Monday, 7 January 2013

MENU HUJUNG MINGGU 5

Assalamualaiku w.m.t


Hari sabtu lepas aku sangat gumbira sebab semua ada kat rumah. Hubby pun tak keluar ke mana2. Anak2 pagi jer pegi main futsall. Meaning that semua akan lunch sama2 kat rumah. Tu yang buat aku semangat nak masak. Pagi beli aje. Twin 2 balik futsall lapar nasi so masa aku baru nak masak dia dah makan apa yang ada.

Aku masak lemak cili api ikan kembung dengan belimbing tunjuk. Kali ni memang jadi pekat, masam, pedas semua cukup. TQ Zuraidah Mohd Yatim (mamatiamia.blogspot.com) atas petua yang diberikan.  Aku bubuh pucuk manis sekali yang aku petik dari edible garden kat belakang rumah.

Ketam aku goreng aje.  Ada pekasam kawan bagi. Yang ni buat makan bertambah2. Ulam2 (pucuk gajus, ulam raja yang aku tanam sendiri dan timun) makan dengan sambal kelapa .perh memang sedap.


Hari Ahad pagi aku buat lempeng kelapa cicah sambal ikan bilis. Sekejap aje selesai. Anak2 aku memang lidah bercabang. Selera kampung pun masuk, western pun suka. Malam aku buat karipap 1/2 kilo tepung pun selesai...tu pun ingat nak goreng mee tapi dek kerana dah penat buat karipap sambil Chak yang tolong sama aku pun batalkan la niat...

Friday, 4 January 2013

SENTIMENTAL VALUE

Assalamualaikum w.m.t

Masa berkemas nak pindah office tahun lepas macam2 khazanah lama aku jumpa. Infact surat tawaran masuk kerja pun aku jumpa..Hihi Dalam banyak2 ni yang menyentuh perasaan aku. Abah selalu hantar surat masa aku belajar kat Sekolah Menengah Sains Teluk Intan dulu (SEMESTI).


 
Surat tulisan tangan abah yang dihantar masa aku form 2 masa kat SEMESTI
Masa kat office lama aku ada satu sudut hadiah daripada anak2. Ni kad yang twin bagi masa they were 5 years old. Balik dari Kindy bagi kad hari ibu. Buat kat tadika smart reader masa tu.

Yang atas twin 1 punya yang bawah twin 2 punya .
Kad ni adalah antara barang peribadi yang sangat aku sayang. Aku takkan dapat  tengok tulisan twin masa umur 5 tahun never...kalau aku tak simpan kad ni. so aku akan simpan kad ni sampai bila2 pun. Kalau orang tengok boleh buang tong sampah tapi tidak pada aku. Bila diaorang dah masuk sekolah dia akan beli hadiah kat bookshop sekolah (SK Raja Muda Shah Alam). Diorang akan simpan duit belanja yang aku bagi tu sikit2 untuk beli hadiah kat aku. Yang ni masa dia sekolah rendah

Dah pandai beli bunga dah
Aku terharu sebab diaorang tak pernah mintak duit nak beli hadiah. Diaorang akan kumpul duit untuk beli. Dah 3 kali pindah office dah hadiah2 ni.

Yang ini pulak bekas perfume candle gel. tapi candlenyer dah rosak so aku buat bekas paper clip.




bentuk duck twin 1 bagi bentuk butterfly twin 2 bagi
Hadiah dari Hasif pun banyak malangnya kotak barang2 Hasif aku tak jumpa. Rasanya missing masa pindah rumah dulu. Nanti aku nak cari balik.

Tapi yang ini paling nostalgia zaman aku belajar kat ITM Shah Alam dulu....

Biskut kapal terbang
Kami masa tu duduk Kolej Jati manjang stok biskut ni mesti ada...

Kadang hubby selalu marah aku suka simpan barang2 lama dia kata aku buat semak rumah. Hish buku budak2 masa tadika pun nak simpan . Dia tak tau esok2 dah tua2 tu kenangan terindah buat aku...Kad hari bapa yang anak2 bagi aku yang tolong simpan untuk dia. Tu banyak barang2 yang kecik2 yang dia kata buat semak tu aku simpan baik2 kat office. Kadang rindu kat anak2....Patut la mak aku banyak lagi simpan buku lama2 aku. Dulu dia pernah tunjuk report card masa aku sekolah rendah kat anak2 aku. Hihi diorang cakap apa tau, ala dulu subject senang2 patut la ummi score...Cheh. Tapi bila aku cari balik report card tu dah tak ade sob..sob..




Thursday, 3 January 2013

WELLCOME 2013

Assalamualaikum w.m.t

Dah hari ke 3 in 2013. Azam????. Aku mmg tak pernah stated resolution tiap kali datang tahun baru. Apa yang selalu dalam hati mohon Allah kabulkan doa untuk menjadi dan mendapat apa yang terbaik untuk diri dan keluarga. 

Semalam as semua tau, anak2 kembali ke sekolah. Aku taun ni agak last minute dalam persediaan persekolahan anak2. Bisa minggu terakhir cuma top up apa yang tak ada ade jer. But for 2013 mmg last minut habis. Kernanya mak diorang tak dapat cuti untuk menguruskan ape yang perlu. Selalu senarai buku awal2 aku dah ambik kat bookshop. Tahun ni mintak hubby yang ambik ermppp... sampai bookshop dah tutup la.. orang ramai la bagai. Aku jawab over the years macam ni la kalau U nak tau, bukan baru ni kena beratur panjang . Senarai buku Hasif ambik kat kedai buku Sri Tanjung. Untuk twin mmg tak boleh beli lagi pasal tak tau dapat aliran apa bila naik form 4. . Senarai hanya dia tengok on 1st January. Selalu pakaian sekolah aku beli online jer dengan KUAT. Tahun ni konon nak bawak budak2 shopping sekali. Last2 tak sempat, nak online pun dah lambat takut lambat dapat sudahnya hari Jumaat lepas, balik kerja pegi bawak budak2 beli baju. Hari sabtu pulun jahit lencana and name tag (asal tak pakai badge besi cam zaman aku skolah dulu).

Kasut hari Isnin malam tu baru beli. Cadang nak ke dataran Shah Alam nak join dengar ceramah UAI tapi jalan sampai nak gerak pun tak boleh maka melencong ke seksyen 18 pi beli kasut sekolah. Cam biasa twin 1 susah nak pilih yang mana. Nak beli bag dah tak sempat. Hah on 1st January 2013 baru pi beli buku kerja Hasif. Lepas tu baru beli bag. As I mentioned twin 1 memang cerewet nak beli bag punya la susah. ada jer yang tak kena. Ok gak last minute nak tak nak dia ambik la yang mana ada kalau tak masuk dalam plastic bag jer la. Tu tak habis lagi. Buku tulis belum lagi dengan sekolah agama lagi...

Makanya first day sekolah aku dapat cuti yahoooo... mak la beratur beli buku. Alhamdulillah sampai SKRM tak ramai orang beli buku. (agaknya orang semua dah ready kut)..Cikgu kat SKRM pun heran jarang anak aku belum ada buku kalau dah masuk sekolah unless kedai dah kehabisan stok..Rupanya bila jumpa kawan2 yang baru nak beli buku bukan aku jer menghadapai masalah sama ramai lg rupanya..huhu kalau babah yang buat mau tak sekolah kome.

Petang nak bayar yuran and beli buku sekolah rendah agama pulak. Hubby bagi duit pastu dia kata nak pi office jap ada hal. Apa lagi beratur lagi la...Huhu aku nak mintak upah la duit baki banyak ni. (dia tak taupun berapa yuran sekolah agama hihi). Untuk twin  babah dia bagi duit jer beli sendiri la tahun ni. Kalau sebelum ni Ummi bawak trolly pi sekolah beli buku.Transport Hasif untuk balik pun baru settle semalam. (dia tak nak naik bas sekolah). Tu nak cari orang yang naik kereta or van Alhamdulillah rezeki ada jiran fasa satu tu boleh bawak dia (sian dia takut jadi macam dulu semua orang lupa nak jemput dia). Maka walaupun last minute semua dapat diuruskan dengan jayanya...Selamat belajar anak2. Untuk twin form four is not haneymoon year kay. Start your gear for SPM 2014. Untuk Hasif pun has too, UPSR in year 2014, but twin 1 said year 2013 is tahun melancong...huhu...Yuran Kindy Chak lagi mahal daripada nak masuk U..camana nak melancong...