Monday 29 September 2014

ROSNANI MUIN 1973-2014 (Part 2)

Assalamualaikum w.m.t

Nani tinggal di Johor setelah  berkahwin dengan Sajali dan dikurniakan seorang anak lelaki Muhammad Syafiq Irfan yang kami panggil Irfan. Seorang anak yang baik dan dididik dengan baik oleh mama dan papa.

Aku masih ingat semasa di mengandung Irfan dia hendak makan mee rebus dan karipap pusing. Kebetulan masa tu aku  out station di Johor sempat la petang aku ke rumah dia masak semua. Nani memang suka mee rebus. 

Bila Irfan berjaya dengan cemerlang dalam UPSR dia beria nak Irfan sekolah di SAS Putrajaya. Dia selalu kata Pak Ndak dan Mak long dekat boleh tengok-tengokkan Irfan.

Satu hari aku dapat msg dari dia, " long hang doakan aku, aku nak operate" tersentap juga aku kenapa? Aku call Udi aku tau dia akan citer dengan Udi. Aku kata jgn risau kwn k.long pun ada masalah macam hang InsyaAllah takde apa2. Rupanya she was diagnosed ovary cancer...Tapi dia kuat semangat.

Satu hari di depan surau Seksyen 3 masa selesai solat asar aku dapat panggilan drp. dia.Long hang doakan aku kuat, kimo ni sakit aku tak tahan. Aku hanya suruh dia bersabar. Aku tahan jgn menangis untuk memberi kekuatan pada dia. Kami lama bercakap. Apa yang aku ingat dia kata aku ni bertahan sebab Irfan je..aku kena kuat sebab Irfan. Tapi air mata aku berderai juga tatkala dia kata kalau dah takdir aku pi, hampa ( aku dan adik beradik lain) tolong Zali jaga Irfan tau.  Aku kata jangan cakap macam tu. Entah2 aku yang pi dulu. Umur tu rahsia Allah. Kita tawakal je.

Pada bulan disember 2013 aku ke Sarawak ada convention. Aku call mak tiba mak cakap Nani ada kat kampung sebab keadaan dia sangat tak sehat. Sebenarnya mak nak suruh aku pergi Johor tapi bila tau aku ada kerja dia tak jadi bagi tau. Sebaik aku balik dari Sarawak aku balik kampung. Keadaan dia agak lemah tapi masih ceria melayan anak-anak aku. Selepas sebulan aku balik kesihatan dia makin merosot..pada bulan April aku balik pergerakan dia sangat terbatas. Beberapa kali dia minta aku dia nak balik JB. Aku kata siapa nak jaga bersabar je..Dia pesan dengan aku dalam bulan May ada hari Anugerah Kecemerlangan SAS. Irfan dapat best student untuk form 1. Klu aku takde umur hang pi nanti tau. Aku hanya simpan kesedihan dalam hati je masa tu.

Tapi doa dia dimakbulkan, Hari Anugerah dipercepatkan sempat la dia merakam saat-saat membahagiakan seorang ibu melihat anak kesayangan menerima anugerah pelajar cemerlang daripada bekas Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Aku tau dia amat berbangga dengan kecemerlangan Irfan.

Pesanan terakhir dia meminta kami adik beradik jangan bergaduh dan berpakat selalu paling menghiris hati aku. Aku tau dia sangat sayangkan keluarga.

Pada 30hb May 2014 aku ada mesyuarat di pejabat. Habis dalam pukul 12 aku terus ke bilik tiba2 lagu cinta sempurna berkumandang dari handphone aku. Aku lihat call dari Udi adik aku. Aku tersentap, aku tau klu takde penting takkan Udi call aku tengahari Jumaat macam ni. Di hujung talian "Long, hang tau dah ke...(dada makin berdebar) Ani dah tak dak". Aku terima hakikat pendengan ku tak salah tapi hati kecil aku tak dapat terima apa yang aku dengar." Innalillah..." aku berkata lemah. Terpempan aku. Aku call kawan aku Mai yang satu sekolah dengan kami tak de jawapan..Aku call Ayeed..pun takde jawapan. Aku call salah sorang kawan baik arwah , Azie...pun takde jawapan. Aku tak tau aku keluar dari bilik aku terserempak dengan pegawai aku terus menangis semahunya..Pn. Hajar menenangkan aku dan dia pesan aku jangan terus drive balik. Aku call Azie balik tapi hanya tangisan aje yang mampu aku hamburkan setelah aku bagi tau Nani dah tak de. Kemudian Ayeed dan Mai call me back. Pada aku masa ni aku sangat2 memerlukan kawan2 yang tau macamana hubungan ku dengan adik aku ni sebab mereka yang bersama melihat perjalanan zaman remaja kami bersama di SEMESTI.

Sampai di kampung aku seperti tak dapat terima hakikat melihat jenazah adik kesayangan aku. Tapi bila melihat ketabahan emak yang kehilangan anak aku lebih tenang. Satu yang aku tak dapat sangkal walaupun dia lebih muda dari aku tapi Allah memilih dia. Sesuatu yang aku fikirkan. Dengan umur yang masih Allah pinjamkan adakah aku bersedia.

Aku membantu menguruskan jenazah. Masa mandi aku melihat kekuatan emosi emak. Memandikan jenazah anak sendiri dengan tenang. Ya Allah begitu mudah menguruskan jenazah Arwah sehingga disemadikan. Semoga kau tenang disana Rosnani Muin . 19081973-30052014 Al Fatihah







2 comments:

  1. Menitis air mata aku baca coretan arwah Nani, ni Shila. Masih aku ingat semasa arwah di Semesti. Seorang yang pendiam tetapi peramah. Dia seorang adik yang baik Shila. Namun Allah lebih sayangkan dia...cuma dipinjamkan sekejap sahaja tetapi dikurniakan anak yang bijak dan menjadi kebanggaan ayah dan ibunya. Jauh di sana, ibunya amat berbangga dengannya. Moga rohnya dicuhcuri rahmat dan sentiasa ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  2. Ye betul Ayong dia adik yang baik. Anak yang baik serta isteri dan ibu yang baik. Allah pinjamkan arwah kepada kami. Kami redho dengan pemergiaan dia. Tapi rindu tu tak bleh nak cakap macamana

    ReplyDelete