Lama tak buka cerita...ok pada 23 Oct lepas saya dapat panggilan..Ummi adik jatuh longkang kat school seluar koyak. Ummi kata ok nanti mintak babah hantar seluar kat school. No!!! not seluar kaki adik luka terkoyak...What????. Hello Pn Rosilah ke ni..saya ni Cikgu Bahar..(Pengetua sekolah twin merangkap mantan cikgu saya semasa di SEMESTI)..yer cikgu ok ke anak saya (mode suara nebes). Luka agak dalam ni rasanya kena jahit. Cikgu tolong hantar anak saya ke KPJ Selangor yer. ...Kemudian hallo Pn. ni kak Ana (PK HEM) sekolah pulak telefon. Dapat call lagi dari guru bertugas Pn. Kavita, don't worry we are OTW to KPJ. Hope to see U at emergency hospital ye..Cikgu Kavita (guru bertugas pulak call)..Aduhh aku call hubby tak dapat. habis semua kwn2 area S.Alam aku call mintak tlg. Aku kat Bangi. tak lama lepas tu managed to call hubby. kalut punya pasal hp terlupa nak bwk..Ishhh..
Syukur Alhamdulillah, twin 1 yang uruskan pendaftaran klinik semua. I thought lps jahit boleh balik..rupanya kena jahit dlm bilik OT. So aku uruskan guarentee letter dari office jer. hati mmg dupdap mcm nak pecah. Actually masa tu my twins menghadapi final exam. Twin 2 tngh buat paper pendidikan seni keluar nak ambil air for his classmates. Penutup besi longkang yang dia pijak reput and broke down. Besi tu yang koyakkan kaki dia...kejadian tu hari Rabu. aku cadang nak balik kampung jaga abah on Friday tu. Emak nak attend Konvo adik ke 5 aku di UTM Skudai. camane ni??? Kalau cansell means that mak tak jadi pergi konvo. Sian pulak adik aku Rafiq tu. Abah dah la tak boleh pegi, kesian dia susah payah by his big day Abah dan emak tak dapat bersama pulak. aku 2 kali konvo abah dan mak meraikan..so aku tak cerita pasal twin 2 lg. Tngok macamana.. Aku sampai dia dah keluar dr. recovery room lepas keluar dari operation theater...
Tengah ceria dengah twin1 |
Solat duduk |
Pengalaman pahit ada hikmahnya. Twin dapat belajar bahawa walaupun dalam keadaan sakit solat tetap wajib ditunaikan. Mungkin kat sekolah dah pernah belajar teori..sekarang masanya praktikkan.
Dah siap balut |
Aku sampai dah siap balut. Atuk dapat tau jugak adik aku bagi tau..Mak dah susah hati. Sapa nak jaga abah..Aku yakinkan mak bahawa besok Hilman akan keluar In Sya Allah. Alhamdulillah Khamis petang dia dah keluar. Dr. jumpa aku terangkan bahawa keadaan Hilman stabil dan tidak ada yang membimbangkan. Besi tu hanya guris tulangnya sahaja no raptured. 2 jahitan dalam dan 3 jahitan luar. Alhamdulillah.
saqif ceria dalam bas |
Maka jadi la aku balik kampung dengan saqif naik bas. Babah jaga twin 2. Malam tu mak dah jumpa Twin2 dan tngk dia ok baru mak setuju nak ke Johor. Alhamdulillah as planned.
Abah masih tak boleh bangun akibat stroke |
Sayu hati aku kat kampung tengok keadaan abah. Aku masak la apa yang abah suka. aku betul2 berterima kasih pada adik ke 3 aku Rozman (kami panggil Ap). Dia yang tolong mak jaga abah di kampung. Aku sendiri pun rasa aku tak dapat jaga abah seperti apa yang Ap buat. Terima kasih Ap. Klu dia tengah makan atau tidur dengar abah nak buang air atau apa2 permintaan abah dia bangun uruskan abah. Tinggal makanan dia..pahala untuk kau dik. Siapa kata anak lelaki tak boleh jaga ibu bapa..Adik aku rafiq pun habis belajar di UTM mmg bercadang akan tinggal di kampung memandangkan keadaan abah yang memerlukan.
Aku balik buat dressing kat twin 2..Aduh teruk lukanya rupanya. tapi dia berjalan merata siap masak lagi kat rumah aishhh
3 jahitan luar |
10 hari cuti |
Ha ha Exam kena ambik jugak |
Pada 30th adalah hari anugerah Kokurikulam SMK Seksyen 7. patutnya bth twin berkawad. Of couse aku tak benarkan twin 2 participate. Tapi dia tetap ikut aku ke sekolah nak tngk pun jadi la. dengan kaki berbalut tengok abang kawad..Semangat.
Twin 1 row depan kanan sekali. Mana tak semangat Guru PK Kokurikulum Pn Che Sapura pun cedera tetap datang juga..tahniah
Pn Che Sapura sampai berpapah |
Macam tu la cerita twin 2 yang mencemaskan aku di office. Ini adalah kali ke 3 twin 2 dijahit..before this kening dan dagu dah berjahit...boy always a boy...
No comments:
Post a Comment