Sunday, 19 January 2014

ROTI PURI

Assalamualaikum w.m.t

Banyak cerita tertunggak ni..ok jum kita jama' je lah. Aku selalu terfikir blog ni sebenarnya untuk bacaan anak2. So aku nak nanti klu jauh dengan aku atau bila aku dah tak ada anak2 akan baca dan akan mengingati semua yang kami sekeluarga lalui. Pada 14 Januari yang lps ( birthday aku) no cake tp roti jala. Anak2 klu dapat roti jala mmg sangat sukeeee. Yang nak menjala ni jer yang tak berapa nak suke. Tp bila anak2 suke kita pun mensukekan diri menjala hihi..

Pagi tadi semasa sidai kain kat belakang tenguk banyak kelopak jantung pisang kat bawah. Tengok atas...Taraaaaa...

Tanaman pusingan kedua dah pisang nangka ni...ada 2 pokok. satu lagi belum berbuah...Pagi tadi tengah fikir nak masak apa tetiba dlm fb group Resepi Kek dan Puding Lazat 2012 Untuk Dikongsi aku tngok ada post pasal Roti Puri ni. Pernah tngk open house rumah jiran lama dulu tp tak sempat makan. Hubby dan anak2 dok kata sedap. aku pun bertanya camana nak buat tp sekali lalu jer la aku tak salin pun. Lps tu ada dia post kat fb dia aku tak salin jugak lg. Tetiba td aku nekad nak buat. Walaaa anak2 suka sangat...
Sorry gambor blur




Ni Resepi dia Roti Puri (Resepi drp. Suwajer Zakaria)

2 cwn tpg gndum
1sb yis mauripan
2sb gula pasir*
1 st garam*
3sb minyak*
3/4 cwn air suam* (td saya guna air tapis biasa je)

Cara.
→Gaul tpung ngan yis
→Campur bhn yg bertanda *dlm cwn
→Uli smpai x melekat kt tangan (biarkan 30 min)
→lps 30 min tumbuk tuk buang angin
→bentukkan bulat sebesar bola pingpong
→leperkan smpai nipis (klu saya..saya akn biarkan bbrpa minit)
→goreng dgn minyak yg panas ttpi api sederhana.
→siramkan myk panas atas doh tuk jdikan roti gelembung.
→Masak hingga kuning

Kuah Dhall dia (Ni Resepi turun temurun keluarga aku)

Bahan2

Kacang Dhall (Rendam dari pagi-petang baru buat)
Sedikit Serbuk kari
Udang kering/ikan bilis
kentang

Bahan untuk tumis

Bawang kecil, putih dan besar
halia
Jintan manis dan putih
Serbuk lada hitam
Buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih
Sedikit serbuk kunyit
Daun kari

Cara2

Rebus Dhall dan serbuk kari sampai empuk, 
Masukkan kentang dan udang kering
bila kentang sudah empuk masukkan sedikit gula/perasa

Dalam kuali
Panaskan minyak  dan tumiskan bahan2 tumisan 
apabila tumisan sudah naik bau dan garing masukkan kedalam rebusan dhall tambahkan garam dan rebus sehingga pekat.

Lepas ni tak payah ke mamak lagi dah boleh buat sendiri senangkan..selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment