Wednesday, 1 April 2015

TWIN DAN SPM

Assalamualaikum w.m.t

Pada 3/3/2015 keputusan spm 2014 diumumkan. Pagi tu twin 1 nampak stress ckap abang takut la ummi. Saya kata redho je apa pun dapat . Sebenarnya jauh sudut hati aku sangat tak confident sebab klu tngk trial ya ampun...Aku hanya berdoa jangan ada yang fail sudah. 

Dalam pukul 10 lebih dia wa aku 'ummi sorry' aku kata its ok ummi otw ke sekolah . He said I have no A. Aku jawab nak masuk U no need all As. No worries. Aku tanya'how about adik' He don't know where adik is. Aku rasa mcm ada yang tak kena je dgn twin 1 ni. Sampai sklh adik dengan izza kawan aku mak Haizal kawan baik dia. Aku tak jumpa lagi twin 1. Masa kat lobby aku ternampak Atiqah ( mak atiqah meninggal awal tahun 2014). Aku panggil atiqah tak semena2 dia datang kat aku nangis. Sedih aku dia peluk aku, pasti dia memerlukan mama pada saat inikan. Aunty harap Atiqah tabah.

Sementara itu nampak twin 1 baru nak keluar, tengok je ummi dia pulak datang nangis. Pada ummi takde apa yang anak2 ummi nak sedih. Hanya itu rezeki yang Allah bagi. Bukan ada gagal cuma tak dapat seperti apa yang diingini. Jujur ummi pun berharap anak dapat straight As tapi adakah ummi nak hukum jika anak2 ummi gagal untuk dapat straight As. Abang dan adik pernah membanggakan ummi dalam pelbagai kejayaan kenapa hanya kerana result SPM yang tidak membanggakan. Secara jujur ummi lega sebab kalau tengok trial result memang pengsannnn.

Adik nangis walaupun result ok tapi BM tak credit. Ummi kata jum kita pi JPS register Julai Paper jangan risau. Kebetulan ada kawan dia pun tak credit BM so kami dan Yati dan abang K pun ke JPS beli borang...semua nampak ok dah Twin 1, ammar and Azril.

Biar la dia menilai sendiri kenapa dan mengapa ummi selalu marah-marah dan membebel..tak pe sebelum ni dia belajar last minit pun result ok but not SPM. Ummi doakan anak2 ummi akan berjaya juga melangkah ke pusat pengajian tinggi ikut apa kelayakan yang ada. Jangan risau. Atie ada bagi tau aku Twin 1 nangis kat ACME malam tu dia kata sian bila tengok muka ummi. Alhamdulillah pada aku itu tanda dia sedar dan ambil ikhtibar dengan apa yang dia dapat. Semoga semua anak2 ummi akan berjaya . Amin

doa sebelum SPM di ACME


abang K yang sentiasa memebantu.



Ibu-ibu yang sentiasa ada memberi sokongan
Ummi bersama anak-anak untuk paper ERT
Twin 1 dengan rakan2 5Sc3



1 comment:

  1. Casino of the Day at Wynn - drmcd
    With 창원 출장안마 all of the games you have just announced, we've got you 목포 출장샵 covered. The Wynn Encore Resort features spacious suites 제주 출장마사지 with 24-hour front 안동 출장안마 desk 여주 출장샵

    ReplyDelete