Hari sabtu lepas aku sangat gumbira sebab semua ada kat rumah. Hubby pun tak keluar ke mana2. Anak2 pagi jer pegi main futsall. Meaning that semua akan lunch sama2 kat rumah. Tu yang buat aku semangat nak masak. Pagi beli aje. Twin 2 balik futsall lapar nasi so masa aku baru nak masak dia dah makan apa yang ada.
Aku masak lemak cili api ikan kembung dengan belimbing tunjuk. Kali ni memang jadi pekat, masam, pedas semua cukup. TQ Zuraidah Mohd Yatim (mamatiamia.blogspot.com) atas petua yang diberikan. Aku bubuh pucuk manis sekali yang aku petik dari edible garden kat belakang rumah.
Ketam aku goreng aje. Ada pekasam kawan bagi. Yang ni buat makan bertambah2. Ulam2 (pucuk gajus, ulam raja yang aku tanam sendiri dan timun) makan dengan sambal kelapa .perh memang sedap.
Hari Ahad pagi aku buat lempeng kelapa cicah sambal ikan bilis. Sekejap aje selesai. Anak2 aku memang lidah bercabang. Selera kampung pun masuk, western pun suka. Malam aku buat karipap 1/2 kilo tepung pun selesai...tu pun ingat nak goreng mee tapi dek kerana dah penat buat karipap sambil Chak yang tolong sama aku pun batalkan la niat...
No comments:
Post a Comment