Tuesday, 16 December 2014

TERIMA KASIH

Assalamualaikum w.m.t

Spt. yang aku janjikan dalam entry lps nak upload gambar2 hasif untuk kenangan Hasif.

Ni map mapping note yang ummi buat untuk Hasif
Dalam entry pasal PMR twin aku pernah tulis ibu bapa berjuang bersama anak2 untuk menghadapi exam. Apa yang aku boleh bantu selain berdoa dan membebel suruh belajar ini salah satu yang aku buat. Satu lagi aku akan kesan chapter mana dlm setiap subject yang dia belum kuasai dan aku akan minta bantuan guru2 sekolah atau guru tuition untuk intensif tajuk tertentu. Terima kasih kepada Khalid dari ACME yang banyak bantu Hasif dalam intensif kelas walaupun muka dia kelat nak pegi. 

Pn. Ruslina Guru PK 1. Guru BM Hasif
Saya sangat terhutang budi dengan Pn. Ruslina ni. Seorang Guru sangat dedikasi dan tidak perputus asa jika permata mencapai keputusan yang tidak baik. Satu hari saya menerima WA daripada Pn. Ruslina memaklumkan masalah Hasif dalam penulisan. Beliau meminta saya memantau Hasif membuat latihan di rumah kerana  Hasif ada potensi tetapi kurang latihan. Terima kasih Pn. kerana menyedarkan saya selama ini saya kurang memberi tumpuan kepada Hasif sebab lebih fokus kepada twin yang akan menghadapi SPM. Tq Puan Ruslina. Malam selepas dapat keputusan beliau WA saya, menyatakan dia rasa nak menangis semasa mengambil keputusan UPSR di SJK (T) Midland bila dapati result Shabqi (guru2 panggil dia Shabqi) semua A. Dia terbayang pasti Umminya gembira.

Bersama dengan Cikgu Norzita


Cikgu Maziah dan Pn. Suzana Putri

Kat atas tu Cikgu Norzita atau kami panggil Cikgu Zita aje. Guru Math Hasif masa standard 4. Dia betul2 gembira sebab walaupun ajar Hasif masa standard 4. Dia kata haa tak sia2 teacher selalu marah awak. Hasif hanya tersenyum. Zita ni pernah jadi jiran saya juga pernah mengajar twin juga. TQVM Zita.
 
Kedua-dua guru Cikgu Maziah dan PSP ni bukan hanya pernah mengajar Hasif tapi pernah menjadi guru kepada twin 2. Cikgu Maziah selalu ckp dengan ummi, don't worry shabqi tu boleh cuma kena rajin sikit. Saya pernah nyatakan kebimbangan saya tentang prestasi English Hasif. Dia kata dia akan cuba pastikan Hasif dapat keyakinan untuk English dia. Terima kasih atas keprihatinan semua guru kepada permata SKRM terutama anak saya Shabqi Hasif.

Selepas UPSR ni yang Hasif paling suka, iaitu pelbagai aktiviti..



Add caption

Kem kepimpinan di Taman Pertanian Bukit Cherakah dan Hari Usahawan. Hasif minta ummi masak nasi lemak...Wah seronok dia call bg tau nasi hasif semua habis. Mula2 dia tak puas hati dapat tempat kat tepi..Aku kata rezeki kita tak tau. dah dapat kat tepi buat la promosi insyaAllah laku. Alhamdulillah.

Kenangan di SKRM pasti setiasa terpahat diingatan Hasif. Hasif menamatkan persekolahan di peringkat rendah dengan kecemerlangan. Semoga Hasif akan terus cemerlang dunia dan akhirat...








No comments:

Post a Comment