Thursday, 3 January 2013

WELLCOME 2013

Assalamualaikum w.m.t

Dah hari ke 3 in 2013. Azam????. Aku mmg tak pernah stated resolution tiap kali datang tahun baru. Apa yang selalu dalam hati mohon Allah kabulkan doa untuk menjadi dan mendapat apa yang terbaik untuk diri dan keluarga. 

Semalam as semua tau, anak2 kembali ke sekolah. Aku taun ni agak last minute dalam persediaan persekolahan anak2. Bisa minggu terakhir cuma top up apa yang tak ada ade jer. But for 2013 mmg last minut habis. Kernanya mak diorang tak dapat cuti untuk menguruskan ape yang perlu. Selalu senarai buku awal2 aku dah ambik kat bookshop. Tahun ni mintak hubby yang ambik ermppp... sampai bookshop dah tutup la.. orang ramai la bagai. Aku jawab over the years macam ni la kalau U nak tau, bukan baru ni kena beratur panjang . Senarai buku Hasif ambik kat kedai buku Sri Tanjung. Untuk twin mmg tak boleh beli lagi pasal tak tau dapat aliran apa bila naik form 4. . Senarai hanya dia tengok on 1st January. Selalu pakaian sekolah aku beli online jer dengan KUAT. Tahun ni konon nak bawak budak2 shopping sekali. Last2 tak sempat, nak online pun dah lambat takut lambat dapat sudahnya hari Jumaat lepas, balik kerja pegi bawak budak2 beli baju. Hari sabtu pulun jahit lencana and name tag (asal tak pakai badge besi cam zaman aku skolah dulu).

Kasut hari Isnin malam tu baru beli. Cadang nak ke dataran Shah Alam nak join dengar ceramah UAI tapi jalan sampai nak gerak pun tak boleh maka melencong ke seksyen 18 pi beli kasut sekolah. Cam biasa twin 1 susah nak pilih yang mana. Nak beli bag dah tak sempat. Hah on 1st January 2013 baru pi beli buku kerja Hasif. Lepas tu baru beli bag. As I mentioned twin 1 memang cerewet nak beli bag punya la susah. ada jer yang tak kena. Ok gak last minute nak tak nak dia ambik la yang mana ada kalau tak masuk dalam plastic bag jer la. Tu tak habis lagi. Buku tulis belum lagi dengan sekolah agama lagi...

Makanya first day sekolah aku dapat cuti yahoooo... mak la beratur beli buku. Alhamdulillah sampai SKRM tak ramai orang beli buku. (agaknya orang semua dah ready kut)..Cikgu kat SKRM pun heran jarang anak aku belum ada buku kalau dah masuk sekolah unless kedai dah kehabisan stok..Rupanya bila jumpa kawan2 yang baru nak beli buku bukan aku jer menghadapai masalah sama ramai lg rupanya..huhu kalau babah yang buat mau tak sekolah kome.

Petang nak bayar yuran and beli buku sekolah rendah agama pulak. Hubby bagi duit pastu dia kata nak pi office jap ada hal. Apa lagi beratur lagi la...Huhu aku nak mintak upah la duit baki banyak ni. (dia tak taupun berapa yuran sekolah agama hihi). Untuk twin  babah dia bagi duit jer beli sendiri la tahun ni. Kalau sebelum ni Ummi bawak trolly pi sekolah beli buku.Transport Hasif untuk balik pun baru settle semalam. (dia tak nak naik bas sekolah). Tu nak cari orang yang naik kereta or van Alhamdulillah rezeki ada jiran fasa satu tu boleh bawak dia (sian dia takut jadi macam dulu semua orang lupa nak jemput dia). Maka walaupun last minute semua dapat diuruskan dengan jayanya...Selamat belajar anak2. Untuk twin form four is not haneymoon year kay. Start your gear for SPM 2014. Untuk Hasif pun has too, UPSR in year 2014, but twin 1 said year 2013 is tahun melancong...huhu...Yuran Kindy Chak lagi mahal daripada nak masuk U..camana nak melancong...

2 comments:

  1. haha agaknya kalau nak save, yuran chak tu save buat melancong. hari2 bawak chak pi mpob duduk sekali dengan mak dia. hahaha

    ReplyDelete
  2. Tu bukan melancong dah tu dah kira melencong dah klu chak ikut. Nak melancong bdk2 tu ingat sikit duit nak pakai hish..

    ReplyDelete