Wednesday 12 November 2014

ABAH

Assalamualaikum w.m.t

Aku baru post pasal aku kehilangan adik Rosnani. Setelah 5 bulan berlalu aku kehilangan orang yang paling bermakna dalam hidup aku ...dugaan yang aku perlu terima dengan redho.

Pada 22/10/2014 aku menerima panggilan daripada mak bagitau abah pitam pagi tadi. Aku agak sedikit cemas sebab abah memang tak boleh berjalan since dapat stroke masa melawat arwah nani operation 2 tahun lepas. Tapi mak kata abah dah ok..aku minta mak bawak abah ke hospital. memang mak cakap tengah bersiap nak bawak abah ke klinik oleh adik aku Rafiq. Aku nasihatkan ke hospital terus dalam keadaan kesihatan abah begitu. Tapi abah berkeras nak ke klinik sahaja. Disebabkan bp tak stabil abah dirujuk ke hospital daerah P.Buntar.

Kalau menurut mak keadaan abah tak membimbangkan cuma tangan ada bengkak sedikit. Pada hari khamis tu dalam pukul 3 aku call abah. Lama aku bercakap dengan abah. suara pun ok. Dia kata abah dah sihat. " Hang pandai2 suruh depa bawak abah pi hospital hang tolong bagi tau Dr. uruskan abah nak keluar" aku cuma ketawa dan pujuk abah ok abah sure boleh keluar tunggu pengesahan Dr. lama aku borak dengan abah. Sampai rumah dalam pukul 7 dapat WA daripada adik bongsu aku kata abah tak nak bercakap dan muka pun pucat.

Aku serba salah, twin ada kelas mlm tu. Aku decided balik dengan Udi. Dalam perjalanan dalam pukul 9.00 lebih Rafiq call kata abah nazak. Aku hanya mampu berdoa dan meminta hubby balik dengan anak2. Sebaik sampai Tanjung Malim sekali lagi phone Udi berdering dan seperti yang aku jangkakan pasti berita dari Rafiq. Aku dengar Udi kata Innalillah...Aku tau dan aku tak bertanya lagi.

Aku seperti tak percaya dan tak boleh terima yang aku telah menjadi anak yatim...baru aku bercakap dengan abah petang tu punya lama..tiba abah dah tak ada. Semasa abah minta aku uruskan untuk keluar hospital ingatan ku kembali pada arwah Nani. Arwah Nani juga call aku malam sebelum dia meninggal minta aku bagi tau mak tolong keluarkan dia dari hospital.

Abah seorang ayah yang begitu mengambil berat bukan sahaja keluarga tetapi jiran tetangga, saudara mara dan masyarakat setempat. Dia sangat prihatin orangnya. Masa aku nak ambil peperiksaan penilaian darjah 5, abah akan tunggu aku belajar kadang sambil masakkan aku roti telur atau buatkan aku air. Masa aku hendak ambil SRP dahulu aku ingat aku perlukan buku rujukan, abah bawa aku naik motor ke P. Buntar. Malangnya tak ada buku yang aku nak..abah sanggup ke Taiping semata2 memastkan aku mendapat buku yang aku nak. Begitu la abah. Setiap kali menghantar aku balik ke SEMESTI abah akan tunggu sehingga bas sampai dan memastikan semua barang2 aku tak ada yang tertinggal. bukan itu sahaja dia akan jumpa driver dan konduktor bas untuk memastikan keselamatan aku dan arwah Nani. Sampai kawan2 aku ingat abah aku yang konduktor bas susun bag kami semua. Aku akan lambai abah sampai aku tak nampak abah masa tu. Setiap kali balik asrama aku sedih bila time lambai abah..masa dulu abah ada motor je jadi mak tak ikut la hantar aku ke Stesyen bas Ekspress tu.  

