Monday 6 April 2015

MEE REBUS UNTUK BIRTHDAY TWIN YANG KE 18

Assalamualaikum w.m.t

7 March 2015 birthday twin yang ke 18 selepas 4 hari result SPM keluar. So mood pun tak berapa nak ceria lakan. hihi. Cadang nak celebrate dgn keluarga ACME di Restoran Santapan Rahsia je. Tapi kawan2 dia cadang buat kat rumah boleh lepak2 dan yang penting dah lama tak makan masakan ummi. Huhu ingat ummi nak swastakan je ke Santapan. Lagi puun nak tunggu Hasif cuti baru nak buat.
So kami bawak la pracelebration je dulu ke Planet Burger Bakar di Jalan Kebun. Mmg awesome burger bakar dan chicken chop dia. Tq to uncle Remy and Aunty Rina for the birthday treat untuk twin.


 Kawan si Twin, Mursyid kata Ummi buat BBQ macam biasa nanti saya dengan kawan2 tolong ummi.  Nak minta tolong apa cakap je..So we decided buat mee rebus dan BBQ sahaja.Alhamdulillah anak2 semua tolong bakar dan jiran2 datang bawak pot luck Tq tq tq..meriah.
Mee rebus dan apam

Twin 2 dengan chef2
Semoga menjadi anak2 yang bahagia dunia dan akhirat. Ummi dan babah mendoakan semoga Abang dan Adik serta semua kawan2 akan menjadi anak2 yang soleh dan anak2 yang menjaga solat dan agamanya...
Jum kita jenguk resepi mee rebus pulak...

Bahan-bahan untuk Kuah
1. Air rebusan tulang atau daging tetel atau guna udang
2. Mee kuning (dicelur)
3. Ubi keledek direbus dikisar
4. kacang tanah dikisar
5. cili kering dikisar
6. Kentang
7. Tomato
8. Gula merah
9. Garam dan gula
10. bawang merah dan putih , bunga lawang, cengkih dan buah pelaga

Cara2.
1. Kalau guna udang goreng udang dan kemudian kisar
2.Tumis bawang, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga  hingga naik bau kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan tumisan dalam periuk dan masukkan air rebusan tulang atau udang yang telah dikisar. tambahkan air dan masukkan keledek dan kacang tanah
4. apabila mendidih masukkan tomato atau sos tomato, gula merah dan hirisan kentang..biarkan merenih
5. Perasakan garam, gula dan masamnya mesti seimbang jika kurang masam boleh juga masukkan sedikit air asam. Biarkan merenih sehingga kepekatan yang dikehendaki 

Tips..
1 Untuk lebih sedap masukkan serbuk biskut merrie (haritu saya buh biskut cream craker tawar je hihi)

Bahan2 untuk cucur
Mee rebus utara mesti ada cucur baru kaw kan..
1. tepung gandum
2. sedikit tepung beras
3. bawang besar dihiris
4. udang sayur (udang putih yang kecik2 tu)
5. kunyit, garam

Cara2.
1. Bancuh semua bahan kecuali udang. (biar batter tu cair sedikit)
2. Kemudian masukkan udang
3. goreng nipis2
4. setelah garing toskan dan potong kecil2.

untuk hiasan
1.Cili potong
2. Daun sup n bawang
3. Bawang goreng
4. Tauhu goreng
5. Telur Rebus
6. Cucur udang

Tips2
1. semasa celur mee jgng lama dan masukkan sedikit minyak yang telah digoreng dgn bawang putih kedalam air untuk mencelur mee. Mee akan berasa lebih sedap
2. Kuah jangan terlalu pekat mudah muak
3. Kalau nak lebih sedap kuah telah panahkan 2/3 kali baru lebih sedap.
4. kuah guna tulang lebih sedap.

Selamat mencuba...
 





 

No comments:

Post a Comment