Thursday 7 May 2015

EMPTY NEST SYNDROME

Assalamualaikum w.m.t

Semalam keputusan UPU diumumkan..aku buka web KPM mmg tak dapat. Twin hantar sms..Keputusannya Muhammad Shabiq Hamzi bin Saifol Hazi ditawarkan kursus di Fakulti Sains Gunaan UiTMYa Allah syukur sangat sebab dengan result yang sangat minima anak ummi berjaya mendapat tawaran ke IPTA. Lebih menggembirakan ummi abang meneruskan legasi ummi ke Applied Sciences UiTM walaupun diff. course. Macam Hasif mengikut jejak ummi ke sekolah Menengah Sains tapi Hasif ke SAINA ummi di SEMESTI.

Untuk abang , ummi harap abang G bersedia dan berubah. Ini amanah untuk abang  belajar bersungguh-sungguh. Ada kawan lain keputusan lebih baik tapi gagal menempatkan diri ke IPTA. Walaupun abang kecewa dengan SPM result baru ni tapi Allah beri rezeki untuk abang. Ummi harap abang tak sia-siakan peluang ini.

Yeahhh adik?? Ummi berdebar adik tak dapat2 result. Dah petang baru twin 1 WA ummi adik tak dapat. Kecewanye ummi untuk adik. Ummi terus call JPKK di KPM. Mereka kata result belum disclose 15 hb baru keluar. Aku beria ckp dah..heran katanya. Aku kata my sons twin..abg dah dapat tapi adik tak dapat camana saya nak buat rayuan..Kakitangan tu tanya anak puan dapat kolej mana. Aku jawab tak tau lagi just baru bagi tau kod kursus tapi UiTM cawangan mana belum tau...Laaaa puan..dia ketawa.  Yang keluar hari ni hanya untuk IPTA dan politeknik Premier sahaja...Kolej Komuniti 15hb dan yang full seperti kolej mana hanya pada 18hb.. hahh Allahuakbar..berbunga la balik dengan harapan adik pun akan dapat. Macam tu la sebagai mak nak anak semua berjaya dan adil untuk dua2. So aku berdoa agar adik juga berjaya..InsyaAllah.
Sekarang these boys dah besar dah nak jadi collage student dah


Last week Hasif balik cuti sempena hari buruh and wesak. Alahai rindunya kat anak ummi yang chikky ni. Patut dia cuti sampai Isnin tapi sebab last minute notice by his school ticket flight dah booked n nak tukar pun bapak mahal dua kali ganda drp. harga beli ticket. So balik Ahad tidur kat rumah kawan aku dan tolong hantar Hasif on Monday ke SAINA. Terima kasih sangat kepada sahabat aku Rohamizah dan keluarga layan anak aku macam anak sendiri. Hasif was happy dengan family Miza..Semosa Allah murahkan rezeki Miza sekeluarga. Miza ni kawan aku masa kat ITM (zaman tu belum UiTM) masa buat diploma. Alhamdulillah silaturrahim kami berpanjangan. Ada hikmah Hasif ke SAINA merapatkan lagi hubungan persahabatan kami.
Kemain selesa dia di rumah Miza


Segak Hasif dengan batik macam YB, Aunty Miza ready nak hantar
Bye bye Hasif..Good luck
Aku nangis bila the last photo tu Miza WA kat aku. Maaf Hasif Ummi and Babah tak dapat hantar Hasif this round. Masa kat airport mmg sebak aku nak lepas dia. Anak sekecil ini berdikari sendiri naik flight sorang2 nak menuntut ilmu. semoga Hasif tabah dan diberkati. Korang tengok la dengan beg kiri kanan melangkah ya Allah aku sayu sangat tengok gambar ni. Aku mmg terharu Miza kata suka dan sayang kat Hasif macam anak sendiri..Semoga Hasif pandai bawak diri...

Maka bermula la empty nest syndrome. Sorang2 akan meninggalkan rumah. Dulu twin mmg tak nak duduk asrama aku pun berat nak lepas. Mmg aku puas dan kadang marah dengan perangai twin ni. Tapi drastic tak sangka Hasif sekali this year pun duduk asrama mujur ada Chak... Huhu..Semoga anak2 ummi akan berjaya..belajar betul2 solat jangan tinggal dan perangai kena jaga. Lps ni adakah hanya babah dan chak yang akan mendengar leteran ummi wakakaka...












2 comments:

  1. Well said Shila. Good to know your boys are doing well. Still remember when I visited you, few hours after you gave birth to Hasif...and now he is a big, smart and independent . Kudos to you and Saiful.

    ReplyDelete
  2. shikinnn...I'm sure shikin kan? Thanks Shikin..miss you so much

    ReplyDelete