Sebaik keputusan SPM keluar abah yang sebok memastikan semua borang2 diisi dengan lengkap. Tapi abah tak pernah paksa kami untuk jadi apa yang dia mahu. Tentang course apa yang kami pilih abah tak kesah terpulang pada kami. Aku ingat bertapa bangganya abah menghantar aku ke sekolah berasrama penuh. Dia kata peluang ini bukan semua orang dapat. Aku pun dapat panggilan kedua. Abah memastikan aku mendapat tempat ke sbp. Dia kata along dah dapat 5A abah pastikan dapat pergi asrama penuh. Klu tak dapat 5A abah tak akan usahakan kerana mmg tak layak. Hanya dengan motor abah ke hulu hilir buat rayuan agar aku mendapat kemudahan pelajaran menengah yang terbaik. Ada rakan2 aku cakap aku begitu mengambil berat dan buat apa sahaja untuk anak2 aku terutama hal persekolahan. Tapi semua orang tak tau abah aku beri aku lebih daripada apa yang aku berikan pada anak2 aku. Klu bandingkan kemudahan dan pelajaran yang aku ada dengan abah separuh pun tak sampai anak2 aku dapat berbanding apa yang abah korbankan kepada aku dengan adik2. Aku mungkin tak mampu nak melawat anak diasrama dari P.Buntar ke Teluk Intan hanya dengan menunggang motor. Abah juga hanya dengan menunggang motor memastikan adik aku di MRSM Balik Pulau dijenguk walaupun bukan tiap minggu. Tapi itu yang abah lakukan untuk kami adik beradik. Memang selayaknya abah la orang paling berbangga bila kami semua berjaya menjejak kaki ke menara gading. Solat hajat untuk anak2 memang menjadi rutin abah.

Mungkin dulu aku tak tau. Setiap kali aku call bagi tau anak2 nak periksa abah akan bagi tau dulu kalau korang nak pereksa abah dengan mak bangun tengah malam solat untuk korang. Ada beberapa doa yang abah ajarkan. Maknanya itulah yang abah amalkan untuk anak2nya. Begitu juga hal cucu dia mmg prihatin.

Bukan itu sahaja, semasa aku mengandungkan twin dan hasif, abah menghantarkan doa melaui post untuk ayat2 yang perlu diamalkan semasa mengandung. begitulah abah. Semasa mengandung twin aku bagi tau mak teringan nak makan gulai udang yang abah masak. Seminggu lepas tu abah datang Shah Alam memasak untuk aku gulai udang dengan kacang panjang. Masa arwah Nani nak operation abah ke Johor Bahru untuk membantu Nani menguruskan persekolahan Irfan. Begitu lah abah dengan kami. Dia buat dan usaha buat yang terbaik untuk anak2. Aku pernah masuk ward sebab astma tapi aku malas nak buat mak dan abah risau aku tak bagi tau pun. Tapi naluri seorang abah dia call rumah twin yang angkat dia kata ummi warded. Marah betul abah.. dia kata pasal tak mau habaq kat abah..aku kata tak dak apa sikit je. Sikit pun takkan tak boleh habaq. takkan klu dah nak mati baru nak habaq kat abah. Bayang aku dah umur 4 series pun abah masih ambil berat dan jaga sama macam aku kecik2 dulu. Banyak kenangan aku dengan abah tapi disebabkan kehidupan aku di asrama seawal umur 13 tahun, aku jarang meluangkan masa bersama dengan abah.....

Pada 23/10/2014 bersamaam 28 Zulhijjah abah aku Muin bin Ahmad telah kembali menemui penciptanya. Kubur abah bersebelahan dengan kubur arwah Nani. Tiada lagi abah buat kami, tiada lagi angah atau pak lang muin untuk anak2 saudaranya, tiada lagi abang muin untuk sepupu2 abah dan jiran tetangga juga kehilangan abah. Terima kasih kepada semua atas bantuan dalam pengurusan jenazah abah sehingga selesai dikebumikan di tanah perkuburan Teluk Pial bersebelahan kubur arwah anak kedua abah Rosnani Muin. semoga roh abah dan Ani dicucuri rahmat dan dihimpun bersama orang2 yang soleh. Al Fatihah...Semoga abah aman di sana.

Kubur Abah bersebelahan kubur Arwah anak kesayangannya Arwah Rosnani (yang mempunya batu nesan hitam)

2 comments:

  1. Shila sebak baca entri ni..!aku dah lama tak BW so x tau ayah hang meninggal.allahyarham buat arwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq. Shake..rindu aku kat arwah Nani makin menebal tiba aku kena terima pulak kehilangan arwah abah aku. tapi aku redho semoga abah di himpun bersama org2 yang beriman

      Delete