Monday 8 December 2014

UPSR 2014

Assalamualaikum w.m.t


Dah 2 minggu result UPSR telah diumumkan. Haha aku kata tahun ni UPSR paling lama dalam sejarah pendidikan Malaysia.  Bermula kalau tak salah 2 Sept. 2014. Disebabkan kebocoran soalan Sains ditunda ke 30 Sept. Tidak lama lepas itu kena duduki semula kertas BI pada 30hb. juga.  Tapi paling menguji kesabaran dan kekuatan mental anak2 bila math paper 1 juga re-sit pada  9/10/2014. Bayangkan sebulan baru UPSR selesai. Banyak perancangan yang tergendala. Hasif perlu menduduki UPSRA pada 22hb Sept. kalau ikut perancangan habis UPSR dah boleh concentrate UPSRA. Sampai menangis tak nak ambik UPSRA. Jenuh mujuk. Siap cakap Hasif tak nak maafkan sapa yang bocorkan soalan ni.

Saya berpendirian adalah sesuatu yang anak2 belajar iaitu apa dia INTERGRITI. Inilah akibatnya jika kita tidak amanah, kesan sangat mendalam dan melibatkan semua pihak. Satu lagi mungkin dengan kebocoran soalan ini budaya mendapatkan soalan disaat akhir tidak lagi menjadi amalan. Sebelum ni sebok ibu bapa termasuk guru2 mencari soalan ramalan. Seeloknya setelah anak2 dipersiapkan dengan persiapan yang mantap tak perlu lagi soalan bocor. InsyaAllah anak2 ada keyakinan.

Mungkin ramai yang skeptikal cakap Allah UPSR je pun bukan boleh masuk U pun. I agreed with that, tapi pada anak2 umur 12 tahun itu lah perjuangan paling besar mereka. Hormati perasaan dan tekanan yang mereka hadapi. Hasif lagi la dengan UPSRA lagi mmg tak buat persediaan lagi. Bukan mudah nak naikkan semangat anak2 yang baru meningkat umur 12 tahun ini.Sampaikan tahap baca buku SRA tapi kat tangan buku Sains. Sian dia. Pada masa sama twin pulak percubaan SPM. Ummi streess. Twin 1 cakap apa Hasif abang long trial 9 papers dah habis...Hasif UPSR je kut takkan sampai sebulan. Mmg bikin panas. Twin 1 habis SPM pada 25hb November Hasif pulak keluar result UPSR 26hb. Ummi mmg hatric sepanjang sept - Dec bila twin2 habis paper 2hb Dec nak kena ke PLKN on 6th of Dec...Meh kita sorot journal UPSR 2014 Si Hasif.


Ibu2 yang setia bersama-sama saya disurau untuk solat hajat dan bacaan Yassin sepanjang UPSR
Beratur ke kelas untuk menjawap soalan . Semoga berjaya dengan iringan doa semua
Kejap kat meja kejap kat lantai study
Ini mmg dia betul-betul stress sebab English was his killer paper kena re-sit sampai tertidur
Ceria at last his last paper
Akhirnya pada 26hb November 2014 .....
Hanya 37 pelajar mendapat 5A..Keputusan merosot berbanding tahun 2013..hish debaq ah..Sekarang diumumkan pelajar2 yang mendapat 5A. Adehhhh...
Pelajar seterusnya ...
Alhamdulillah Syukur Ya Allah ..Muhammad Shabqi Hasif bin Saifol Hazi
Sungguh tak dapat menahan airmata seorang Ibu dengan kejayaan anak walaupun hanya UPSR dan bukan melayakkan masuk U. Tapi ini adalah hasil usaha dia belajar dan pasti Hasif rasa berbaloi dengan tekanan yang telah dihadapi. Tahniah sayang. Pesanan untuk Hasif kejayaan bukan untuk dibanggakan tetapi adalah satu amanah. Semoga menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Terima kasih pada guru2 SK RAJA MUDA S. ALAM...Abang khalid, Aunty Atie, Cikgu Ayu dan cikgu meor serta cikggu Izzah. Tak lupa pada semua rakan Hasif serta semua yang mendoakan kejayaan Hasif. Next entry aku upload gambar2 sepanjang aktiviti selepas UPSR dan hari keputusan untuk kenangan Hasif .




2 comments: