia dah nak Hari Natal mak chik shila baru nak update menu Deevali. Ishk punya la lama tak update. Bukan apa sebok maklum la hujung tahun ni.

Jum kita tengok menu Depavaali, ada cerita sebenarnya masa tu. Anak-anak mintak Ummi buatkan nasi ayam. sian dah lama tak masak special (nasi ayam dah kira special huhu) untuk my heroes. Aku list up apa nak beli n hubby punya duty untuk ke pasar sebab konon aku nak mengemas rumah, basuh baju dan yang sewaktu dengannya.

Tetiba aku dapat call dari sorang sedara (anak sepupu abah kira 3 pupu kut), tanya tau tak kat mana Seksyen 15 Shah Alam. Mmg la tau dia kata nak jumpa aku kat situ. Aku tanya apa halnya dia kata tak pe nanti jumpa kat sana. Aku ingatkan dia nak mintak tlg carikan tempat or nak pegi somewhere kat Shah Alam area ni aku tak kesah la nak tlg. Lagipun mmg dah lama tak jumpa. Biasa la kita ni org melayu dgr sedara nak datang rumah sebok la suruh anak buat air pastu breakfast dah habis suruh twin 2 beli kuih kat gerai depan rumah. Aleh2 kawan dia yg datang jemput saya, tak masuk rumah pun. Saya pun tanya sebenarnya apa cerita. Rupanya nak bawak saya pegi meeting MLM. Ya Allah saya mmg tak berminat tapi apasal tak terus terang jer kan. Tapi saya positif dgn mengatakan takpe ini cara nak bertemu dengan saudara lama tak jumpa kut. Tapi saya mmg tetap berdoa jangan la terpengaruh ckp la pendapatan berapa puluh ribu pun. 

Masalahnya dah pukul 12 tghari tak habis lagi camana ni projek nasi ayam teman. ishk...Dalam kul 12.30pm kakak tu antar balik rumah tak masuk pun. Twin tanya asal tak ajak sedara ummi masuk kami dah sediakan air dan kuih. Tak pe you all makan jer sedara ummi nak cepat. Twin 1 heran ...dia kata laaa ingatkan tak jumpa cari rumah kita tadi.

Aku terus la bersilat basuh ayam dan rebus ayam. Aku tak nak anak2 kecewa tak dapat nak makan nasi ayam. So jum kita tgk resepi nasi ayam express Shilamuin

1. Mula2 bersihkan ayam lepas tu rebus ayam dengan halia dan bawang putih.
2. Toskan sementara tu sediakan bahan untuk perap ayam

Bahan2 Perap.

Sedikit jintan manis dan putih
halia
bawang putih dan merah
(semua di atas ditumbuk)
kicap manis
sos cili maggi halia dan bawang putih (klu tak ada yg biasa pun boley)
sedikit garam
madu
(Perapkan ayam yang telah direbus)
Kemudian gorengkan
Sup 
  Tumiskan bawang dan tambahkan lada hitam dan sedikit lada putih dalam air rebusan ayam Cincangkan tomato masukkan dalam sup
Perisakan.

Nasi

Selalu aku tumis, Devaali punya versi dah tak sempat
Masukkan beras yang dah dicuci dan toskan dalam air rebusan ayam
Masukkan sedikit minyak gorengan ayam beserta serdak bawang daripada ayam sekali
Titikkan serai (kalau suka, pandan pun boleh)
Masukkan sedikit garam dan masak macam biasa.

Sos

Biasa aku masukkan blended Chilli dan bawang putih, tapi deevali version ada leftover sambal nasi arab aku masukkan terus tambahkan sos chilli maggi halia bawang putih.
tambahkan gula merah, sedikit air asam jawa (aku tak guna cuka sebab takut anak2 tak tahan)
masukkan kicap manis rebus sampai pekat
tambahkan sedikit serbuk kacang tanah... 

Taraaaaa dah siap

Nasi Ayam Express
Alhamdulillah anak2 kata sedap (ke dah lapar sangat masa tu dah dekat pukul 1 pm lebih). Itu la kadang jadi ibu ni kita kena kreatif sesuaikan apa yang ada di dapur dan masa yang terpaksa kita kejar.

Tips

1. Ambil minyak selepas gorengan ayam yang pertama atau kedua untuk masak nasi sebab kalau selepas habis nanti bawang tu dah hangit menyebabkan nasi rasa pahit .
2. untuk reuse minyak masak terpakai paling banyak guna untuk 3 kali gorengan sahaja kerana selepas itu minyak masak telah bertukar physicochemical characteristics dan tidak sesuai untuk food consumption, juga akan mengakibatkan carsinogenic yang sangat bahaya untuk tubuh badan kita.